Friday, October 21

Part 5..

21 Oct. 2011.

Semua orang ade masalah. Saya,anda,kamu,dia..sesiapa sahaja ade masalah. Allah tu kan Maha Adil. Mana mungkin seorang hamba dibiarkanNya hidup di atas muka bumi ini tanpa masalah. Bohong kalau anda katakan anda tidak punya masalah!!! Jika memang 'YA' anda kompem tak de masalah,maksudnya anda sememangnya bermasalah..

We are never growing if we never have problems..



Masalah tu macam puzzle di atas. Kalau kita selesaikan dan siapkan puzzle tu, kita akan dapat satu 'SATISFACTION' melihat indahnya gambar yang ade dalam puzzle tu. Then boleh la kita framekan dan gantung di ruang tamu. An achievement! Ibu belikan puzzle yang lain..
tapi ape jadi kalau kita tak mahu siapkan puzzle tu?maka terbiarlah segala kepingan puzzle tu di atas lantai, tunggu si ibu mengutip...kemas...masuk balik ke dalam kotak...dibiarkan macam tu saje..sampai ke satu masa.. kita buka balik kotak tu dan jumpa puzzle sama yang tak pernah siap tu..tak dapat nak mencuba yang lain coz ibu kate "puzzle yang dulu mane???g amek dalam kotak tu..ade lagi ibu simpan..haa..main yang tu je la..xyah beli yang laen...".

Masalah menjadikan kita matang. Kita membesar dengan masalah. Kita takkan pernah besar jika kita tak pernah nak cuba untuk selesaikan masalah tu.
Ada orang ambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yg sedang mereka hadapi dengan cara TIDUR!!!
Yup..tidur dapat melupakan kita sebentar kepada masalah itu tetapi MASALAH TIDAK AKAN SELESAI dengan cara itu..pernah ke dalam hidup korang even once, bangun je daripada tidur, terus selesai masalah?
tak pernah kan?jangan nak tipu..mungkin adelah jugak dapat ilham waktu tidur tu untuk selesaikan masalah... tu satu nikmat yg sangat hebat la..alhamdulillah..
untuk short-term terapi daripada masalah,bolehlah di amalkan cara tidur ni..
tapi untuk long-term...tak bagus la..

TIDUR NI DILIHAT SEOLAH-OLAH KITA MELARIKAN DIRI DARIPADA MASALAH..
in other words.... MALAS NAK PIKIR LA...

Terpulang...

Bila masalah datang..pilahan hanya dua...samada kita MENYELESAIKAN masalah / MELARIKAN diri daripada masalah...

Kalau nak main kejar-kejar dengan masalah ni, boleh la pilih yg kedua tu yea...MELARIKAN diri daripada masalah dan masalah pun MENGEJAR so-called runner td...
ciri2 orang yang boleh masuk dalam golongan ni...kriterianya seperti berikut :
1. bila berdepan dgn masalah, dia takkan pernah cuba untuk menyelesaikannya hatta terdetik dalam hati pun, dia cepat2 akan melupakannya..being ignorant..manusia seperti ni akan cuba mencari alternatif lain untuk lari daripada masalahnya sebagai contoh pergi bercuti ke tempat yang best2, berpindah ke tempat lain, mencari kawan lain, chat berjam-jam, makan coklat dan aiskrim banyak2 dan sebagainya...
2. Adapun kalau dia cuba untuk menyelesaikan tapi tidak berhasil, maka dia mengambil langkah mudah dengan menjauhi sesiapa/sesuatu yang berkaitan dengan masalah ni..so that takkan mengingatkan dia kepada masalah yg pernah dihadapinya. Dia rasa dia akan hidup lebih bahagia dengan berbuat demikian.
(Peringatan : ntok golongan ni mungkin dia fikir dia dapat lari jauh2 sedangkan dia terlupa agaknya Allah tu Maha Kuasa dan Maha Menyusun, anytime anywhere jika Allah nak jumpakan balik dia dengan sesiapa/sesuatu yg berkaitan masalah tu,insyaAllah masalah yang lama berulang kembali. Hidupnya kembali tidak bahagia...hurmmm...)

Golongan yang termasuk dalam golongan yang MENYELESAIKAN masalah ni boleh lah dikategorikan sebagai:
1. Golongan yang berani
2. Golongan yang berfikiran matang
3. Golongan yang sanggup menghadapi risiko
4. Golongan yang tidak mahu berlengah-lengah
Golongan ini sentiasa ingin menjadi problem-free..sebab tu dia nak settle awal2 problem dia..so that urusan hidupnya tidak terganggu..ibadahnya dapat khusyuk selalu...hatinya mendambakan ketenangan yang hakiki..persaudaraannya antara satu dengan yang lain aman dan harmoni..hidupnya sentiasa bahagia tanpa perlu gusar jika masalah yang sama datang kembali, dia sudah punya penyelesaian yang tersendiri.. yang pasti bukannya dengan melarikan diri...


