Thursday, December 16

Taqwaku tertinggal???



Tersentak membaca kiriman emel dari akhawat yg sentiasa membangkitkan rindu dan meningkatkan iman insyaAllah...terutama dalam keadaan hati yg kurang berkilat kerana kurangnya gilapan...

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

"Taqwa itu di dalam diri bukan di tinggalkan di dalam halaqah"

Sering saja kita merasai bahawa usrah atau halaqah is the only way yg sering menjadikan diri kita baik dan membuatkan diri kita merasa baik.Di dalam usrah, kita membaca al-Quran, bercakap tentang kekuasaan Allah, merenung dan bermusahabah, merasa sesal dgn dosa yg telah kita lakukan dan bermacam perkara di consider baik telah kita lakukan. Tapi sayangnya..semua itu ketika berada di dalam halaqah..peribadi yg mulia itu ditonjolkan hanya sebentar cuma..Graf iman berada di puncak!

Lepas habis usrah,tinggal sudah taqwa yg dirasai tadi. Lupa segala kenikmatan dan kemanisan menghayati ayat-ayat Allah,bermuhasabah etc.

Aik...mana pergi taqwaku tadi???
AlAMAK..TERTINGGAL DI DALAM HALAQAH!!!

Nak amek balik?
Usrah baru je abis...

Macam mane ni???


Saudaraku sayang...
Taqwa itu selalu di analogkan "ibarat kamu berjalan di atas duri yg tajam".
Jalan berduri yg kamu terpaksa lalui itu bukan setakat 100 meter relay, tetapi jalan itu sepanjang kehidupan kamu.

You will always be on that track..tak kira pagi,petang,siang,malam..even jalan nak ke toilet pun diibaratkan berduri jugak..
kerana taqwa itu di dalam diri sepanjang masa bukan ditinggalkan di dalam halaqah...

Di dalam taqwa lah wujud da'wah dan tarbiyah. Tak perlu bersusah payah memeningkan kepala untuk mengasingkan antara taqwa, da'wah dan tarbiyah.

Bila masa aku nak bertaqwa?
Bila masa aku nak berdakwah?

Seluruh kehidupan kita adalah taqwa dan ia bukanlah satu lakonan atau sekadar ungkapan atau setakat susunan abjad 'T.A.Q.W.A' yg Allah letakkan sebagai syarat untuk mendapat syurgaNya.

Taqwa itu akan terpancar melalui peribadi kita. Sejauh mana kita berhati-hati dalam akhlak dan tindakan kita sehari-hari sebagai seorang muslim..semua itu akan dinampakkan automatically n spontaneously coz taqwa ini tidak perlu dirancang atau difikir-fikirkan dahulu.

Dan sebaik-baik akhlak adalah akhlak Rasulullah,akhlak al-Quran.Da'wah baginda juga menurut taqwa baginda. Dari sekeras-keras mata pedang di medan perang sehinggalah selembut-lembut roti yg disuapkan ke mulut wanita tua yg sering mencaci baginda. Da'wah tetap bergerak.
Kerana taqwa baginda di dalam diri...

Tuesday, November 30

Jom Kita Enjoy!!!

Setahun dirasakan sebulan..
sebulan dirasakan seminggu..
seminggu dirasakan sehari..
sehari dirasakan sejam..
sejam dirasakan seminit..
seminit dirasakan..ibarat petik jari je!


Tanpa kita sedari telah banyak waktu yang Allah kurniakan pada kita..untuk kita melaksanakan tugasan kita sebagai hambaNya..satu rahmat Allah kerana kita masih lagi dapat menikmati hidup sementara ini...

menikmati hidup sementara???

yea..menikmati dalam erti kata yg berbeza..

bak kata sitkom popular Puteri di TV3.."hidup hanya sekali so kita enjoy!"

enjoy yg bagaimanakah?

anda diberi pilihan untuk enjoy...

samada enjoy berbuat maksiat...

atau enjoy beribadah kepada Allah..

the choice is in ur hand...

let ur NAFSU decides..

or let ur IMAN decides..

hurm..bila agaknyer kita nak enjoy beribadah kepada Allah ni?

bilamana kita dapat merasai manisnya hidup dalam peraturan Allah..

bilamana kita dapat merasai lazatnya penat ketika menyeru manusia ke arah kebaikan..

bilamana kita dapat merasai Allah yg sedang memelihara,melihat dan mengawasi kita..

bilamana tangisan taubat sentiasa dilagukan ketika tahajud..

bilamana hati kita redha atas segala ketetapanNya..

enjoy kan?
lebih-lebih lagi disyurga nanti...
sebaik-baik perhentian terakhir hidup kita...
............

Biarlah kita syok berbuat kebajikan..
dan moga-moga kita tidak syok berbuat kemaksiatan..
.


Wahai diri,malulah pada Allah ketika kau sedang melakukan kejahatan dan ketika kau tidak berperanan seperti yg sepatutnya..ingatlah saat-saat hidupmu ini bakal menjadi salah satu filem untuk tayangan perdana di padang mahsyar kelak...(~_~)


Saturday, October 23

1st Post Dari India..


SubhanAllah...
berada di satu tempat asing...
diri diuji dengan bermacam ujian..
bersangka baik terhadap ALLAH adalah pilihan yg terbaik...

India..
satu medan yg telah disediakan oleh Allah..
untuk aku membuktikan kata-kata yg sering diungkapkan sebelum ini..
iaitu kata cintaku kepada Allah serta utusanNya,Muhammad saw...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?" -al-Ankabut,2-


Baru diuji dengan sedikit kesempitan dan kehilangan..
Diri sudah terasa lemah...

Wahai diri...
Bangunlah...
Kuatkanlah hati dan fizikalmu..
Hadapilah cabaran ini sebagai satu ketentuan dariNya..
Sudah menjadi sunnatullah..
Jalan yang kau pilih ini bukan untuk orang yang manja..
Jalan yang kau pilih ini untuk orang yang tiada masa rehat di dunia ini..
kerana golongan ini yakin bahawa masa kerehatan yang sebenar buat mereka...
bukan di atas katil..bukan semasa holiday..bukan semasa tiada assignment yg perlu disiapkan..bukan masa2 yang lain..
melainkan masa kerehatan itu adalah saat Allah menghimpunkan mereka didalam syurgaNya..
saat yang tiada batas waktu itu memang telah Allah peruntukkan untuk mereka bergembira setelah mereka berpenat-lelah di dunia itu semata-mata untuk Allah..

Monday, October 11

Satu Cinta...

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


Sumber

Video

Sunday, September 19

MISI KE INDIA..

Bukan setakat untuk mendapatkan segulung ijazah 'MBBS'...

Bukan setakat untuk menceduk ilmu2 perubatan di sana...

Bukan setakat untuk bergaul dengan pelajar2 perubatan yang lain...

Tetapi dibahuku..sebagai seorang islam tergalas satu taklifan untuk SATU MISI...

Mohon doa kalian agar destinasi tarbiyahku yang seterusnya ini bakal mencetuskan satu revolusi...(^_^)

InsyaAllah..


Sunday, August 22

Diari RamadhanKu...(Part 4)

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Wah..subhanaAllah..lama jugak dah tak menulis dalam diari ramadhanku ni..
Ha..yang sebenarnya tak berkesempatan untuk online sejak beberapa hari ni..

Melakukan kerja dakwah yang lain...iaitu...membantu ibu membuat kuih di siang hari!!!
Menolong ibu juga satu cabang dakwah kan???

So,sebelum meninggalkan tanah air tercinta ni..
(wah..nada patriotik!takpe...hubbul watan minal iman : cintakan negara sebahagian daripada iman juga..(^_^))...
mestilah kena bertambah semangat lagi untuk membantu parents kan?

Hurmm..actually buat kueh raya ni banyak mengajar untuk mengenali lebih lagi erti kesabaran dan kepenatan..tapi penat-penat buat kueh raya,penat lagi berdakwah..tol tak? Ke tak betol?
Dakwah dipandang sebagai sesuatu yang MENGERIKAN ikut persepsi masyarakat sekarang, especially bila ada anak yang involve dalam kumpulan2 ni, parents akan mula syak yang bukan2..sedangkan erti Dakwah itu yang sebenar membawa maksud 'menyeru/mengajak ke arah kebaikan'...

"Apabila Allah menginkan kebaikan bagi seseorang...Allah akan memberikannya kefahaman dalam ad-deen..." -Hadis Shahih Bukhari dan Muslim-


Ok..atas permintaan ukht Liyana..maka inilah hasilnya selama aku berhibernasi daripada dunia siber ini...

































Huhuh...alhamdulillah dapat la wat sket2 dulu ni..hurmm..nak taw resepinyer...
Tapi resepinyer akan diberikan tak mengikut timbangan tau,ikut cawan...cawan yang biasa digunakan ntok minum teh tu...(^_^)

BISKUT SARANG SEMUT...

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula halus (gula kasar yang telah dikisar)
1 camca teh esen vanila
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan marjerin
1/2 camca teh baking powder

Cara-caranya :

Pukul marjerin, gula halus dan telur sehingga kembang.Then boleh la masukkan esen vanila dan baking powder. Kemudian masukkan bahan-bahan tepung dan gaul sehingga sebati. After that, parut adunan tadi dan masukkan dalam cup yang cantik dan comel! Taburkan chocolate rice dan bakar hingga masak! Pastikan warna kueh tu keemasan sket before angkat..tapi ingat, jangan sampai jadi coklat!tu maknanyer dah hangus la tu...(^_^)

Ha..lihat hasilnya..biskut ni dinamakan Sarang Semut coz parutan tu nampak macam sarang dan chocolate rice di atasnya nampak macam semut..tapi boley je kalau nak tabur colour rice..cuma nanti biskutnya akan nampak seperti sarang semut yang berwarna-warni!!!(^_^)

Terlanjur ada kelapangan ni...boleh la tulis sekali resepi ntok biskut semperit jugak...

