Thursday, December 17

A Night To Remember.

Kisah ni berlaku pada satu malam...satu malam untuk dikenang sepanjang hayat...insyaAllah jika tidak mengalami short-term memory lost ..(^_^)

...THE STORY OF KURA-KURA, GARUDA,MONKEY & ME...

Alhamdulillah..akhirnya program yang telah kami rancang telah pun tiba ke penghujungnya. Adik-adik telah pun dihantar dengan selamat ke destinasi masing-masing. Ada yang ke KTM. Ada yang ke terminal. Ada juga yang pulang semula ke KMB. Tugas kami untuk program tersebut hampir selesai. Sehinggalah giliran kami pula untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Kura-kura, Garuda, Master Monkey (MM) dan saya pun turut dihantar ke terminal, mengharapkan tiket pulang ke kampong halaman masih ada untuk malam itu.Sudah ditakdirkan Allah tiada tiket untuk kami di terminal tersebut.

Maka destinasi untuk mendapatkan tiket yang hanya dapat difikirkan kami pada saat itu ialah...PUDURAYA! Kami bergegas ke KTM yang berdekatan..mengejar waktu memandangkan jam sudah menunjukkan hampir ke angka 9. Kereta dipecut... tidak berapa laju sangat memandangkan peraturan tetap mesti dipatuhi.Tiba di KTM, MM dan Garuda terus menerpa ke kaunter tiket dan tanpa berlengah lagi membayar untuk 4 keping tiket ke KTM Bandar Tasik Selatan. Kami terpaksa melakukan transit dengan mengambil LRT ke Pudu. KTM tetap KTM. Setiap daripada kami mempamerkan riak kebimbangan. Komuter yang ditunggu tidak kunjung tiba sehinggalah 10 minit kemudian. Kelegaan pula berganti pada wajah masing-masing. Tiba Di LRT, dengan segala kesusahan mengangkat beg yang berat, kami bergegas tukar stesen. Keselesaan di dalam LRT membuat keletihan kami berkurangan sedikit namun apa yang pasti, dalam setiap hati...kura-kura, garuda, MM dan saya...tak putus-putus memanjatkan doa pada Yang Kuasa agar memudahkan kami pulang pada malam itu.Kejang di tangan mula terasa akibat mengangkat beg besar yang sangat berat.

Sampai sahaja di stesen LRT Pudu.Keadaan sekeliling tidak seperti gambaran kami. Tiada keriuhan manusia menunggu bas. Tiada kesesakan manusia membeli tiket. Apa yang dapat dilihat di situ...hanyalah kegelapan dan kesunyian malam. MasyaAllah kami tersalah turun stesen.Memang betul stesen tu stesen PUDU tapi bukan di situ PUDURAYA. Astaghfirullah...tangan dah rasa macam nak tercabut dah ni. Kami terpaksa berjalan keluar ke jalan besar untuk mendapatkan teksi. Jam menunjukkan lebih pukul 10 malam. Kami terpaksa melalui sebuah lorong yang gelap dan sempit. Anjing-anjing ganas di kiri kanan hanya menjelirkan lidah ke arah kami.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami sangat-sangat bergantung harap padaNya. Perjalanan ini benar-benar menguji fizikal, mental dan emosi setiap daripada kami ditambah pula dengan beban beg yang ada.Sehinggalah kami dapat menahan sebuah teksi yang dipandu oleh seorang uncle yang agak baik dan peramah. Kami memaksa dia memacu laju ke Puduraya dan dia hanya akur mengikut arahan.

Akhirnya sampai juga di stesen. Lekas kaki kami melangkah ke kaunter. Alhamdulillah destinasi yang hendak dituju Garuda dan MM masih lagi menjual tiket. Tatkala itu, Kura-kura dan saya berpasrah sahaja apabila semua penjaga kaunter tiket hanya menggeleng kepala apabila kami bertanyakan tiket untuk ke destinasi kami.Tiada lagi tiket untuk ke tempat kami pada malam itu.Sehinggalah Garuda datang menerpa kami memberitahu masih ada lagi sebuah kaunter di bahagian yang lain. Hati kami mula berbunga riang. Memang sah masih ada lagi tiket ke tempat kami. Sememangnya inilah takdir Allah untuk memberikan saya dan kura-kura pengalaman ditipu oleh ULAT! Kami terpaksa menunggu selama sejam dan kami dibawa ke sana dan kemari untuk mereka menutup kegiatan mereka tambahan pula pada malam itu JPJ sedang membuat operasi. Saya dah nekad untuk melaporkan mereka pada pihak berkuasa manakala Kura-kura pula nekad tidak mahu menghalalkan duitnya yang ditipu. Keluarga di rumah turut melahirkan sejuta kerisauan .

