Saturday, July 9

Kerana Aku Sayang Kamu...

Diamku tak bererti aku membenarkan

Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan

Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu

Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu

Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri

Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang

Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu

Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci

Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..

Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk

Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu, sahabatku!


[kredit]

Saturday, July 2

Jangan dicari diri yang lama...

fuh...fuh..fuh...(sedang meniup habuk di blog)

Agak berzaman juga aku tidak menulis...berkongsi mahupun memberi di blog yg ku dedikasikan ntok tarbiyah ini...

Mungkinkah rentak menulis blog ini mengikut pasang surut tarbiyahku?

Atau mungkin kerana kemalasanku untuk menaip dan mencuri sedikit masa dalam kehidupan seharianku semata-mata untuk menulis sesuatu yg entahkan di baca ataupun tidak penulisan ini?

Atau mungkin ini adalah pilihanku untuk 'senyap' sebentar daripada komunikasi luar?

Hurm..semua ade kaitannyer..tapi aku lebih memilih alasan yang ketiga...sememangnya aku memilih untuk 'senyap' sebentar daripada komunikasi luar..
kerana aku sedang mencari ruang untuk diriku..
untuk diriku kembali seperti diriku yang lama..
diri yang sentiasa melakukan kebaikan dan hidup dengan penuh kesopanan..
diri yang telah lama kutinggalkan bertahun-tahun dahulu..
diri yang bukan diriku tika ini...
diri yang kurasakan tahap imanku berada dipuncak..
diri yang dari pagi hingga ke petang sentiasa memperbanyakkan ibadah...
diri yang ringan sahaja untuk melakukan segala macam solat sunat dan rawatib..

diri yang ku maksudkan itu adalah diri ketika aku di tingkatan tiga..
diri aku sekarang ialah diri ku di peringkat usia 21 tahun...

Aku mencari-cari diriku yang dulu itu untuk beberapa waktu..tapi sayang tidak ketemu lagi..diri itu telah jauh meninggalkan aku...

Puas sudah ku berfikir,mencari-cari penyelesaian..
apakah yang sebenarnya membentuk sebaik-baik diriku kala itu?

Kemudian barulah ku sedar...bahawa bukan diriku yang dulu itu kucari...

Tapi..yang sedang ku cari ialah amalan dulu yang telah kutinggalkan..

Amalan yang kulakukan dengan istiqamah satu ketika dulu tapi tidak diamalkan sekarang...aku yang meninggalkannya dan bukan ia yang meninggalkan aku...
Amalan itulah yang mungkin menjadi santapan rohaniku tika itu dan membawaku ke arah kebaikan..

Seringkali ku dengar keluhan teman-teman seperjuangan yang sama kondisinya denganku...mereka mencari-cari diri mereka yang dulu..yang lebih baik daripada diri mereka kini...

Mungkin pencarian aku dan sahabat-sahabat yang lain dah sampai titik noktahnya...

So..telah kutemui jawapannya...
Well...the answer is sooooooo simple...
Masing-masing perlu mencari amalan apa yg dilakukan secara istiqamah ketika diri so-called baik time tu...
That's it!

InsyaAllah bukan diri lama dengan hati yang lama kita akan temui...
tapi diri baru dengan hati yang baru berbekalkan amalan lama yang istiqamah dilakukan..

Renung-renungkan dan selamat beramal...(^_^)

Peringatan untuk diri sendiri serta sahabat-sahabat yang mempunyai masalah serupa...