BISKUT SEMPERIT...

Bahan-bahan :
4 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 senduk tepung kastard
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur (pastikannya kuning sahaja,putih telur hanya mengeraskan adunan)
2 senduk marjerin
1 camca teh serbuk pewarna (sebarang pewarna yang disukai)

Cara-caranya :
Pukul marjerin,telur dan gula halus hingga kembang. Masukkan serbuk pewarna dan gaul. Kemudian masukkan segala tepung yang ada dan gaul lagi hingga sebati.Ha..then cuba rasa adunan tu..lembut ke tak..kalau dah agak-agak lembut tu boleh la ambil acuan semperit dan tekan...bab tekan-menekan ni yang sakit coz ia memerlukan kekuatan tangan...kemudian potong dalam 2 inci macam tu panjangnya..then bakarlah hingga masak! Waktu nak masukkan kueh dalam bekas nanti berhati-hati tau,coz kueh semperit ni amat sensitif dan rapuh..so kena gerakkan sket kueh tu atas dulang instead of angkat terus...oh,lagi satu..sewaktu sesi tekan-menekan nanti,cover dulu adunan yang lain supaya tak kena angin..coz bila dah kena angin, adunan tu boleh mengeras dan menyukarkan lagi untuk menekan...ha..tapi bila adunan tu dah susah untuk ditekan,boleh la sapu marjerin lagi sikit untuk melembutkannya semula...(^_^)

Ha..see..kita boleh guna pelbagai serbuk pewarna ntok kueh ni..ni guna serbuk pewarna hijau n kuning...

So..HAPPY TRYING!!!(^_^)

Friday, August 13

Diari RamadhanKu...(Part 3)

HARI KETIGA

ALHAMDULILLAH...dalam berpuasa pada hari ketiga ini,Allah memberikan aku kesempatan untuk berada pada banyak tempat untuk satu hari ni...selain berada di depan laptop:)
Nampak macam busy hari ni tapi sebenarnya tak layak pun nak claim kita busy coz Allah lebih lebih lagi busy..

"Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadanya.Setiap waktu dia dalam kesibukan."-ar-Rahman,29-

DI KEBUN MINI MAMA...

Alhamdulillah...pada pagi ini aku dan Mama sama-sama membanting tulang membersihkan kebun mini milik Mama depan rumah yg luasnya sekangkang kera je pun...(^_^)
hurmm..nak bercerita mengenai kisah signifikan pada pagi tu..ditakdirkan Allah, jiran sebelah rumah aku yang baru kehilangan suaminya pun berada di luar jugak,sedang menyidai baju....
maka tercetuslah satu perbualan yang menarik antara aku,Mama dan Makcik...
sehinggalah muncul satu khabar yang tidak enak didengar...
Persepsi terkini masyarakat setempat..."Ah,kalau tak solat pun senang je mati!"

Astaghfirullah...adakah begitu sekali pandangan umat akhir zaman yang memandang enteng soal agama terutama ibadah yang merupakan perintah daripada Allah?
Benarlah kata-kata seorang murabbiku, masyarakat kini meletakkan Islam hanya pada perkara yang berkaitan ibadah bukannya menjadikan Islam itu cara hidup mereka.
Di manakah bukti laungan "ISLAM IS THE WAY OF LIFE"?
Adakah selama ini kita solat hanya semata-mata untuk mati dengan mudah dan senang?

Astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirullah...

Merenung kembali ke dalam diri..mungkin aku juga selalu melakukan sesuatu ibadah untuk melepaskan diri daripada seksaanNya atau pabila merasakan ibadah itu perlu sahaja...dan bukan untuk mendapat redhaNya(-_-)

DI KLINIK DR. RAHIMAH...

Alhamdulillah...sekali lagi Allah memberikan aku satu pengalaman yang berharga. Berbual-bual dengan Dr. Rahimah,seorang doktor wanita yang berfikrah, memberikan aku satu pandangan baru yang dilihat daripada sudut dimensi berbeza mengenai profesion yang bakal aku ceburi. Benarlah seorang DR. itu bukan sahaja seorang doktor tetapi seorang Daie Rabbaniyah...
Teringat kisah yang diceritakannya...kisah ni berlaku waktu dia dalam government service..dia baru sahaja beberapa hari melakukan pembedahan ke atas seorang mayat yang berbangsa India..kemudian ketika dihidangkan lauk daging masak kicap untuk satu makan tengahari, dia tak dapat nak makan coz lauk tu membuatkan dia terkenang mayat yang dibedahnya itu...huhu..tu yang dia nasihatkan,"KUATKAN DALAMAN!".

DI MELAKA SENTRAL...

Tengahari tu,adik telefon..minta ambil dia di stesen bas,baru pulang dari asrama.. Dalam keadaan tergesa bersiap coz dia dah tunggu kat sana.So, bila sampai je..tak nampak pun dia.Ok..tak pe..masih boleh bersabar..berabad lama juga la tunggu kat situ dah bley jadi statue agaknya,nak tinggalkan kereta pergi cari dia xboleh plak coz nnt kena saman...Tiba-tiba seorang remaja perempuan datang menghampiri...
"Akak ni..akak kepada Aziani kan?...aku mengangguk..
"Aziani ada kat dalam,tengah shopping!"
"Tengah shopping!!!"..lorh..tadi dia jugak yang beria suruh aku datang sepantas kilat..
Fuh..naseb bek puasa..xjadik nak marah...owh,kalau tak puasa boleh marah la eh?camtu ke?
Huhu..xboley2..time ni la nk praktis apa yang pernah aku sampaikan...(^_^)

DI TEMPAT KERJA KAKAKKU...


Wah...gawat ni!!!Daripada pagi tadi kakakku tak habis2 memperkatakan tentang orang yang disuspek meragut handsetnya beberapa minggu lepas...sewaktu aku menjemput dia di tempat kerjanya ketika break time..sebaik-baik sahaja dia memasuki kereta,terus dia memberitahuku tentang apa yang telah dilihatnya hari ini.
"Angah,Along rasa Along dah dapat orang yang curi tu!Dia pusing2 dengan motor dia kat sini tadi",kakakku mengadu...
"Owh..maknanya Along dalam bahaya ni!"..mengenangkan kakakku tidak pernah mempelajari mana-mana seni mempertahanankan diri...terutama bila kes jenayah di kawasan aku ni meningkat...baru-baru ni sahaja keluar berita seorang budak yang nak pergi ke sekolah hampir diculik di hadapan rumahnya sendiri...

Hurmmm..ingat tak kisah puteri Rasulullah dengan semalu?Rasulullah kata wanita tu ibarat semalu..antara ciri pohon semalu yang patut ada pada seseorang wanita ialah 'berduri' supaya wanita itu selamat!InsyaAllah..(^_^)
So penting jugak untuk kita ada ilmu mempertahankan diri...disamping Allah yang sentiasa menjadi pelindung kita!


Diari RamadhanKu...(Part 2)

HARI KEDUA...

Semangat Syabab, Hikmah Syuyukh...(Klik Sini)

Bersyukur sangat dengan usia yang telah Allah kurniakan. Waktu tarawih tu, melihat mak cik-mak cik yang sudah berumur mengalami kepayahan untuk meneruskan rakaat memberikan aku satu ibrah yang sangat berharga. Betapa perlunya untuk memanfaatkan masa muda ini sebaiknya. Ha...kalau boleh bila dah fly nanti, apa kata kalau kita pergi ziarah Baitullah, menunaikan haji dan umrah, sementara tenaga remaja ni masih ada dan selagi tulang-belulang ni masih kuat untuk melakukan ibadah dengan sihat dan kuat serta bersemangat, sebelum menziarahi tempat2 lain.(^_^)


Jom Belajar Tajwid....(Klik Sini)

Selepas tadarus malam kedua ini,aku mendapat panggilan daripada seorang sahabat bertanyakan hukum tajwid. Hurmm..tidaklah hebat sangat dalam berhukum ni,tetapi insyaAllah akan membantu selagi mampu. Jom kita sama-sama belajar tajwid nak? (^_^)




Semangat Pemuda....



Kebijaksanaan Kaum Tua...

Wednesday, August 11

Diari RamadhanKu...(Part 1)

HARI PERTAMA....

ALHAMDULILLAH...Akhirnya siap jugak Checklist Ramadhan aku!Yeay, nampaknya lebih bersemangat lagi untuk menunaikan ibadah puasa dalam bulan ini. Untuk design Checklist Ramadhan aku pada tahun ini, aku buat ala-ala IB gitu. Dalam checklist tu disertakan sekali points yg akan aku perolehi jika aku berjaya melakukan sesuatu perkara tu dan points tu ditentukan berdasarkan cabaran dan tahap kesukaran/kesusahan untuk melakukannya,atau dengan kata lain tahap kemalasan untuk melakukannya coz x biasa buat sebelum ni.At the end of this month,DIPLOMA RAMADHAN WILL BE AWARDED IF I PASS THE TOTAL RAMADHAN POINTS!Wah..nervous2! Owh..tak lupa gak BONUS RAMADHAN POINTS will be 'Weight Loss in Kg',tu baru nampak puasa..kalau berat maintain gak atau makin bertambah tu maknanyer hentam masa berbuka la tu kot..(^_^)
Ayuh berjuang!!!Chayyok!!!