"It's not about how big the problem is..
the matter is how we handle the problem..."

Fitrah manusia akan kembali pada Allah bila dia punya masalah..maka carilah Allah ketika kita di uji dengan masalah..sebab kadang2 kita lupa kita ada Allah untuk mendengar dan bantu kita menyelesaikannya..(^_^)



Friday, October 14

Part 4

14 Oktober 2011






yup..yup..yup..


I strongly agree to the statement "Manusia mudah lupa!"
tapi bukan "Melayu mudah lupa!" tau..coz penyakit mudah lupa ni boleh dijangkiti sesiapa saja tanpa mengenal bangsa,budaya,bahasa,agama dan masyarakat...
more specifically "Hamba Allah mudah lupa!"


Manusia ni bila diberi kemewahan,kesenangan ,kemudahan dan sebagainya..dalam jangka masa mereka senang tu,cepat aje untuk mereka mudah lupa siapa diri mereka sebenarnya..hidup seolah-olah kesenangan dan kegembiraan itu selamanya buat mereka..sedangkan Allah yang Maha Kuasa dalam sekelip mata boleh MENJATUHKAN mereka..


KUN FAYAKUN!!!


Jadilah mereka fakir..jadilah mereka sengsara..jadilah mereka susah..jadilah mereka derita..pada waktu tu,mereka akan merangkak-rangkak mencari sang Pencipta untuk memohon kembali kesenangan itu...memberikan mereka kebahagiaan itu semula..pada saat itu,doanya sungguh khusyu' sekali..bibir yg dulu tersenyum gah dengan kesenangan kini merintih meratapi nasib diri..matanya yang dulu melirik penuh sinis kepada mereka yang susah kini tidak henti-henti mengalirkan air mata..memohon-mohon...meminta-minta...
kepadaNya...




Bila Allah memberi semula kesenangan itu...TUP! 
Jadilah mereka kufur semula..lupa segala duka..lupa segala sengsara..
mereka kini bahagia kembali..nikmat Allah itu sekali lagi dikufuri..


ITULAH MANUSIA!


Hamba Allah yang mudah lupa...







Sunday, October 9

Part 3

9 Oktober 2011

Susah kan nak menyeru orang ke arah kebaikan yakni berdakwah kepada mereka? Tak ramai yang boleh galas tugasan seorang daie dan khalifah, dalam masa yang sama mengetepikan kepentingan diri sendiri.Mengetepikan nafsu dan kehendak diri sendiri untuk kepentingan yang lain.Bak kata pepatah Melayu, "Rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain". So nak mengikut kehendak yang lain dengan kepelbagaian kerenah,ragam dan kehendak, satu cabaran besar yang lain pulak.Berlapang dada adalah satu perkara yang wajib. Jika tiada, rosaklah hati yang menurut. Susah kot. Fitrah manusia memang banyak kehendak. Nak makan ni lah..nak pakai baju yang tu lah...tak nak yang biru...nak yang hitam...tak nak yang putih..nak yang kuning..memang perlu ikut kehendak mereka ke??? 
(Skema jawapan : Nampak gaya macam perlu)

Sedih...sedih sangat rasa hati ini..
Sebelum memulakan slot tafsir A'basa sejurus selepas mengendalikan usrah bersama sahabat-sahabat yang lain...Allah telah mengujiku dengan satu ujian emosi yang sangat besar ku rasakan...mengambil masa seketika supaya tidak emosi yang mengawal diri tatkala memberi sebentar lagi..
Mahu ku tangisi kesilapan dan kekhilafan diri yang gagal untuk membawa sahabatku sama-sama berjuang atas jalan ini. Silapku yang tidak memperbaiki diri sendiri sebagai seorang murabbi dan mutarabbi. Memang aku belum lagi layak menjadi model muslim yang terbaik untuk diikuti. Mungkinkah jua silapku atas kurangnya DF ku pada mereka. Atau mungkin kurangnya kemantapan pengisian yang diberikan membuatkan mereka jauh daripada jalan ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Sigh...


IT'S A WAKE-UP CALL!!!!



