Saturday, March 13

Sebelum berhabuk…


Sebelum berhenti seketika untuk membiarkan blog ni berhabuk sehingga 2 bulan akan datang..insyaAllah aku ingin berkongsi beberapa perkara bersama kalian…
-------------------------------------------------------------------------------------

KEKASIHKU….

“Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu…”


Sangat menyentuh hati…Tak sedikit pun bibirku jemu untuk mengalunkan lagu ini berulang kali... Aku sentiasa mengidamkan untuk bertemu dengan baginda SAW…alangkah indahnya jika dapat bersama-sama baginda serta para sahabat yang lain memperjuangkan Islam satu ketika dahulu… hidup sebagai seorang Muslim pada zaman baginda…berada dalam bi’ah yang wujud ketika itu..semestinya sangat indah…dan PASTINYA SANGAT SUKAR…sunnatullah untuk mereka yang menegakkan agama Allah..pasti akan mengalami pelbagai cabaran dan dugaan..para sahabat yang bersama baginda semestinya mereka yang sangat hebat…generasi al-Quran yang unik…mereka keluar daripada celah-celah al-Quran..perjuangan mereka tidak dapat ditandingi oleh pejuang-pejuang Islam setelah Fathul Makkah sampai bila-bila…seperti yang termaktub dalam QS :

“ ….Tidak sama orang yang menginfakkan harta dan dirinya di jalan Allah di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan Mekah. Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfakkan harta dan dirinya serta berperang setelah itu….”(al-Hadid:10)


Merekalah golongan Awwalun as-Sabiqun yang telah Allah nyatakan dalam ayat 10, surah al-Waqiah.

SubhanaAllah..generasi al-Quran itu sememangnya unik dan hebat….hebatnya mereka semasa Jahiliyyah,begitulah juga hebatnya mereka semasa Islam…malah mereka adalah logam yang lebih hebat lagi…

Daripada Abu Hurairah r.a. : Rasulullah SAW bersabda; “ Manusia ibarat logam (al-ma’adin), hebatnya ketika jahiliyyah, hebatnya juga ketika Islam, sekiranya dia faham (Islam).” -Sahih Bukhari

-------------------------------------------------------------------------------------

ISTIKHARAHKU….

Pilihan itu satu ketetapan. Kita perlu memilih setiap perkara yang ingin kita lakukan setiap masa sehingga membawa kepada konflik dalaman @ dilema. Aku selalu disuruh memilih apabila dalam keadaan terpaksa. Aku biasanya memilih apa yang bukan kehendakku tapi akhirnya kekuasaan Allah akan menunjukkan jua hikmah di sebalik setiap pilihan yang telah aku buat (walaupun awalnya tak suka). Maka akhirnya aku akan sujud bersyukur untuk kebaikan yang aku peroleh pada setiap rahmat pilihan itu.

Daripada dulu lagi..aku sentiasa tak dapat apa yang aku nak dan aku memilih pun bukan berdasarkan kehendakku…

Bukan kehendakku untuk bersekolah di SMKA..kerna aku ingin bersekolah di MRSM

Bukan kehendakku untuk memasuki KISAS…kerna aku ingin memasuki SBP

Bukan kehendakku untuk menjadi doktor…kerna aku ingin menjadi pilot

Bukan kehendakku untuk memasuki KMB…kerna aku ingin memasuki INTEC

Semuanya berlaku bukan dengan kehendakku tapi semuanya berlaku dengan kehendak Allah..

“ Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila dikehendaki Allah.” – (al-Insan,30)

Akhirnya aku sedar, setiap kehendak perjalanan yang telah Allah aturkan ini merupakan satu perjalanan tarbiyah buatku..sehingga membawaku mengenali dan memahami Islam di KMB…dan sememangnya segala kehendak/cita-cita/impian yang kita impikan tak semua kita akan dapat sebab…

“Atau apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya?
TIDAK! Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia.” – (an-Najm,24-25 )

Maka berlapang dada dan bersabarlah atas ketetapanNya setelah kita beristikharah…

ATURAN ALLAH ITU SANGAT CANTIK…

Dan bukan kehendakku untuk berhenti ber’blogging’…kerna aku ingin tetap teruskan
namun terpaksa jugak aku buat pilihan tu…(^_^ )

p/s: Exam is juz around da corner….pray for us in KMB,k! Bulan study bakal dilancarkan…mohon maaf atas segalanya…(^_^)