ALHAMDULILLAH...Allah memberikanku kesempatan untuk menunaikan solat sunat tarawih pertama bersama keluarga tahun ini. Rasa sangat seronok apabila semua ahli keluarga kecoh bersiap untuk ke surau selepas maghrib malam tadi. Terasa macam di pagi raya pulak...especially bila melihat Kak Longku mengenakan baju raya tahun lepas yang 'grand' untuk ke surau.Begitu sekali sambutan Ramadhan oleh kakakku.(^_^)


ALHAMDULILLAH...Allah juga memberikan aku kesempatan untuk join program Tadarus al-Quran di surau selepas solat tarawih. Rasa agak kekok pada awalnya memandangkan aku seorang je girl dalam kelompok ladies malam tadi. Hurmm..de jugak kesilapan yang tidak aku sedari dalam bacaan Quranku selama ini. Aku tak menebalkan dengung untuk 'wajibul ghunnah'...kiranyer macam tak cukup dengung la apabila sampai pada mim dan nun syaddah.Dan perkara paling gembira sekali waktu tadarus malam tadi ialah apabila sampai je turn ntok aku baca,Allah berikan aku ayat tentang 'fastabiqul khairat','sibghatullah' dan 'ummatan wasota'.Best sangat!!!(^_^)


ALHAMDULILLAH...Allah memberikan semula penghidupan kepadaku serta ahli keluarga yang lain untuk kami bersama-sama mengikut sunnah Rasulullah,bersahur pada pagi tadi. Mama buat sup ayam untuk sahur hari pertama puasa ni. Sedap!

INNALILLAH...Waktu aku dan keluarga sedang bersahur,Mama dapat satu mesej. Mama diberitahu tentang kematian seorang jiran. Al-Fatehah untuk Pak Cik Hasan yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Melaka. Kematian akan menjemput kita bila-bila masa sahaja without warning! Banyak juga berita kematian orang dekat yang aku terima sejak akhir-akhir ni. Beberapa minggu yang lepas,aku kehilangan jiran sebelah rumah,Pak Cik Talib yang selalu bagi makan Ecot,kucing kesayangan adikku...Beberapa hari yang lepas, aku kehilangan jiran belakang rumah, Pak Cik Zack yang selalu mengejutkan aku di pagi hari dengan bunyi keretanya untuk pergi berniaga...Dan hari ini, aku kehilangan jiran depan rumah, Pak Cik Hasan yang selalu bantu 'repair' basikal aku...(-_-)Semoga mereka ditempatkan dalam golongan orang yang soleh atas kebaikan-kebaikan yang telah mereka lakukan semasa hayat mereka...InsyaAllah.

Saje nak share...
According to Herzberg theory,there are two factors that affect our motivation; motivator and hygiene factor. Klu zaman kanak2 dulu, kita akan selalu disogokkan dengan wang untuk menaikkan motivasi supaya kita bersungguh-sungguh puasa tapi kalau zaman remaja ni,tak boleh la kalau still nak upah puasa lagi,tol tak?

So pendekatan seperti 'hygiene factor' ni lah masih lagi boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi memperbanyakkan ibadah dalam bulan ni...
Ha...antara contoh lain ntok hygiene factor ni aside financial,ialah bilik yang kemas,bersih dan selesa. Bila kita rasa selesa nak beribadah dalam bilik kita tu,insyaAllah akan timbul keinginan untuk melakukan lebih banyak ibadah lagi especially bila kita bersendirian.Wah,bestnyer dapat 'dating' berdua-duan dengan Allah lama2 plak tu!
Lepas dah abis kemas bilik tu,if possible letaklah potpuri atau semburkan sedikit haruman dalam bilik tu...
Islam tu kan suci dan bersih....(^_^)

Sebelum menutup post ntok 1 Ramadhan 1431H ni,teringat kata-kata azimat daripada Ustaz Fadhil;

" MUKMIN YANG BIJAKSANA TIDAK AKAN MENGGADAIKAN KEHIDUPAN YANG KEKAL UNTUK KEHIDUPAN YANG SEMENTARA!"


Alhamdulillah...InsyaAllah bebrape minit lagi nak masuk waktu berbuka di Melaka.Selamat berbuka puasa semua!!!(^_^)Penat puasa di bulan Ramadhan berbeza dengan penat puasa dalam luar bulan Ramadhan kan...

Bila Saya Marah!!!




Bila saya marah...lebih baik bagi saya untuk berdiam kerana jika saya bersuara maka kata-kata yang akan keluar adalah daripada api kemarahan saya dan itu akan membuatkan situasi menjadi lebih tegang dan buruk.

Bila saya masih marah...dengan secara automatiknya, air mata saya akan mengalir kerana saya geram tak dapat untuk meluahkan rasa marah itu...
hakikatnya air mata itu mengalir kerana kekalahan saya tidak dapat mengawal marah itu.

Astaghfirullah. Apabila kita masih bernafas di atas muka bumi ini, itu maknanya banyak lagi tanggungjawab dan hak yang perlu dilunasi. Kadangkala konflik dalam sesuatu hubungan benar-benar menguji kesabaran. Antara ibu dan anak, kakak dan adik, teman dan teman dll. Apabila tahap kesabaran telah dilepasi maka tercetuslah kemarahan.
Kita semua hanyalah insan biasa dan sudah semestinya pernah mengalami keadaan ini.


Hurmmm..pernah dengar tak kisah Abu Bakar r.a. mengenai marah?
Saya baca kisah ni dalam buku Peribadi Muslim karya Muhammad Al-Ghazali dalam bab Adab Bercakap. Saya baca buku ni beberapa bulan yang lepas, jadi kemaafan dihulur terlebih dahulu kerana kisah ini terpaksa ditulis dalam versi yang masih saya ingat lagi...(^_^)

Pada waktu tu,beberapa sahabat termasuk Abu Bakar r.a. sedang ber'meeting' dengan Rasulullah. Abu Bakar sedang duduk bersebelahan Baginda ketika seseorang telah membuat Abu Bakar marah. Pada kali pertama, Abu Bakar berjaya menahan marah. Tetapi orang itu masih membuat Abu Bakar marah pada kali kedua. Sahabat Nabi itu masih lagi dapat menahan amarahnya. Namun masuk kali ketiga hamba Allah itu membuat Abu Bakar marah, kali ini Abu Bakar tidak berjaya menahan marahnya. Pada saat itu juga, Rasulullah bangkit daripada tempat duduknya.
Abu Bakar bertanyakan hal itu kepada Rasulullah, "Mengapa kau bangkit,ya Rasulullah?".
Rasulullah menjawab, "Pada saat kau sedang menahan marahmu,malaikat sedang duduk bersama dan merahmatimu tetapi pada saat kau mula meluahkan marahmu, malaikat telah naik ke langit kerana syaitan telah mengambil alih duduk bersamamu. Maka disebabkan itu, aku bangkit."

(Sesiapa yang ada original versi bolehlah menyumbang disini yea...)

Sempena Ramadhan ni, bila banyak kerja yang perlu dilakukan kita kadang-kadang akan terdorong untuk marah orang sekeliling kita. Alasan yang 'cliche' ialah penat puasa...hurm,not good..not good...orang lain puasa jugak bukan kita seorang je yang puasa kan?

So,kat sini de la sikit tips ntok mengawal kemarahan kita seperti yang dianjurkan Allah dan Rasulullah...


1) Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :
Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa'nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW.

Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar,"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik".

Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.
Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam.
(Hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)


2) Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkan kesalahan org lain.

"Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :
"Sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari."
(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

"Tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan."
(Hadith riwayat Abu Daud)


3) Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam.

"Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)

Alkisah..Dua org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

4) Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

5) Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam."Nabi saw mengucapkannya 3 kali"
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


6) Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api. maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.


Kalau ikut tips HOT FM plak,bila rasa nak marah,cepat2 amek kertas n pen then luahkan kat atas kertas tu....tapi nanti kalau tulis benda2 yang tak elok/sedap didengar camne plak???(^__^)

Thursday, August 5

Golongan Yang Menantikan Ramadhan...

Alhamdulillah. Hari ni dah pun masuk 27 Shaaban 1431H. InsyaAllah kita semakin menghampiri bulan mulia Ramadhan. Hurmm...bercerita mengenai Ramadhan, saya dapati terdapat beberapa golongan yang menantikan kedatangan Ramadhan, bulan yang mendidik jiwa dan nafsu ini.

Golongan Artis...
Ramai artis baik pelakon mahupun penyanyi yang menantikan kedatangan bulan ini sebabnya...kedatangan Ramadhan menandakan kedatangan offer untuk berlakon/menyanyi dalam program raya,konsert raya dan cerita raya.

Golongan Peniaga...
Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh peniaga kerana pada bulan inilah ramai rakyat Malaysia bukan sahaja yang beragama Islam malah beragama lain juga bakal membanjiri BAZAR RAMADHAN. Maka inilah peluang keemasan bagi golongan ini untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya.

Golongan Pembeli...
Golongan ini pula terbahagi kepada dua:

1. Pembeli yang ingin membalas 'dendam'.
Hurmm..biasalah kononnya setelah penat berpuasa seharian, maka ada yang ingin membalas 'dendam' dengan berbelanja semahunya untuk berbuka puasa dengan pelbagai
juadah yang sedap belaka.