COME ON GIRL!!!
YOU GOT A LOT OF THINGS TO DO!!!!
THERE ARE TO MANY DUTIESSSSSSSSSSS FOR YOU!!!
Duty as a MUSLIM
Duty as a DAUGHTER
Duty as a SISTER
Duty as a MURABBI
Duty as a MUTARABBI
Duty as a STUDENT
Duty as a SAHABAT
Duty as a HOUSEMATE
and also...
Duty as a LEADER.
Hey there..do you still wanna be in your comfort sleeping zone????
Allah is waiting...
Rasulullah is waiting...
Your parents are waiting...
Your sisters are waiting...
Your murabbi is waiting...
Your mutarabbi's are waiting..
Your lecturers are waiting...
Your sahabat's are waiting..
Your housemates are waiting...
Your followers are waiting...

Whoa!!!There are countless people who are waiting for you dear...
Please dear...please wake up...
Do you love them? Do you?

Of course, I do!!!



Dan berapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah. Sungguh Allah mencintai orang-orang yang sabar. -ali-Imran : 146-



to be continued...

Saturday, October 8

Part 2

October 7,2011.

Turun je aku dan Hazwa daripada skuter kami,Thalhah,kami pun masuk ke gift shop untuk mencari ganti gelas Haziq yang dipecahkan tanpa sengaja oleh Hazwa tempoh hari. Beberapa minit di dalam kedai, terlihat aku beberapa budak perempuan bersama bekas di tangan,bersedia menunggu kami di luar kedai. "Hazwa!Hazwa!Tu tengok kat luar tu..diorang dah sampai!", teriakku pada Hazwa.Hazwa dengan 'blur' nya tidak mengendahkanku.Dia asyik dengan barisan gelas yang berdekorasi untuk dipilih sebagai ganti kepada Haziq.
Selama beberapa minit di dalam gift shop tu, aku memerhatikan dengan lirik mataku ke arah luar kedai.Dalam diam mengomel,"bilalah agaknya diorang nak pergi dari sini?".Berada dalam masyarakat yang tidak memahami bahasa percakapan kami yakni Bahasa Melayu,memudahkan aku dengan Hazwa merungut-rungut sesama kami.

Satu sindrom yang ada pada pelajar Malaysia di sini ialah sindrom 'phobia of beggars'.Beggars kat sini are not like stereotype beggars kat tempat lain. Depa ni boleh dikategorikan sebagai hardcore punya beggars. Tak caye??? Pernah je aku di cubit oleh beggar, seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 5-6 tahun. Berbekas selama beberapa hari la jugak. Pernah je sahabatku bergaduh dengan beggar yang serasa aku dalam usia 3 tahun. Berani sungguh budak tu. Hardcore kan? Kalau tarik-tarik baju tu dah biasa dah. Cuma bulan Ramadhan yang lepas je,beggars ni tak kelihatan. Tiada satu pun. Musykil jugak aku. Mungkinkah ada yang telah menderma kepada mereka semasa bulan puasa itu?Hurmm..sehingga sekarang menjadi tanda tanya dalam benak fikiranku.Tapi satu yang aku yakin,mereka ni adalah di bawah kawalan satu sindiket. Bila dihulur makanan, mereka menolak. Mereka hanya mahukan duit. Mereka mahukan duit untuk diri sendiri. Semua peminta sedekah mahukan duit untuk keperluan mereka. Mereka perlukan duit untuk diri mereka jugak tapi untuk diri mereka supaya tidak diseksa oleh orang yang menyuruh mereka meminta sedekah. Macam dalam movie Slumdog Millionaire tu.


Sewaktu hendak membayar gelas yang telah dibeli, syukur kami budak-budak perempuan tadi telah beredar. Tapi rasa lega kami tak lama, datang pula seorang perempuan dengan seorang budak lelaki. Menampakkan senario seorang ibu dan anak. Baki wang yang diterima oleh Hazwa,kami gunakan untuk 'escape' bila keluar daripada gift shop nanti. Masing-masing mempunyai 2 rupee di tangan. Kami letakkan ke dalam bekas yang dipegang budak kecil tu. Selamat dah! Mereka tidak mengekori kami sehingga kami menaiki skuter kami. Sebelum Thalhah bergerak meninggalkan tempat tu, sempat kami berpaling ke arah budak tersebut. Dia melambai kami. Hatiku tersentuh. Dapat kurasakan keikhlasan dalam lambaiannya itu. Dapat kusaksikan senyuman kegembiraan pada wajah comotnya itu. SubhanaAllah.
Walau hanya 2 rupee,yang nilainya tak sampai 20 sen, sudah membuatkan si anak kecil itu gembira.


