Tuesday, May 27

Hati.Kenapa begitu kompleks?


Kadang-kadang saya sendiri tidak dapat memahami apa kehendak hati saya.
Terutama dalam masa-masa yg hidup saya sendiri serabut dan bercelaru.
Ketika itu, saya tidak dapat memilih dan tidak dapat bertindak dengan sewajarnya.
Selalu saya bertanyakan pada diri saya sendiri,

"Apa yg aku perlukan sekarang ini?"

Tapi..tak jumpa juga jawapan..sobs..sobs..='(
Penat fikir untuk cari solusi.
Dah puas perah otak tak nampak-nampak juga jalannya.

Akhirnya..satu saja yg membawa hati tu kembali ok..
bilamana saya berjumpa dengan Dia.
bilamana saya bercakap dan mengadu segala masalah saya pada Dia.
Dan Dia..hanya mendengar..Maha Mendengar..

Kemudian..saya rasa tenang..
walaupun saya masih tidak punya solusi kpd segala masalah yg ada
tapi hati dan jiwa saya rasa puas bila dah luahkan pada Dia.
sebab saya yakin..

"He will provide!"

Dengan keyakinan itu, saya keluar berdepan dengan masalah-masalah yang ada.
Alhamdulillah. Dia mudahkan segalanya.
Walaupun ada masa sukar, tapi kebanyakannya telah dipermudahkanNya.

"After hardship comes ease.."

kan?

Manusia..punya hati..hati itulah raja..
jika hati itu tidak diisi dgn Allah, maka serabutlah kehidupan!
rosaklah perbuatan!
sebab...

Allah kan dah cakap..

"Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.." (ar-Ra'du:28)

Hati yang tenang boleh mengalir pada tindakan dan perbuatan tahu?