2. Pembeli yang menanti diskaun.
Ramai je yang menantikan Ramadhan kerana pada masa inilah diskaun mudah didapati
di sana sini. Baik di kedai, butik, pasaraya, shopping mall...semuanya
menjanjikan harga yang murah-murah dan sangat berpatutan untuk baju raya, kasut
raya, biskut raya, perabot raya, langsir raya dan lain-lain raya lagi.)

Golongan Penonton/Pendengar...
Terdapat juga segelintir yang menantikan Ramadhan untuk menonton rancangan/program Ramadhan/Raya yang menarik di kaca televisyen. Ada juga yang tidak sabar menunggu Ramadhan untuk menjadi pendengar setia lagu-lagu raya di corong radio.


Jadi, anda tergolong dalam golongan yang mana???

Oh...anda tidak tergolong dalam mana-mana golongan di atas?
Golongan yang menjadikan 30 hari dalam bulan ini sebagai tempat persiapan untuk menyambut RAYA...

Atau mungkinkah anda dalam golongan di bawah ini....

Golongan Muttaqeen...
Golongan ini adalah untuk mereka yang ingin menjadi lebih bertakwa. Mereka menantikan Ramadhan sama seperti umat Islam terdahulu menantikan Ramadhan. Bagi golongan ini, Ramadhan adalah tempat pembaikan dan pemulihan. Mereka memahami hakikat sebenar Ramadhan iaitu bulan untuk menjadikan diri kepada yang lebih baik. Mereka meyakini bahawa kewajipan berpuasa yang telah diperintahkan Allah kepada seluruh umat Islam bermula daripada tahun 2 Hijrah membawa ratusan rahmat pada awalnya, ribuan keberkatan pada pertengahannya dan jutaan keampunan pada akhirnya.

Dan golongan inilah yang sebenarnya patut menyambut Hari Raya sebab Hari Raya itu kan merupakan Hari Kemenangan...Itulah kemenangan yang sebenar bagi Muslim yang berjaya menempuh 30 hari berpuasa dengan mengaut keuntungan di akhirat dan bukan di dunia sahaja.


Tidak salah untuk kita menjadi golongan di atas tadi tetapi pastikan kita meletakkan diri kita yang utama dalam golongan yang dinyatakan di bawah tadi. Artis, peniaga, pembeli, penonton, pendengar dll itu hanya merupakan kerja sampingan kita di bulan Ramadhan untuk mengaut keuntungan di dunia dan ingatlah kerja utama kita adalah MUSLIM, maka keuntungan yang perlu kita kejar dahulu adalah keuntungan di akhirat sana.InsyaAllah...(^_^)

"Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa!" -Al-Baqarah,183-


~Ya Allah Sampaikanlah Kami Kepada Ramadhan~

~Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan!~



Sumber Foto

Monday, July 19

How to tackle someone?

My confusion on this verse has engulfed me for quite some time.

"He sends down water from the skies, and the channels flow, each according to its measure: But the torrent bears away to foam that mounts up to the surface. Even so, from that ore which they heat in the fire, to make ornaments or utensils therewith, there is a scum likewise. Thus does Allah (by parables) show forth Truth and Vanity. For the scum disappears like forth cast out; while that which is for the good of mankind remains on the earth, Thus does Allah set forth parables."-ar-Ra'd,17-

I did not really understand exactly the connection between the parables that Allah gave in the verse. Then after referring to Tafsir Ibnu Kathir and some experts explanation, I do understand it!

This noble verse includes two parables which testify that the truth is set to firmness and duration, while falsehood is destined to fainting and vanishing.

'Water from the skies' in reference to rain, 'and the channels flow, each according to its measure' i.e. each valley preserve of water according to its capacity. As there are some vast valleys can retain more water than small valleys that keeps smaller measure of water. This parables implies the fact that hearts vary; as some of them can comprehend substantial knowledge and some can comprehend only a little amount of knowledge or rather are too narrow to acquire it.


How to tackle someone?

As the Malay saying goes,"Rambut sama hitam tapi hati lain-lain". So here Allah gives us a clue on how to tackle someone. Win her heart first then you will get the girl! Tackling that I mentioned here is not something usual like a boy tackled a girl to be in loved with him.

Well, this tackling that I'm trying to convey here is the unusual tackling that is between a daie and her mad'u. Well, same principle is being used here as we need to win their heart first then we will get them to be in loved with Islam. I have to say it will never be an easy task beacuse here comes the DF (Da'wah Fardiah), where it requires us to get personally in touch with our mad'u.'One by One concept'. We need to get involved in her routine, if possible, pleasure yourself to visit her at her place for couple of times weekly.

REMEMBER TO PLAN YOUR DAILY ACTIVITIES
and do include the visit in your timetable. Thus you will not miss any other important occasions e.g. study group etc. Don't forget to bring snacks or anything fun to enjoy with her.The more comfort they feel,the more closer you become.(^_^)

Sometimes your wisdom words and a warm smile can make them more comfortable to share their stories and most importantly, if they start to share their feelings, then it's a sign of a good kick-start to move to the next DF level.

Bear in mind...different mad'u,different heart,different approach!
So the DF need to be done accordingly.

After all,the topmost crucial task for a daie is to ask from Allah. For Him to give assistance in our da'wah by opening the heart of the mad'u to Islam.


"And He has united their (i.e. believers') hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have united their hearts, but Allah has united them. Certainly, He is All-Mighty, All-Wise."-al-Anfal,63-


Not to forget pray for ourselves...to be a good Muslim,a pious Abid(Servant) and a great Daie(Preacher).


Well,I'm not done with this. There's more fascinating stories to write about this noble verse.

Will be continued....



p/s: For my juniors, this is for you.All the best with the newcomers k!(^_^)
And this is also as a guidance for this high-curious non-muslim girl, Ning,who really interested in Islam. Sis, this post as a reply of what you did asked me before.

Sunday, July 18

The Story Of Mine...

Alhamdulillah..rase cam dah lame tak menulis di sini sejak bertukar hobi ni..(^_^)
Baiklah..untuk menunaikan permintaan kepada pembaca-pembaca yang masih ingin membaca lagi tulisan saya ini...huhu...(^_^)
so, here it goes...

SANAH HELWAH YA UMMI!!!
-----------------------

Mama... harus kukatakan, dirimu adalah kebanggaan bagi diriku.
Seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu...
yang telah mengharungi pelbagai ujian dan dugaan Allah selama 46 tahun dia hidup...
namun sabar yang menjadi penemannya...
yang tidak pernah sesaat pun mengabaikan amanah yang telah ditaklifkan kepadanya...
yang sentiasa menjengah anak-anaknya di kamar ketika malam berlabuh...
yang masih lagi mampu mengukirkan senyuman di hadapan mereka yang telah melukakan hatinya...
tiada rungutan yang pernah keluar dari mulutnya...
yang sering didengari hanyalah harapan optimis...
yang sering dilihat hanyalah sentuhan kasih sayang untuk anak-anaknya walaupun kadang-kala dirinya dikasari...
hanya kelembutan dalam setiap kata-kata dan perbuatannya...

Ketahuilah ibuku, bahawa sekali-kali diri ini tidak mampu untuk melihat dirimu di dalam kesusahan dan kepayahan lebih-lebih lagi kesakitan.
Sinar matamu,mama...telah menceritakan segala kedukaanmu yang silam.

Maafkan diri ini jika tidak mampu untuk membahagiakan mu.
Namun hati ini tetap sayang dan cinta kepadamu wahai ibuku.

Kaulah ibu terbaik yang dikirimkan Allah buat diriku.

Mama,kebaikan untuk dirimu di dunia dan di akhirat sentiasa mendapat ruang dalam doaku.

Ku mohon ya Allah,berkatilah usia ibuku. Kau tempatkanlah ibuku bersama golongan yang mendapat rahmat dan kurniaMu atas berkat kesabarannya.Amin ya Allah.

Semoga Mama sentiasa di bawah lindungan dan pertolonganNya.

Selamat Hari Lahir Mama....

Angah SAYANG Mama!!!(^_^)


SELEPAS IB RESULT...
--------------------

Wow...sangat hebat! Bukan result yang hebat,tapi ujian yang Allah kirimkan tu sangat-sangat hebat! Astaghfirullah...

Untuk beberapa hari selepas tu, memang rase macam tak hidup. Buat la apa sekalipun... even driving,cooking,watching...jasad je yang ada kat situ tapi fikiran melayang entah ke mana...Wah..tak pernah rasa macam ni sebelum ni...

Sakit..sakit sangat...berat sangat ujian kali ni dirasakan. Dengan keadaan seperti itu jelas sekali aku tak redha dengan ketentuanNya kerana diri terasa dah sehabis pulun untuk final exam hari tu. (Ish..ish..Jahatnya aku berfikiran sebegitu. Adoyai,terlupa sebentar siapa kita untuk menilai usaha kita itu...)

My life was miserable for those few days..and me, of course an ungrateful servant!

I was still in misery...till one night....

One night that has opened my eyes to realise my great mistake...

One night that makes me changed what I've asked from God...

One night that really makes myself clearer on the path that I've taken...

One night that makes everything what has happened is such a precious moment for me..

One night that makes me very grateful to have my family and friends...

One night that makes me smile for what had been written by Allah...

One night that prepares me to face any circumstances in future...

One night...only Allah and me know!

After that night onwards...I did good!

To tell you the truth...

Now...I'm just perfectly fine...(^_^)

SELEPAS GERMANY DIKALAHKAN SPAIN....
------------------------------------

Wah..Germanku dikalahkan..pasukan pilihan nampaknya tak dapat masuk final untuk merebut FIFA World Cup!Tak pa..Tak pa...
Nampaknya German senasib dengan aku untuk tahun ini. Namun itu takkan sekali-kali mematahkan semangat aku dan German untuk berjuang for the next time. Chayyok!!!