Hampir gugur air mataku mengenangkan 'usaha' kami selama ini mengelakkan daripada berjumpa peminta sedekah di jalanan.Perbuatan kami yang tidak mengendahkan mereka yang menadah tangan meminta-minta pada kami. Ketakutan kami apabila melihat mereka sedia menunggu kami di luar pabila kami masuk ke dalam kedai. Teruknya aku.(T_T)


Tahukah kamu orang yang mendustakan? Mereka itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak mendorong memberi makan kepada orang miskin. Maka celakalah orang yang solat iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya, yang berbuat riya' dan enggan memberikan bantuan. (al-Ma'un: 1-7 )

Do you wanna know what is the love rite?
Kamu mahu tahu apakah cinta bukan?
That's love...
Itulah cinta...
When you have feelings towards someone or something..
Bilamana kamu ada perasaan terhadap seseorang atau sesuatu..
It's undescribable..
Suatu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan...
When something bad happens to them, you feel bad or sad..
Bila sesuatu yang buruk menimpa mereka, kamu turut merasa sedih..
When something good happens to them, you feel glad..
Bila sesuatu yang baik berlaku ke atas mereka, kamu turut merasa gembira..
You have no doubt to share anything with them..
Kamu tidak akan berasa ragu-ragu untuk berkongsi sesuatu dengan mereka..
You won't have second thought to give them a part from your wealth...
Kamu tidak akan berfikir dua kali untuk memberi sebahagian daripada harta kamu..
because that is love..
kerana itulah cinta...
You will sacrifice everyting for your loved ones..
Kamu akan berkorban segalanya untuk orang yang kamu sayang..
because you love them..
kerana kamu sayangkan mereka..
You love your parents,your family,your friends...
Kamu sayangkan ibubapa kamu,keluarga kamu,sahabat-sahabat kamu...
You love Allah and His prophet,Rasulullah saw..
Kamu cintakan Allah dan Rasulnya,Rasulullah saw...
Some people say, when you're in love you will follow everything he/she says or wants..
Setengah orang kata, bila kamu sudah jatuh cinta kamu akan ikut apa sahaja kehendak dan arahan si dia..
So follow what Allah has been said in His Kitab because of your love...
Maka ikutilah apa yang telah diperintahkan Allah dalam KitabNya kerana cinta kamu kepadaNya...



to be continued...



Friday, October 7

::Duty & Love The Series::



Part 1...


"DUTY makes us do things well but...

LOVE makes us do them beautifully..."


DUTY?It seems everyone has their duties but do they LOVE to do their DUTY?
Or it's the DUTY alone which keeps them doing the DUTY?Is there anyone who suffer from his DUTY without LOVE?Why can't they be both together? 
DUTY & LOVE...a perfect couple!

164. And when a community among them said: "Why do you preach to a people whom Allah is about to destroy or to punish with a severe torment?" 
(The preachers) said: "In order to be free from guilt before your Lord (Allah), and perhaps they may fear Allah." -QS:al-A'raf-

"In order to be free from guilt"...that's DUTY!
"Perhaps they may fear Allah"...hurmmm..I can see LOVE!
Ohhh...well..that is just an intro to my life..
Assalamualaykum..my name is ..........(fill in the blank)
I'm a simple girl who leads a simple life...

(Oh,NO!)

I lied...=_="

I'm a complicated girl who leads a very struggling life...

Life is complicated isn't it?I have problems everyday with everyone.Do you?
If you don't have any,it means you're not living this life.Agree?
Ok...again I lied!(at least I'm being honest...HONESTY LEADS TO MODESTY)
I have same unsettled problems which I keep for many days like everyday with me.So can we consider it brings the same meaning with what I wrote before?
Currently I'm studying in India, a very big country with high population.So much to tell you how the local people in this community can survive with their big differences between the rich and the poor.Hurmm..I'll tell you in the next part insyaAllah.Please remind me.(^_^)
-------------------------------------------------------------
Oct 3rd,2011.
Serabut..serabut...serabut...

Can someone tell me what to do now???
With so many problems to think...
With all the pending assignments and revisions...
It drives me crazy!!!
and I feel tired...(T_T)
Stop!!!
Relax and think back...there is someONE to help you.
He is Allah,your Lord.The most giving.Just ask from Him what do you want.
Calmness? Richness? Happiness? Wisdom? Assistance?
Anything...you can ask anything from Him.It's because He has all the properties and He owns this world. We're nothing but servants to Him. He is the boss. We only do what He ordered. And this is our DUTY...

But..what about love?
I don't love to do this...
LOVE????
You asked me about love???
to be continued...