October 7,2011.
Turun je aku dan Hazwa daripada skuter kami,Thalhah,kami pun masuk ke gift shop untuk mencari ganti gelas Haziq yang dipecahkan tanpa sengaja oleh Hazwa tempoh hari. Beberapa minit di dalam kedai, terlihat aku beberapa budak perempuan bersama bekas di tangan,bersedia menunggu kami di luar kedai. "Hazwa!Hazwa!Tu tengok kat luar tu..diorang dah sampai!", teriakku pada Hazwa.Hazwa dengan 'blur' nya tidak mengendahkanku.Dia asyik dengan barisan gelas yang berdekorasi untuk dipilih sebagai ganti kepada Haziq.
Selama beberapa minit di dalam gift shop tu, aku memerhatikan dengan lirik mataku ke arah luar kedai.Dalam diam mengomel,"bilalah agaknya diorang nak pergi dari sini?".Berada dalam masyarakat yang tidak memahami bahasa percakapan kami yakni Bahasa Melayu,memudahkan aku dengan Hazwa merungut-rungut sesama kami.
Satu sindrom yang ada pada pelajar Malaysia di sini ialah sindrom 'phobia of beggars'.Beggars kat sini are not like stereotype beggars kat tempat lain. Depa ni boleh dikategorikan sebagai hardcore punya beggars. Tak caye??? Pernah je aku di cubit oleh beggar, seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 5-6 tahun. Berbekas selama beberapa hari la jugak. Pernah je sahabatku bergaduh dengan beggar yang serasa aku dalam usia 3 tahun. Berani sungguh budak tu. Hardcore kan? Kalau tarik-tarik baju tu dah biasa dah. Cuma bulan Ramadhan yang lepas je,beggars ni tak kelihatan. Tiada satu pun. Musykil jugak aku. Mungkinkah ada yang telah menderma kepada mereka semasa bulan puasa itu?Hurmm..sehingga sekarang menjadi tanda tanya dalam benak fikiranku.Tapi satu yang aku yakin,mereka ni adalah di bawah kawalan satu sindiket. Bila dihulur makanan, mereka menolak. Mereka hanya mahukan duit. Mereka mahukan duit untuk diri sendiri. Semua peminta sedekah mahukan duit untuk keperluan mereka. Mereka perlukan duit untuk diri mereka jugak tapi untuk diri mereka supaya tidak diseksa oleh orang yang menyuruh mereka meminta sedekah. Macam dalam movie Slumdog Millionaire tu.
Sewaktu hendak membayar gelas yang telah dibeli, syukur kami budak-budak perempuan tadi telah beredar. Tapi rasa lega kami tak lama, datang pula seorang perempuan dengan seorang budak lelaki. Menampakkan senario seorang ibu dan anak. Baki wang yang diterima oleh Hazwa,kami gunakan untuk 'escape' bila keluar daripada gift shop nanti. Masing-masing mempunyai 2 rupee di tangan. Kami letakkan ke dalam bekas yang dipegang budak kecil tu. Selamat dah! Mereka tidak mengekori kami sehingga kami menaiki skuter kami. Sebelum Thalhah bergerak meninggalkan tempat tu, sempat kami berpaling ke arah budak tersebut. Dia melambai kami. Hatiku tersentuh. Dapat kurasakan keikhlasan dalam lambaiannya itu. Dapat kusaksikan senyuman kegembiraan pada wajah comotnya itu. SubhanaAllah.
Walau hanya 2 rupee,yang nilainya tak sampai 20 sen, sudah membuatkan si anak kecil itu gembira.
Hampir gugur air mataku mengenangkan 'usaha' kami selama ini mengelakkan daripada berjumpa peminta sedekah di jalanan.Perbuatan kami yang tidak mengendahkan mereka yang menadah tangan meminta-minta pada kami. Ketakutan kami apabila melihat mereka sedia menunggu kami di luar pabila kami masuk ke dalam kedai. Teruknya aku.(T_T)

Tahukah kamu orang yang mendustakan? Mereka itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak mendorong memberi makan kepada orang miskin. Maka celakalah orang yang solat iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya, yang berbuat riya' dan enggan memberikan bantuan. (al-Ma'un: 1-7 )
Do you wanna know what is the love rite?
Kamu mahu tahu apakah cinta bukan?
That's love...
Itulah cinta...
When you have feelings towards someone or something..
Bilamana kamu ada perasaan terhadap seseorang atau sesuatu..
It's undescribable..
Suatu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan...
When something bad happens to them, you feel bad or sad..
Bila sesuatu yang buruk menimpa mereka, kamu turut merasa sedih..
When something good happens to them, you feel glad..
Bila sesuatu yang baik berlaku ke atas mereka, kamu turut merasa gembira..
You have no doubt to share anything with them..
Kamu tidak akan berasa ragu-ragu untuk berkongsi sesuatu dengan mereka..
You won't have second thought to give them a part from your wealth...
Kamu tidak akan berfikir dua kali untuk memberi sebahagian daripada harta kamu..
because that is love..
kerana itulah cinta...
You will sacrifice everyting for your loved ones..
Kamu akan berkorban segalanya untuk orang yang kamu sayang..
because you love them..
kerana kamu sayangkan mereka..
You love your parents,your family,your friends...
Kamu sayangkan ibubapa kamu,keluarga kamu,sahabat-sahabat kamu...
You love Allah and His prophet,Rasulullah saw..
Kamu cintakan Allah dan Rasulnya,Rasulullah saw...
Some people say, when you're in love you will follow everything he/she says or wants..
Setengah orang kata, bila kamu sudah jatuh cinta kamu akan ikut apa sahaja kehendak dan arahan si dia..
So follow what Allah has been said in His Kitab because of your love...
Maka ikutilah apa yang telah diperintahkan Allah dalam KitabNya kerana cinta kamu kepadaNya...
to be continued...
2 comments:
hati tersentuh...speechless.. time kasih...
"Dapat kusaksikan senyuman kegembiraan pada wajah comotnya itu. SubhanaAllah."
-berbaloi kot utk less than 20 sen..kepidap kak azi..
Post a Comment