Nway it's not the end of the world!(^_^)

Ok guys...

Jatuh sekali takkan bermakna jatuh selamanya.

Kegagalan kali ini bakal menjadi satu motivasi untuk menempa kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Yakinlah akan hikmah pada setiap qada' dan qadar Allah.

Mungkin bukan sekarang untuk Allah menampakkan hikmahNya.

Mungkin satu masa nanti...yakinlah hari itu pasti akan ada untuk kita berada di atas sekali lagi coz hidup kita ni kan umpama roda.Setuju?
Maka buktikanlah kita masih boleh berputar ke atas lagi.

Which means Germany akan mengungguli World Cup 2014 nanti...hehe..(^_^)
Maaf penyokong Spain, this time is yours...but for the next time, let Allah decides...

So, at the moment,Germany and I will take a close review on our weaknesses and need to polish more on our skills for a better improvement in future...and definitely to succeed in our respective careers!

Juz wait n see...(^_^)

Besides, Allah akan uji mengikut kemampuan hambaNya.
So believe it! We can handle this!!!(^_^)

Dan yakinlah Allah dah ada perancangan yang terbaik untuk kita!
Jadikan sabar dan redha sebagai peneman....(^_^)


"Sesungguhnya Allah memiliki kekuasaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah." -at-Taubah,116-




p/s : Maaf yea bagi sesiapa yang tercari-cari kelibat saya dalam dunia siber, saya dah jarang online..almaklumlah desakan kerja sebagai domestic engineer aka surirumah n driver at a time menghalang saya untuk kembali aktif seperti sebelum ini.(^_^)
Plus saya dah bertukar ke Millat Facebook.

Saturday, July 17

Apa yang kurasa?

Syukur..

Syukur..

Syukur..

Tiada kata yang mampu menzahirkan perasaan dan rasa hatiku tika ini.

SubhanaAllah…

SubhanaAllah…

SubhanaAllah…

Begitu halus hikmah ujian yang ingin Allah sampaikan.

Alhamdulillah…

Alhamdulillah…

Alhamdulillah…

Maha Adil Allah yang telah meletakkan aku dalam ujian ini.

Astaghfirullah…

Astaghfirullah…

Astaghfirullah…

Tiada ketakutan melainkan hanya kepadaNya.

Allahuakbar…

Allahuakbar…

Allahuakbar…

Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui segalanya.(^_^)

Tuesday, June 15

Bola…bola…bola…




“Aduhai…nampaknya sebulan ni dok dalam bilik je la tiap2 malam…mana taknya dua penyokong kuat FIFA WORLD CUP sudah pulang ke rumah…”

“Apelah yang diorang dok asyik kejar sangat bola tu,beli je la bola lain kat kedai..lagi banyak, tak yah susahkan diri nak kejar dan berebut bola yang satu tu…”

“Isy..membazir masa lah..dok berjam-jam tengok pemain-pemain tu berlari ke sana ke mari..”

“Tak fahamlah..ape yang seronok sangat tengok orang kejar bola ni???...”


Di atas merupakan antara rungutan diri ini tatkala musim bola dah tiba…

Bukanlah ana katakan begitu kerana ‘biased’..ana juga peminat bola..ana tonton juga..tapi ana tonton keputusannya sahaja selepas habis perlawanan..tak de lah ana duduk menghadap TV tonton perlawanannya…bolehlah dikira peminat juga kan???(^_^)

Mengambil pelajaran daripada permainan bola ini..
Ana dapat melihat pemain-pemainnya begitu FOKUS terhadap GOAL mereka. Mereka
merancang strategi untuk MENANG!!!

PADANG BOLA diibaratkan sebagai PENTAS KEHIDUPAN

TRAINING@PRACTISE diibaratkan sebagai TARBIYYAH CABARAN/UJIAN

PEMAIN BOLA diibaratkan sebagai MUSLIM

BOLA diibaratkan sebagai AD-DEEN

PEMAIN LAWAN diibaratkan sebagai MUSUH ALLAH (SYAITAN) @ NAFSU

GAWANG GOL diibaratkan sebagai MARDHATILLAH

PIALA DUNIA @ ‘WORLD CUP’ diibaratkan sebagai SYURGA

 Dipendekkan cerita….
Permainan bermula apabila wisel ditiupkan.Di atas PADANG BOLA, kelihatan seorang PEMAIN BOLA menggelecek BOLA yang satu itu dengan penuh style dan versatile , penuh strategi berjaya melepasi halangan PEMAIN LAWAN hasil TRAINING@PRACTISE yang dijalani sebelum ini. Akhirnya kedengaran sorakan dan jeritan “GOL!!!!!”, apabila PEMAIN BOLA tersebut berjaya menjaringkan sebuah jaringan ke dalam GAWANG GOL. Di akhir perlawanan, PEMAIN BOLA berjaya menjulang PIALA DUNIA yang diidamkannya.

(Diadaptasi daripada kisah seorang PEMAIN BOLA yang unggul)

Mengikut pandangan ana, Allah telah menekankan dalam KitabNya yang mulia bahawa kehidupan kita di dunia ini bukan main-main..kita perlu FOKUS pada MATLAMAT (MARDHATILLAH) yang ingin kita capai sebagai MUSLIM..kita perlukan TARBIYYAH UJIAN DAN CABARAN untuk menguatkan ketahanan iman dan takwa untuk terus bertahan membawa dan menegakkan AD-DEEN…satu-satunya agama Allah yang haq di atas muka bumi ini…juga untuk menghadapi MUSUH ALLAH sepanjang kehidupan ini..insyaAllah di penghujungnya…kita akan di anugerahkan SYURGA apabila kita termasuk dalam golongan yang BERJAYA…golongan yang selalu Allah sebut-sebutkan dalam Al-Quran al-Karim…

InsyaAllah…(^_^)

p/s : Kepada sahabat-sahabat yang hendak menunaikan umrah musim cuti ni, ana ucapkan selamat menunaikan umrah! Mohon sampaikan salam rindu ana buat kekasih Allah yang ana rindui selalu...(^_^)

Thursday, June 3

Alfatehah...

Usai solat maghrib sebentar tadi,aku menerima panggilan daripada sahabatku.

"Assalamualaikum awak...saya ada berita untuk disampaikan.Adik saya call td.Dia menangis-nangis.Dia bagitahu Jannah Sani baru meninggal dunia."

Sekilas ku membayangkan wajah seorang akhawat junior di KMB dengan bibirnya yang tak lekang dengan senyuman dan salam tatkala bertembung denganku, kini telah dijemput Ilahi.

"Innalillah wa inna ilaihi rajiun..."
hanya kalimah itu yang mampu diungkapkan dengan keadaan diri yang masih lagi terkejut mendapat berita tersebut.
Allah begitu mengasihi dirinya.
Moga rohnya aman di alam sana dan dicucuri rahmatNya.
Sesungguhnya hanya kerana Allah ia berlaku dan kepada Allah dia kembali.

Al-Fatehah...

Untuk sahabat yang masih diberikan nafas oleh Allah serta yang masih diberikan kesempatan untuk bertaubat dan melakukan kebaikan...cukuplah kematian sebagai peringatan!

Kerana ajal itu tidak mengenal usia tua atau muda..
Ia tetap akan berlaku seperti yang telah dicatat di Luh Mahfuz...
masanya hanya kita tak ketahui...maka bersedialah wahai diri!
Hidup ini hanya pinjaman...


Sentiasa dalam doa dan ingatan..ukht Nur Jannah Ahmad Sani

Tuesday, June 1

MODE : RECHARGING…

Alhamdulillah..segala pujian hanya untuk Allah,Rabb bagi seluruh alam. Segala kesyukuran aku panjatkan hanya untukMu ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah…
Alhamdulillah…
Alhamdulillah…
Semalam aku telah keluar bersama sahabat yang telah di utusNya untuk me’recharge’ kembali iman dalam diri. Ketentuan Allah telah membawa kami ke Masjid Selat Melaka untuk bersama-sama menikmati panorama indah matahari terbenam ciptaanNya sambil bertadabbur serta bermuhasabah kembali. Dengan kehendakNya juga ayat yang menjadi pilihan kami pada petang itu ialah ayat 52-70, al-Hijr. Kami berdua tertarik dengan ayat 56 yang bermaksud :

“ Dia berkata : Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat.”

Selepas menunaikan solat Maghrib dan solat sunat hajat untuk sahabat-sahabat di Gaza, kami memilih untuk duduk sebentar mendengarkan pengisian yang diadakan di masjid tersebut berkaitan tafsir a’li-Imran ayat 8-13. Hal berkaitan hidayah dan putus asa turut menjadi topik yang dibincangkan pada malam itu. Penyusunan Allah begitu rapi untuk tarbiyahku bersama sahabat yang kucintai pada hari semalam. Perancangan Allah untuk mentazkirkan kami kembali akan nikmat berukhuwah dan berada dalam halaqah cinta Ilahi.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa gersangnya hati kami tatkala ini. Tiada lagi usrah di hujung minggu. Tiada lagi kedengaran suara naqibah menyampaikan ilmu. Tiada lagi hingar-bingar sahabat yang berlumba-lumba untuk menyatakan pendapat. Tiada lagi persoalan daripada adik-adik usrah dan teman-teman dengan muka ‘innocent’ mereka. Tiada lagi gelak tawa dan tangisan yang dapat kami kongsi. Tiada lagi semua itu untuk beberapa waktu ini.