Bas tiba jua pada tengah malam itu.Alhamdulillah.Duduk selesa dan melepaskan keletihan dalam bas. Kukira pengalaman pengembaraan pada malam itu hampir tamat namun sangkaanku meleset apabila Kura-kura mendapati ada sebuah wallet di bangkunya. SubhanaAllah. Wallet itu kepunyaan seorang mua’llaf dan di dalamnya terdapat sejumlah wang...RM 1445! Sangat banyak...Namun apa yang kami boleh lakukan kerana bas sudah bergerak meninggalkan ibu kota dan menuju ke arah selatan. Kami mesti pulangkan semula barang ini kepada tuannya tambahan pula dia mesti dibantu kerana dia saudara baru. Akhirnya setelah beberapa jam berada dalam bas, tibalah kami di destinasi yang kami tunggu-tunggu. Hampir pukul 2 pagi. Stesen sudah tutup. Wajah mama dan ayah kelihatan beberapa minit kemudian. Alhamdulillah. Tercapai juga matlamat utama pada waktu itu iaitu bertemu dengan keluarga yang disayangi. Berehat di rumah untuk seketika.

...A WALK TO REMEMBER...

Begitulah perjalanan dakwah untuk seorang daie.Terlalu banyak kesusahan untuknya sepanjang perjalanan itu.Tiada kerehatan dan tiada kesenangan. Sudah sunnatullah menetapkannya begitu. Daripada zaman nabi terdahulu, zaman nabi Muhammad sehinggalah kini. Seseorang yang menegakkan agama Allah tidak akan pernah merasa mudah untuk menarik manusia kea rah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Namun seperti janji Allah :

“ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (5). Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (6).” – al Insyirah –

Allah tidak akan pernah meninggalkan hamba yang telah berkorban menegakkan agamaNya. Pertolongan dan kemudahan pasti datang seiring dengan kesulitan yang dikirimkanNya.
Ujian dan dugaan tetap menjadi halangan atas jalan perjuangan ini.

“ Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan makanan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar(155) .” –al Baqarah-

Segala musibah dan 'unfortunate' sepanjang menempuh jalan ini telah mendapat keizinan Allah.Dan setiap kejadian yang ditimpakan itu tidak pernah sia-sia.

“ Tidak ada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah dan barangsiapa beriman beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (11).” –at Taghabun-

Nikmat kesenangan dunia kadang-kala mengaburi mata dan matlamat.
Segala ujian,segala kelemahan, segala kekurangan, segala kenikmatan dan segala-galanya merupakan tarbiyah dari Allah untuk mendidik para pejuangNya di atas muka bumi ini. Banyaknya kesusahan kerana beban yang dipikul sangat berat.Beban dakwah.Penat akan terasa bukan setakat di tangan malah di setiap anggota terutama di minda yang akan bekerja untuk merancang. Harap dan takut hanya kepadaNya. Sepenuh pergantungan disandarkan kepada Allah Maha Perancang. Walaubagaimana penat dan payah sekalipun, perjuangan tetap perlu diteruskan. Jihad tetap perlu dilaksanakan.

Tetapi ingatlah janji Allah pada mereka yang melakukan jihad suci ini...

“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mu’min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung (111).” – at Taubah -


Allah telah menjanjikan sebuah tempat kerehatan yang sangat selesa. Sebuah tempat khas bagi mereka yang telah memperjuangkan dirinya untuk menegakkan agama Allah. Tempat rehat infiniti yang dilengkapi dengan segala bentuk kemewahan dan kesenangan yang tak pernah dicapai mereka di dunia yang sementara ini.Itulah Allah Yang Maha Kuasa. Dialah Rabb kita. Satu-satunya Illah untuk sekalian alam. Maka berehatlah para daie yang sejati di syurgaNya nanti.Dengan izin dan rahmatNya.

p/s : Takziah buat kak Teh Afifah yang baru sahaja kehilangan suami.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.Sesungguhnya ujian Allah yang ditimpakan ke atas akak memang sangat berat.InsyaAllah kami mendoakan yang terbaik untuk akak. Inilah salah satu tarbiyah dariNya.Akhawat turut merasa sedih atas pemergian seorang ikhwah yang sangat mantap.Moga roh akh Ariff bersama ibu,bapa dan adik ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Ameen.

Wednesday, December 2

Sejahtera buat semua...

Alhamdulillah masih lagi dapat bernafas sehingga ke detik ini dan dapat juga menaip kembali setelah sekian lama menyepi...(^_^)

Untuk sahabatku...
Perjalanan kita masih jauh.Banyak lagi ranjau yang belum ditempuhi.Bersedialah!

Untuk kakakku...
Terima kasih atas ingatan dan kata-kata.Moga berkahNya sentiasa memayungi dirimu dan diriku.

Untuk adikku...
Jangan sekali-kali tewas dengan nikmat sementara di dunia ini.Ingatlah akan matlamat hidupmu!

Untuk pembacaku...
Teruskanlah pengembaraan ilmu itu.Jangan mudah menerima sesuatu pengetahuan tanpa dalil atau nas yang sahih.

Untuk semua...
Manusia terdiri daripada dua komponen; jasad dan ruh.Berilah makanan yang berkhasiat kepada kedua-duanya dengan adil.Makanan untuk jasad berasal daripada tanah dan makanan untuk roh berasal daripada Allah.Kedua-duanya berbalik pada asal kejadiannya.

Sejahtera buat semua...barakallahufikum(^_^)