Pages

Wednesday, August 11

Diari RamadhanKu...(Part 1)

HARI PERTAMA....

ALHAMDULILLAH...Akhirnya siap jugak Checklist Ramadhan aku!Yeay, nampaknya lebih bersemangat lagi untuk menunaikan ibadah puasa dalam bulan ini. Untuk design Checklist Ramadhan aku pada tahun ini, aku buat ala-ala IB gitu. Dalam checklist tu disertakan sekali points yg akan aku perolehi jika aku berjaya melakukan sesuatu perkara tu dan points tu ditentukan berdasarkan cabaran dan tahap kesukaran/kesusahan untuk melakukannya,atau dengan kata lain tahap kemalasan untuk melakukannya coz x biasa buat sebelum ni.At the end of this month,DIPLOMA RAMADHAN WILL BE AWARDED IF I PASS THE TOTAL RAMADHAN POINTS!Wah..nervous2! Owh..tak lupa gak BONUS RAMADHAN POINTS will be 'Weight Loss in Kg',tu baru nampak puasa..kalau berat maintain gak atau makin bertambah tu maknanyer hentam masa berbuka la tu kot..(^_^)
Ayuh berjuang!!!Chayyok!!!




ALHAMDULILLAH...Allah memberikanku kesempatan untuk menunaikan solat sunat tarawih pertama bersama keluarga tahun ini. Rasa sangat seronok apabila semua ahli keluarga kecoh bersiap untuk ke surau selepas maghrib malam tadi. Terasa macam di pagi raya pulak...especially bila melihat Kak Longku mengenakan baju raya tahun lepas yang 'grand' untuk ke surau.Begitu sekali sambutan Ramadhan oleh kakakku.(^_^)


ALHAMDULILLAH...Allah juga memberikan aku kesempatan untuk join program Tadarus al-Quran di surau selepas solat tarawih. Rasa agak kekok pada awalnya memandangkan aku seorang je girl dalam kelompok ladies malam tadi. Hurmm..de jugak kesilapan yang tidak aku sedari dalam bacaan Quranku selama ini. Aku tak menebalkan dengung untuk 'wajibul ghunnah'...kiranyer macam tak cukup dengung la apabila sampai pada mim dan nun syaddah.Dan perkara paling gembira sekali waktu tadarus malam tadi ialah apabila sampai je turn ntok aku baca,Allah berikan aku ayat tentang 'fastabiqul khairat','sibghatullah' dan 'ummatan wasota'.Best sangat!!!(^_^)


ALHAMDULILLAH...Allah memberikan semula penghidupan kepadaku serta ahli keluarga yang lain untuk kami bersama-sama mengikut sunnah Rasulullah,bersahur pada pagi tadi. Mama buat sup ayam untuk sahur hari pertama puasa ni. Sedap!

INNALILLAH...Waktu aku dan keluarga sedang bersahur,Mama dapat satu mesej. Mama diberitahu tentang kematian seorang jiran. Al-Fatehah untuk Pak Cik Hasan yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Melaka. Kematian akan menjemput kita bila-bila masa sahaja without warning! Banyak juga berita kematian orang dekat yang aku terima sejak akhir-akhir ni. Beberapa minggu yang lepas,aku kehilangan jiran sebelah rumah,Pak Cik Talib yang selalu bagi makan Ecot,kucing kesayangan adikku...Beberapa hari yang lepas, aku kehilangan jiran belakang rumah, Pak Cik Zack yang selalu mengejutkan aku di pagi hari dengan bunyi keretanya untuk pergi berniaga...Dan hari ini, aku kehilangan jiran depan rumah, Pak Cik Hasan yang selalu bantu 'repair' basikal aku...(-_-)Semoga mereka ditempatkan dalam golongan orang yang soleh atas kebaikan-kebaikan yang telah mereka lakukan semasa hayat mereka...InsyaAllah.

Saje nak share...
According to Herzberg theory,there are two factors that affect our motivation; motivator and hygiene factor. Klu zaman kanak2 dulu, kita akan selalu disogokkan dengan wang untuk menaikkan motivasi supaya kita bersungguh-sungguh puasa tapi kalau zaman remaja ni,tak boleh la kalau still nak upah puasa lagi,tol tak?

So pendekatan seperti 'hygiene factor' ni lah masih lagi boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi memperbanyakkan ibadah dalam bulan ni...
Ha...antara contoh lain ntok hygiene factor ni aside financial,ialah bilik yang kemas,bersih dan selesa. Bila kita rasa selesa nak beribadah dalam bilik kita tu,insyaAllah akan timbul keinginan untuk melakukan lebih banyak ibadah lagi especially bila kita bersendirian.Wah,bestnyer dapat 'dating' berdua-duan dengan Allah lama2 plak tu!
Lepas dah abis kemas bilik tu,if possible letaklah potpuri atau semburkan sedikit haruman dalam bilik tu...
Islam tu kan suci dan bersih....(^_^)

Sebelum menutup post ntok 1 Ramadhan 1431H ni,teringat kata-kata azimat daripada Ustaz Fadhil;

" MUKMIN YANG BIJAKSANA TIDAK AKAN MENGGADAIKAN KEHIDUPAN YANG KEKAL UNTUK KEHIDUPAN YANG SEMENTARA!"


Alhamdulillah...InsyaAllah bebrape minit lagi nak masuk waktu berbuka di Melaka.Selamat berbuka puasa semua!!!(^_^)Penat puasa di bulan Ramadhan berbeza dengan penat puasa dalam luar bulan Ramadhan kan...

5 comments:

Amin Rukaini Mustafa said...

Wah, ini mesti surah Al-baqarah ni, lengkap semua pakej ayat2 tuh. hehe. Fastibiqul Khairat, sampai ayat tu jer cfirm bersemangat nak baca! ^_^

Weight loss tu xley belah, haha. :P
Jom turun berat badan! (mau lawan ker???) hahaha. LOL

Semoga dapat Diploma ramadhan denganc cemerlang!!

AKU said...

heh,,hygienic factor??hurm,, baru berniat melaksanakannya sebentar lagi.. hurm,,nape sume post kamu bulan ramadhan ni asek terkene pada aku??adeiyh...saket asek kene tumbuk..wuwu thanx neway.. diari ramadhan kamu is no more personal diary..good approach..i envy u..

...zUlaIkHA... said...

to amin rox...

haha..thanks!
tapi xnak lawan weight loss...
hg mesti menang!(^_^)

to AKU...

sakit eh AKU...hehe..y u hav 2 envy me?(^_^)

Akmal Hayat said...

zulaikha!

adakah kau tahu...

awal pagi tadi, baca post ni..n sewaktu perkongsian tazkirah online..
masuk laa pasal law ni..
- financial n hygiene factor

terus kena pangkah dengan senior2 yang amek bisnes

T_T

sepatutnya, motivation n hygiene factor dalam herzberg theory ni..

bila budak economics berbicara tentang bisnes~

...zUlaIkHA... said...

to akmal hayat...

huhuh..aseef jiddan...

maklumlah dah berkarat sket otak ni..
nway thanks...(^_^)

gonna give the CORRECT INFO next time k!complete with its reference...(^_^)