Teman, aku ingin…
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar as-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Ghiffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Mogakan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencinta saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Mahkamah Mahsyar nanti.


Puisi ini dipetik daripada novel Tautan Hati karangan novelis muslimat yang mempunyai fikrah hebat, Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Pada awalnya agak liat juga untuk aku menghabiskan pembacaan novel ini kerana minatku terhadap novel sudah luntur, namun memikirkan keikhlasan hati pemilik novel ini yang tulus meminjamkannya kepadaku, akhirnya berjaya juga aku menghabiskan pembacaan novel itu. Alhamdulillah. Banyak perkara yang aku pelajari daripada novel ini. Antaranya bait-bait puisi di atas yang mengajarku betapa mahalnya sebuah ikatan ukhuwah fillah.

Sahabat…mahu saja aku laungkan : “ AKU RINDUKAN KALIAN!!!”. Namun jeritan itu hanya mampu terlahir dalam batinku sahaja. Tidak mampu aku zahirkan kerana kutahu bahawa inilah masanya untuk kita diuji. Dan aku bersyukur kerana Allah telah menempatkan seorang sahabat yang sangat setia untukku di bumi Melaka ini walaupun hakikatnya kami minoriti sahaja untuk kabilah ini.

Sahabat…kelapangan masa cuti ini mungkin telah menghanyutkan segelintir daripada kita. Jangan biarkan dirimu terus hanyut sahabatku. Jangan biarkan nafsu dan syaitan bermaharajalela dalam diri kita sekaligus menjunamkan graf keimananmu. Sudah tentu kita tidak mahu memberikan kemenangan kepada musuh Allah itu, bukan? Atau kita lebih memilih keriangan tawa syaitan durjana itu tatkala hasutan mereka berjaya memperdayakan kita? Maka sahabatku, marilah kita berusaha perbuat sesuatu agar hidayah Allah itu akan terus kekal bersama kita. Pilihan di tangan kita untuk memilih sama ada hendak menjadi muharrik, mutaharrik, syibhul mayyit atau mayyit.

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (al-Wahhab).” -ayat 8, surah a’li-Imran-

Sahabat…maaf jika bahasaku agak kasar disini.Namun hasrat hatiku ingin sekali mengingatkan diriku serta kalian, “Jangan perasan diri baik!”.Siapa kita untuk menghitung kebaikan yang telah kita lakukan? Confirm sangat ke segala amal kebaikan kita tu diterima Allah? Sure ke taubat yang kita lakukan tu adalah sebenar-benar taubat yang Allah inginkan? Jangan bajet baik la selagi mana kita tak dipertontonkan lagi dengan tayangan hidup kita sejak dilahirkan sehingga saat kematian dan selagi mana kita tak diberikan lagi buku catatan amalan kita. Oleh itu sahabatku, sekali lagi aku mengingatkan kepada diri-diri yang sering lupa…terutama diri ini sendiri...

TIPS ‘INGAT DUA,LUPA DUA’…

INGAT DUA:
1. INGAT KEBAIKAN YANG ORANG LAIN BUAT PADA KITA.
2. INGAT KEJAHATAN YANG KITA BUAT PADA ORANG LAIN.

LUPA DUA :
1. LUPA KEBAIKAN YANG KITA BUAT PADA ORANG LAIN.
2. LUPA KEJAHATAN YANG ORANG LAIN BUAT PADA KITA.

InsyaAllah mudah-mudahan tips ini akan mengingatkan diri kita untuk membuat lebih banyak kebaikan dan mengurangkan kejahatan serta membina diri kita untuk menjadi seorang pemaaf.
Sayang semua….(^_^)


Pemandangan malam di hadapan taman Masjid Selat Melaka...

Thursday, May 27

Di sini kutemui cintaku...

Tanggal 22hb Mei 2010 merupakan antara hari bersejarah dalam hidupku kerana ia merupakan tarikh tamat pengajianku selama dua tahun di Kolej MARA Banting. Dalam kesibukan menghadapi IB, lamanya tempoh dua tahun itu tidak terasa.

PAHIT...MANIS..SUKA...DUKA..TAWA...RIA..TANGIS...DERITA...SEDIH..GEMBIRA...
semua ada!

Teachers...

Cikgu-cikgu...

Makcik & Pakcik Makmal...

Makcik & akak DS...

Makcik KOOP & Dobi..

Sahabat-sahabat...

Insan-insan ini telah memberikan 1001 pengalaman untuk diriku.Terima kasih semua.Moga kita akan dipertemukan semula satu hari nanti. InsyaAllah jika bukan di dunia,di syurgaNya nanti.

Disinilah juga kutemui cinta Ilahi,cinta hakiki. Cinta yang telah membawaku mengenali dan memahami Islam. Cinta yang telah membuka mata hatiku. InsyaAllah disinilah tempat tarbiyahku bermula.

Apabila kereta yang dipandu ayah menyusuri keluar KMB, hatiku berdetik :

Inilah masanya.
MASA UNTUK MENGUATKAN DAN DIKUATKAN DARIPADA FUTUR.

“Ya Allah ya tuhanku,Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati. Thabatkanlah hati kami pada agamaMu dan ketaatan kepadaMu serta jihad di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”

Mengimbau kenangan terakhir di KMB bersama insan-insan yang mendapat tempat dihatiku...

Cikgu Linda dan Zuyyin...



Air mataku yang ditahan untuk tidak menangisi perpisahan pada hari tersebut akhirnya tak dapat ditahan lagi apabila mendengarkan dialog antara si ibu dan anak kecil itu.

Cikgu Linda : Iba mane?
Zuyyin : Iba ilang.
Cikgu Linda : Ida mane?
Zuyyin : Ida ilang.
Cikgu Linda : Pakcik mane?
Zuyyin : Acik ilang.
Cikgu Linda : Mak ya mane?
Zuyyin : Mak ya ilang.
Cikgu Linda : Alaq mane?
Zuyyin : Alakk ilang.
Cikgu Linda : Ada mane?
Zuyyin : Ada ilang.
Cikgu Linda : Ika mane?
Zuyyin : Ika ilang.

Cikgu melemparkan pandangan ke arahku dan Ain Zubaidah.

Cikgu Linda : Onyang mane?
Zuyyin : Onyang ilang.

Jawab si kecil sambil melirik ke arah Ain Zubaidah.

Cikgu Linda : Azi mane?
Zuyyin : Aji ilang.

Jawapan yang sama namun kali ini pandangan si kecil beralih ke arahku yang sedang duduk tepat dihadapannya. Wajahnya yang sayu benar-benar meraih simpatiku sehingga air mata ini tak dapat dibendung lagi. Sempat kutoleh ke arah Ain Zubaidah yang sudah mula berkaca-kaca matanya. Si kecil Zuyyin Damia’ itu dapat memahami kepulangan kami pada hari itu merupakan kepulangan yang kekal. Cikgu Linda kelihatan letih untuk menangis lagi.

InsyaAllah kenangan itu akan tersemat dalam ingatan.

Kenangan GENG LRC (Lepak Rumah Cikgu)!!!


Dan insyaAllah berpisah dan bertemu kami kerana Allah.

"Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan pemilik alam. " ~6:162~

Saturday, March 13

Sebelum berhabuk…


Sebelum berhenti seketika untuk membiarkan blog ni berhabuk sehingga 2 bulan akan datang..insyaAllah aku ingin berkongsi beberapa perkara bersama kalian…
-------------------------------------------------------------------------------------

KEKASIHKU….

“Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu…”


Sangat menyentuh hati…Tak sedikit pun bibirku jemu untuk mengalunkan lagu ini berulang kali... Aku sentiasa mengidamkan untuk bertemu dengan baginda SAW…alangkah indahnya jika dapat bersama-sama baginda serta para sahabat yang lain memperjuangkan Islam satu ketika dahulu… hidup sebagai seorang Muslim pada zaman baginda…berada dalam bi’ah yang wujud ketika itu..semestinya sangat indah…dan PASTINYA SANGAT SUKAR…sunnatullah untuk mereka yang menegakkan agama Allah..pasti akan mengalami pelbagai cabaran dan dugaan..para sahabat yang bersama baginda semestinya mereka yang sangat hebat…generasi al-Quran yang unik…mereka keluar daripada celah-celah al-Quran..perjuangan mereka tidak dapat ditandingi oleh pejuang-pejuang Islam setelah Fathul Makkah sampai bila-bila…seperti yang termaktub dalam QS :

“ ….Tidak sama orang yang menginfakkan harta dan dirinya di jalan Allah di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan Mekah. Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfakkan harta dan dirinya serta berperang setelah itu….”(al-Hadid:10)


Merekalah golongan Awwalun as-Sabiqun yang telah Allah nyatakan dalam ayat 10, surah al-Waqiah.

SubhanaAllah..generasi al-Quran itu sememangnya unik dan hebat….hebatnya mereka semasa Jahiliyyah,begitulah juga hebatnya mereka semasa Islam…malah mereka adalah logam yang lebih hebat lagi…

Daripada Abu Hurairah r.a. : Rasulullah SAW bersabda; “ Manusia ibarat logam (al-ma’adin), hebatnya ketika jahiliyyah, hebatnya juga ketika Islam, sekiranya dia faham (Islam).” -Sahih Bukhari

-------------------------------------------------------------------------------------

ISTIKHARAHKU….

