Thursday, August 5

Golongan Yang Menantikan Ramadhan...

Alhamdulillah. Hari ni dah pun masuk 27 Shaaban 1431H. InsyaAllah kita semakin menghampiri bulan mulia Ramadhan. Hurmm...bercerita mengenai Ramadhan, saya dapati terdapat beberapa golongan yang menantikan kedatangan Ramadhan, bulan yang mendidik jiwa dan nafsu ini.

Golongan Artis...
Ramai artis baik pelakon mahupun penyanyi yang menantikan kedatangan bulan ini sebabnya...kedatangan Ramadhan menandakan kedatangan offer untuk berlakon/menyanyi dalam program raya,konsert raya dan cerita raya.

Golongan Peniaga...
Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh peniaga kerana pada bulan inilah ramai rakyat Malaysia bukan sahaja yang beragama Islam malah beragama lain juga bakal membanjiri BAZAR RAMADHAN. Maka inilah peluang keemasan bagi golongan ini untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya.

Golongan Pembeli...
Golongan ini pula terbahagi kepada dua:

1. Pembeli yang ingin membalas 'dendam'.
Hurmm..biasalah kononnya setelah penat berpuasa seharian, maka ada yang ingin membalas 'dendam' dengan berbelanja semahunya untuk berbuka puasa dengan pelbagai
juadah yang sedap belaka.

2. Pembeli yang menanti diskaun.
Ramai je yang menantikan Ramadhan kerana pada masa inilah diskaun mudah didapati
di sana sini. Baik di kedai, butik, pasaraya, shopping mall...semuanya
menjanjikan harga yang murah-murah dan sangat berpatutan untuk baju raya, kasut
raya, biskut raya, perabot raya, langsir raya dan lain-lain raya lagi.)

Golongan Penonton/Pendengar...
Terdapat juga segelintir yang menantikan Ramadhan untuk menonton rancangan/program Ramadhan/Raya yang menarik di kaca televisyen. Ada juga yang tidak sabar menunggu Ramadhan untuk menjadi pendengar setia lagu-lagu raya di corong radio.


Jadi, anda tergolong dalam golongan yang mana???

Oh...anda tidak tergolong dalam mana-mana golongan di atas?
Golongan yang menjadikan 30 hari dalam bulan ini sebagai tempat persiapan untuk menyambut RAYA...

Atau mungkinkah anda dalam golongan di bawah ini....

Golongan Muttaqeen...
Golongan ini adalah untuk mereka yang ingin menjadi lebih bertakwa. Mereka menantikan Ramadhan sama seperti umat Islam terdahulu menantikan Ramadhan. Bagi golongan ini, Ramadhan adalah tempat pembaikan dan pemulihan. Mereka memahami hakikat sebenar Ramadhan iaitu bulan untuk menjadikan diri kepada yang lebih baik. Mereka meyakini bahawa kewajipan berpuasa yang telah diperintahkan Allah kepada seluruh umat Islam bermula daripada tahun 2 Hijrah membawa ratusan rahmat pada awalnya, ribuan keberkatan pada pertengahannya dan jutaan keampunan pada akhirnya.

Dan golongan inilah yang sebenarnya patut menyambut Hari Raya sebab Hari Raya itu kan merupakan Hari Kemenangan...Itulah kemenangan yang sebenar bagi Muslim yang berjaya menempuh 30 hari berpuasa dengan mengaut keuntungan di akhirat dan bukan di dunia sahaja.


Tidak salah untuk kita menjadi golongan di atas tadi tetapi pastikan kita meletakkan diri kita yang utama dalam golongan yang dinyatakan di bawah tadi. Artis, peniaga, pembeli, penonton, pendengar dll itu hanya merupakan kerja sampingan kita di bulan Ramadhan untuk mengaut keuntungan di dunia dan ingatlah kerja utama kita adalah MUSLIM, maka keuntungan yang perlu kita kejar dahulu adalah keuntungan di akhirat sana.InsyaAllah...(^_^)

"Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa!" -Al-Baqarah,183-


~Ya Allah Sampaikanlah Kami Kepada Ramadhan~

~Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan!~



Sumber Foto

10 comments:

Amin Rox said...

Allahumma balighna ramadhan!

...zUlaIkHA... said...

To Amin Rox..

InsyaAllah..(^_^)

Akmal Hayat said...

ramadhan kareem!

~AiSyA HuMaiRa~ said...

Semoga menjadi golongan yg berjaya dunia dan akhirat~

ana rindu enti!!

Lik said...

Salam ziarah..

Selamat menyambut ramadhan =)

tulip putih said...

jom berusaha, berusaha!! :D

insyaAllah!

...zUlaIkHA... said...

to aisya humaira...

hehe..bukan ari tu dah jumpa ke?
hurmmm..camne nk berpisah jauh ni???
(^_^)rindu jugak nk bual2...

to lik...

silakan ziarah...
ramadhan kareem...(^_^)

to tulip putih...

jom2!!!(^_^)

ainah mahani said...

AKAK!!!
slamat menyambut ramadhan...
doakan kejayaan kita bersama..
RINDU SAMA AKAK!!!!
(-_-)

AKU said...

akak!! AKU rindu akak juga..bila kita boleh jumpa??

...zUlaIkHA... said...

to ainah mahani...

ramadhan kareem!!!
insyaAllah...
rindu ni rasanyer cam tak bertepian je...(^_^)

to AKU...

owh..ADIK!!!!
Rindu AKAK jugak ke???
Jumpa interbiu nanti la yea...insyaAllah(^_^)