Pilihan itu satu ketetapan. Kita perlu memilih setiap perkara yang ingin kita lakukan setiap masa sehingga membawa kepada konflik dalaman @ dilema. Aku selalu disuruh memilih apabila dalam keadaan terpaksa. Aku biasanya memilih apa yang bukan kehendakku tapi akhirnya kekuasaan Allah akan menunjukkan jua hikmah di sebalik setiap pilihan yang telah aku buat (walaupun awalnya tak suka). Maka akhirnya aku akan sujud bersyukur untuk kebaikan yang aku peroleh pada setiap rahmat pilihan itu.

Daripada dulu lagi..aku sentiasa tak dapat apa yang aku nak dan aku memilih pun bukan berdasarkan kehendakku…

Bukan kehendakku untuk bersekolah di SMKA..kerna aku ingin bersekolah di MRSM

Bukan kehendakku untuk memasuki KISAS…kerna aku ingin memasuki SBP

Bukan kehendakku untuk menjadi doktor…kerna aku ingin menjadi pilot

Bukan kehendakku untuk memasuki KMB…kerna aku ingin memasuki INTEC

Semuanya berlaku bukan dengan kehendakku tapi semuanya berlaku dengan kehendak Allah..

“ Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila dikehendaki Allah.” – (al-Insan,30)

Akhirnya aku sedar, setiap kehendak perjalanan yang telah Allah aturkan ini merupakan satu perjalanan tarbiyah buatku..sehingga membawaku mengenali dan memahami Islam di KMB…dan sememangnya segala kehendak/cita-cita/impian yang kita impikan tak semua kita akan dapat sebab…

“Atau apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya?
TIDAK! Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia.” – (an-Najm,24-25 )

Maka berlapang dada dan bersabarlah atas ketetapanNya setelah kita beristikharah…

ATURAN ALLAH ITU SANGAT CANTIK…

Dan bukan kehendakku untuk berhenti ber’blogging’…kerna aku ingin tetap teruskan
namun terpaksa jugak aku buat pilihan tu…(^_^ )

p/s: Exam is juz around da corner….pray for us in KMB,k! Bulan study bakal dilancarkan…mohon maaf atas segalanya…(^_^)

Tuesday, February 16

Special post to my loved ones…

20 years ago…at this moment - 12.35 p.m. -
a chubby and adorable baby girl was born in Hospital Muar...
Her parents named her …Aziani Syahirah… a very beautiful name…
“My Famous Ornament” – direct translation from Arabic ..
She loved that name very much…special thanks to her parents!!!

Now…she’s a big girl..and I was her…(^_^)

I’m no longer teens…entering the transition stage…from a teen to an adult…

Wow…how terrific the feeling is!!!

However…my roles and responsibilities are remain the same…

As a daughter…

As a sister…

As a friend…

Top of that…as a Muslimah…

I wanna grab this opportunity to express my greatest gratitude towards these fabulous people… who play such an extremely important role throughout my life…


My wonderful parents…they are my visible guardians…sent by Allah for this world and hereafter…(^_^)




My noisy siblings..huhu..sorry gurlz..nway we make up a great team of sisters!(^_^)





My sempoi sahabat…u guys know me better rite?(^_^)





My Murobbi..they are not just a naqibah to me…




My entertainers…u always make me laugh and ease my mind(^_^)



Last but not least….

MY GREATEST GUARDIAN… MY GREATEST COMPANION… MY GREATEST MUROBBI…

ALLAH SUBHANALLAHUTA’ALA

He had given me this chance…to live…to love…and to be loved by those wonderful special people…

I LOVE YOU ALLAH…

I LOVE THEM ALL BECAUSE OF YOU…

THANKS TO ALL…

THANK YOU ALLAH…(^_^)

ALL PRAISES TO ALLAH…

“ And Allah did create you from dust; then from a sperm-drop; then He made you in pairs. And no female conceives, or lays down (her load), but with His knowledge. Nor is a man long-lived granted length of days, nor is a part cut off from his life, but is in a Decree (ordained). All this is easy to Allah.” - 35 : 11 -



p/s : to rumate kami,cek mek nadzirah (1/2), ainul arifah (4/2), yatt (7/2,) my sis,Ida n Dhamirah (12/2), Arina,Piqa Maon n Hafiza (14/2), Mak Lang(15/2), Sara (20/2), Kinah (23/2), Masyi (25/2) and those yg tak tertaip di sini coz ramai sangat yg lahir dalam bulan feb ni!(^_^)
Happy Belated @ Becoming Birthday!!
!

Sunday, February 14

Aku Hairan...


“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia menjdai begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?”
-m/s 1, Muqaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran oleh Syed Qutb-

Pandangan tokoh Islam terkenal itu sedang aku rasai sekarang. Semakin aku mengenali Islam semakin terbuka mata hatiku melihat Jahiliyah. Terutama apabila melihatkan rancangan ujibakat seperti ‘So You Think You Can Dance’ dan ‘Akademi Fantasia’. Aku hairan adakah mereka sudah hilang rasa malu sehingga sanggup membiarkan diri mereka ditertawakan di hadapan khalayak tambahan pula di hadapan lensa kamera yang sudah pasti disaksikan berjuta-juta penonton.

Terdetik di hatiku,“Betapa kasihannya mereka…”

Aku kaget mengapa mereka sangat bangga dengan segala apa minat dan cita-cita mereka yang sangat kerdil itu. Atau mungkin mereka tidak menyedari bahawa matlamat mereka itu adalah matlamat dalam satu kitaran b*d*h. Satu kitaran yang tiada pasti penghujungnya. Seperti mereka yang mempunyai matlamat hidup untuk mencapai kesenangan dan kemewahan, setelah berjaya mencapai matlamat tersebut, apakah yang akan mereka lakukan seterusnya? Mencari lagi kemewahan? Menambah lagi kesenangan? Sampai bila? Sampai jasad ditelan bumi? Atau mungkin sehingga habis kesenangan dan kemewahan yang ada di muka bumi ini?

Betapa rapuhnya matlamat sebegitu.

Mereka begitu bangga dengan segala pengetahuan Jahiliyah yang mereka miliki. Mereka begitu taksub dengan Jahiliyah tersebut sehingga tidak melepaskan peluang untuk menambah koleksi Jahiliyyah yang ada. Mereka mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka sedang berada dalam satu kekotoran yang nyata. Mereka berasa seronok dan bahagia sedangkan yang bahagia dan seronok itu adalah jasad mereka tetapi hati mereka sakit dan sengsara.

“ Masalah umat…”, kata-kata yang selalu kuucapkan dan selalu juga dianggap sebagai mainan tetapi itulah kenyataannya.

Seorang ikhwah pernah mengatakan aku taksub dengan Maher Zain dan seorang akhawat menyatakan hal yang sama. Tidak. Aku tidak taksub dengan orangnya tapi aku begitu terkesan dengan lirik lagunya. Sampai ke hati. Mungkin disebabkan penyampaian dia melalui hati juga. Jahiliyah itu boleh berlaku jua apabila kita terlalu taksub akan seseorang sehingga mengikuti setiap perkembangannya dan membeli apa sahaja barangan yang berkaitan dengannya.

Jahiliyah di mana-mana.

Oleh itu, kader-kader dakwah…marilah kita bergerak..memasang strategi…hapuskan Jahiliyah!

Say NO to JAHILIYAH…(^_^)

Saturday, February 13

Petua Awet Muda...

Pulang dari KMB..singgah di RnR Seremban...selepas menikmati makan malam..berjalan-jalan di kedai FAMA berdekatan...ditegur oleh seorang remaja perempuan...
"Eh,awak dah boleh memandu ke?"
...pelik...
"Owh,maaf...saya nampak kunci kereta yang awak pegang tu."
...owh..begitu...aku tersenyum...
"saya ingatkan awak masih bersekolah lagi"
...semakin lebar tersenyum...
"X la..umur saya dah 20..dah de lesen dah pun.."
"Owh..ingatkan tadi Form 3."
"Ya Allah..muda sangat tu. Awak?"
" Saya Form 5..tahun ni SPM"
"Owh..adik la ni yea.."
...kami berkenalan seketika..tiba masa berpisah..kata-kata semangat diberikan dan doa dipinta...

......................abaikan..........................

Kisah di atas mengingatkan aku kepada Mak Jah,seorang cleaner di Masjid KLIA. Sempat kami berkenalan pada seminggu yang lepas ketika Simposium Nuqaba' Junior. Pada waktu tu kami(Aida,Athirah dan saya) sedang menunggu air yang dijerang dan Mak Jah pula sedang melakukan kerja hariannya. Biiznillah berlakulah satu perbualan antara kami. Perbualan yang banyak manfaat dan pengajaran. Bermula daripada petua awet muda yang diberikannya...

"Selepas solat..baca al-Fatihah dan kemudian sapu ke seluruh badan...jangan lupa minum air putih banyak-banyak...penting tu..."

Selepas dia perasan yang kami ni asyik dok mendengar ceramahnya..dia pun suruh kami beri komen...

Selepas itu...

Pesannya : "Simpan duit..jangan bazir-bazir...untuk masa depan jugak nanti..menabung daripada sekarang...."
Respon kami : "Betul tu Mak Jah...kalau tak de duit,x kemana..tapi kalau terlalu mencari duit sangat xbley jugak..apa-apapun Allah tu yang bagi rezeki pada kita..mintalah padaNya"
-Dia bersetuju-

Pesannya : "Jangan bercinta waktu masih belajar ni...cinta tu tak ke mana pun..nak berkawan kena bertempat.."
Respon kami : " Kami mang tak layan cinta-cinta ni Mak Jah..kawan dengan lelaki pun bila bekerja saje...cinta lepas kahwin lagi best"
-Dia tersenyum lebar (berpuas hati)-

Pesannya lagi : "Hidup ni perlu jujur..baru orang lain percaya pada kita..jangan sekali-kali tipu..nanti hidup tak berkat..."
Respon kami : "Betul tu Mak Jah..kejujuran tu sangat penting dalam hidup ini..insyaAllah berkat hidup kan.."
-Dia gelak je mendengar respon kami-

Dia mengakhiri perbualan kami dengan laungan "Malaysia Boleh"...tapi kami betulkan dengan laungan "Islam Boleh"...dia hanya tergelak...kami sempat merakamkan detik indah itu..

Mak Jah..seorang wanita berumur 57 tahun..masih lagi kuat melakukan kerja-kerja yang banyak menggunakan kekuatan otot...masih lagi ramah bermesra dan berbual..

Mak Jah..seorang Muslim yang menyedari tentang hakikat hidupnya sebagai seorang hamba Allah...seorang Muslim yang melakukan kerja dengan ikhlas sambil lidahnya lancar mengalunkan zikrullah..walaupun dirinya hanya seorang cleaner..tapi dia tetap mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan padanya...kerana dia menyedari hakikat seorang MUSLIM...

Dan satu yang paling aku kagumi tentang wanita yang kelihatan muda itu...iaitu matlamat hidupnya...

"MENUJU REDHA ILLAHI"

Aida sempat mendapatkan aku sebelum dia menamatkan shiftnya pada petang itu..di akhir pertemuan kami..sewaktu bersalaman mengucup tangannya...dapat kulihat mutiara jernih mengalir di pipinya.."Owh..sungguh lembut hatimu Mak Jah."..insyaAllah kita akan berjumpa lagi...

Friday, February 12

Confusion...

I’m confused!
O lord..
please guide me..
show me the right path...
show me the straight way…
the way of those on whom You has bestowed their grace..
those whose is not wrath…
and who go not astray…
Astaghfirullah…

They’re right!
We’re wrong!
But…
I have to be on this side…
I could see the flaws…
But I could not talk about it…
They never heard me…
Coz their voices are louder than mine…
I’m so insignificant…
But it’s ok…
Coz I know….

“ It’s never important to be significant in the men’s eye but it’s the greatest pleasure to be significant in the God’s eye…”

SubhanaAllah…

Let them yearn for the attention…
Let them speak as much as they want…
Let them act themselves as the VIP…
Let them feel themselves doing all the workloads…
Let them think I’m doing nothing…

It’s ok..

Coz I believe…

Only HE knows for what they do not know…

“ Say : Everyone acts according to his own disposition: But your Lord knows best who its is that is best guided on the Way.” (17:84)

Sunday, January 24

Lelaki idamanku…

Teringat perbualanku bersama sahabat-sahabat pada satu malam…satu malam…yang telah aku luahkan hasratku untuk berkahwin…

Aku nak berkahwin dengan pemilik kilang coklat CADBURY…wah,bahgianyer hidup!!!!dapat makan coklat setiap masa…dapat rasa pelbagai jenis coklat…CRUNCHIE…BYTES….CHOCLAIRS…BLACK FOREST…n many more as Cadbury has very wide product range…nanti hantaran pun dapat coklat gak…coklat dalam bentuk tepak sireh..coklat dalam bentuk telekung…coklat dalam bentuk perfume…even cincin pun daripada coklat jugak…pastu makanlah cincin tu..wah..seronoknyer!!!

Oops..tapi aku terlupa sesuatu…

pemilik kilang coklat yang terbesar di alam semesta…

Dia yang dapat memberikan aku coklat free anytime…

Dia yang dapat menyediakan sebuah sungai coklat untukku…

Dia yang dapat mencipta produk coklat yang x membuatkan aku jadi gemuk bila makan
banyak-banyak coklat tu….

Dialah pemilik kilang coklat itu…

Dialah yang sepatutnya aku berdamping…

Dialah Allah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu..

Dialah yang akan memberikan segala-galanya kepada pendampingNya yang setia di syurga
kelak…

Dialah Allah yang Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya….

Pelbagai nikmat yang telah diberikanNya kepada kita…

Dan pelbagai kekasaran juga kita balas atas kelembutanNya itu…

Susu dibalas tuba…

Itulah kita…hambaNya yang asyik meminta sahaja kepadaNya..

Betapa lembutnya Dia…kerna apabila kita melanggar perintahNya, Dia masih mengurniakan kita dengan pelbagai kesenangan…kita yang tak perasan bahawa kita sedang ‘kurang ajar’ denganNya..sedangkan Dia Tuhan yang Maha Kuasa atas sesuatu…Dia berhak untuk memberi kita bencana yang sebesar-besarnya atas kekasaran kita padaNya…tapi Dia tak lakukan itu…

sebab…

Dia sangat sayangkan kita…
Dia sangat berlembut dengan kita…
tapi kita?
Tak pernah pun nak berlemah-lembut dengan Dia..kalau berlemah-lembut depan orang lain bukan main lagi..sampai boleh buat menantu…bak kata makcik-makcik di kampung…
Patutnyer sama jelah konsep berlemah-lembut tu kan..ade rasa malu,segan,tutur kata yang halus, berlaku sopan…

Berlemah-lembut dengan Allah…kita rasa malu terhadapNya..segan untuk melakukan
dosa…malu untuk meninggalkan solat..berlaku sopan dengan berakhlak mulia..halus ketika berbicara denganNya..memohon kepadaNya..bukan menyalahkanNya atas musibah yang menimpa kita dengan suara yang kasar…

Berlemah-lembut dengan Allah..terutama ketika solat..ketika kita sedang menghadapNya..perlu lebih-lebih lagi bersikap ‘control ayu’…lemah-lembut dalam tertib dan rukun…bukannyer terburu-buru mengejar masa..bukannyer sibuk merencana aktiviti seharian dalam kepala…atau sibuk meng’list’kan homework untuk dihantar pada esok hari ketika imam sedang mengalunkan bacaan surah al-Fatihah pada rakaat pertama..

Diimbas kembali…bila mase agaknyer aku pernah berlembut dengan Allah?

Astaghfirullahalazim…kasarnya aku!Jahat sungguh diriku pada pemilik kilang coklat terbesar itu…

“Ya Allah,ya Tuhanku..izinkanlah aku untuk menjadi pendampingMu dengan segala kelembutan dalam setiap layananku terhadapMu…amen ya Allah.”

Dan milikNya meliputi segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan hanya kepadaNya lah ibadah dan ketaatan selama-lamanya.Mengapa kamu takut selain kepada Allah? – an-Nahl,52 -

Saturday, January 16

For The First Time...For The Rest Of My Life...

So many ‘my first time’ stories for the rest of my life to post here..

1st…this is my first time to post something on my blog in this new year of 2010. I think it’s not very late to wish u ‘ a very happy new year of Hijriyah’. Hope He will give u n me more blessings in this year...(^_^)

2nd…it was my first time to shed tears in front of my sahabat…which is the only thing that I never did it before when I were with u guys..so Cik Sit, u’re the fortunate one among our sahabiah..not even Kura-kura has seen my tears.

3rd…it was my first time to get such a very bad result in semester 3 exam that makes me worried for the upcoming academic day. 29 out of 42..BAD..BAD..VERY VERY BAD. Mom and Dad, please forgive me for the worst performance…I’m very very sorry..I never meant to hurt u both (hope not,are u?)(-_-)..I know that Allah always give me a knock before the red day..of course it’s hurt but it makes me realized that Allah never forget to remind me..not being overjoyed with the previous improvement-last sem..and don’t get carried away with those unnecessary feelings for this moment…Thank You Allah…Luv U so much!!!Deep inside my heart….insyaAllah there’s always be you at the top!

“ And those who had desired his (Qarun) position the day before, began to say : Know you not that it is Allah Who enlarges the provision or restricts it to whomsoever He pleases of His slaves. Had it not been that Allah was Gracious to us, He could have caused the earth to swallow us up (also)! Know you not that the disbelievers will never be successful.” - al-Qasas, 82-

4th …it was my first time that my mom did not permit me to go out from KMB for the whole sem 4 even an outing to buy some stuff unless there’s an important matter that extremely need my presence.It means NO DAURAH…not anymore..what a loss..great loss indeed! I couldn’t accept that till now…but I’m powerless to go against my mom’s words… the saddest thing that I couldn’t bear the result…(-_-)

“ And We have enjoined on man to be good and dutiful to his parents, but if they strive to make you join with Me in worship anything that as a partner of which you have no knowledge, then obey them not. Unto Me is your return, and I shall tell you what you used to do,” - al- Ankabut, 8 -

In a nutshell…the first time I cried in front of my sahabat ------BECAUSE----the first time my mom did not allow me to go out -------BECAUSE------- the first time my result dropped badly-----That’s the association!

Last but not least..the last ‘my first time’ will be…it was my first time to fell in love with Maher Zain‘s song right after listening to the FOR THE REST OF MY LIFE…

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinkin' that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together in Jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

Chorus

I know deep in my heart
And now that you're here in front of me
I strongly feel love
I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love you eternally

Chorus

I know it deep in my heart

....Such a romance song...bak kata my rumate.. “ cair dengaq ni! ”...(^_^)

STATUS : PRETEND TO BE HAPPY...to let other happy too...

p/s : All the best for my sahabiah who gonna have their interview next week...to those in IUMC n UK.. basyaak!!!