Pages

Thursday, December 17

A Night To Remember.

Kisah ni berlaku pada satu malam...satu malam untuk dikenang sepanjang hayat...insyaAllah jika tidak mengalami short-term memory lost ..(^_^)

...THE STORY OF KURA-KURA, GARUDA,MONKEY & ME...

Alhamdulillah..akhirnya program yang telah kami rancang telah pun tiba ke penghujungnya. Adik-adik telah pun dihantar dengan selamat ke destinasi masing-masing. Ada yang ke KTM. Ada yang ke terminal. Ada juga yang pulang semula ke KMB. Tugas kami untuk program tersebut hampir selesai. Sehinggalah giliran kami pula untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Kura-kura, Garuda, Master Monkey (MM) dan saya pun turut dihantar ke terminal, mengharapkan tiket pulang ke kampong halaman masih ada untuk malam itu.Sudah ditakdirkan Allah tiada tiket untuk kami di terminal tersebut.

Maka destinasi untuk mendapatkan tiket yang hanya dapat difikirkan kami pada saat itu ialah...PUDURAYA! Kami bergegas ke KTM yang berdekatan..mengejar waktu memandangkan jam sudah menunjukkan hampir ke angka 9. Kereta dipecut... tidak berapa laju sangat memandangkan peraturan tetap mesti dipatuhi.Tiba di KTM, MM dan Garuda terus menerpa ke kaunter tiket dan tanpa berlengah lagi membayar untuk 4 keping tiket ke KTM Bandar Tasik Selatan. Kami terpaksa melakukan transit dengan mengambil LRT ke Pudu. KTM tetap KTM. Setiap daripada kami mempamerkan riak kebimbangan. Komuter yang ditunggu tidak kunjung tiba sehinggalah 10 minit kemudian. Kelegaan pula berganti pada wajah masing-masing. Tiba Di LRT, dengan segala kesusahan mengangkat beg yang berat, kami bergegas tukar stesen. Keselesaan di dalam LRT membuat keletihan kami berkurangan sedikit namun apa yang pasti, dalam setiap hati...kura-kura, garuda, MM dan saya...tak putus-putus memanjatkan doa pada Yang Kuasa agar memudahkan kami pulang pada malam itu.Kejang di tangan mula terasa akibat mengangkat beg besar yang sangat berat.

Sampai sahaja di stesen LRT Pudu.Keadaan sekeliling tidak seperti gambaran kami. Tiada keriuhan manusia menunggu bas. Tiada kesesakan manusia membeli tiket. Apa yang dapat dilihat di situ...hanyalah kegelapan dan kesunyian malam. MasyaAllah kami tersalah turun stesen.Memang betul stesen tu stesen PUDU tapi bukan di situ PUDURAYA. Astaghfirullah...tangan dah rasa macam nak tercabut dah ni. Kami terpaksa berjalan keluar ke jalan besar untuk mendapatkan teksi. Jam menunjukkan lebih pukul 10 malam. Kami terpaksa melalui sebuah lorong yang gelap dan sempit. Anjing-anjing ganas di kiri kanan hanya menjelirkan lidah ke arah kami.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami sangat-sangat bergantung harap padaNya. Perjalanan ini benar-benar menguji fizikal, mental dan emosi setiap daripada kami ditambah pula dengan beban beg yang ada.Sehinggalah kami dapat menahan sebuah teksi yang dipandu oleh seorang uncle yang agak baik dan peramah. Kami memaksa dia memacu laju ke Puduraya dan dia hanya akur mengikut arahan.

Akhirnya sampai juga di stesen. Lekas kaki kami melangkah ke kaunter. Alhamdulillah destinasi yang hendak dituju Garuda dan MM masih lagi menjual tiket. Tatkala itu, Kura-kura dan saya berpasrah sahaja apabila semua penjaga kaunter tiket hanya menggeleng kepala apabila kami bertanyakan tiket untuk ke destinasi kami.Tiada lagi tiket untuk ke tempat kami pada malam itu.Sehinggalah Garuda datang menerpa kami memberitahu masih ada lagi sebuah kaunter di bahagian yang lain. Hati kami mula berbunga riang. Memang sah masih ada lagi tiket ke tempat kami. Sememangnya inilah takdir Allah untuk memberikan saya dan kura-kura pengalaman ditipu oleh ULAT! Kami terpaksa menunggu selama sejam dan kami dibawa ke sana dan kemari untuk mereka menutup kegiatan mereka tambahan pula pada malam itu JPJ sedang membuat operasi. Saya dah nekad untuk melaporkan mereka pada pihak berkuasa manakala Kura-kura pula nekad tidak mahu menghalalkan duitnya yang ditipu. Keluarga di rumah turut melahirkan sejuta kerisauan .

Bas tiba jua pada tengah malam itu.Alhamdulillah.Duduk selesa dan melepaskan keletihan dalam bas. Kukira pengalaman pengembaraan pada malam itu hampir tamat namun sangkaanku meleset apabila Kura-kura mendapati ada sebuah wallet di bangkunya. SubhanaAllah. Wallet itu kepunyaan seorang mua’llaf dan di dalamnya terdapat sejumlah wang...RM 1445! Sangat banyak...Namun apa yang kami boleh lakukan kerana bas sudah bergerak meninggalkan ibu kota dan menuju ke arah selatan. Kami mesti pulangkan semula barang ini kepada tuannya tambahan pula dia mesti dibantu kerana dia saudara baru. Akhirnya setelah beberapa jam berada dalam bas, tibalah kami di destinasi yang kami tunggu-tunggu. Hampir pukul 2 pagi. Stesen sudah tutup. Wajah mama dan ayah kelihatan beberapa minit kemudian. Alhamdulillah. Tercapai juga matlamat utama pada waktu itu iaitu bertemu dengan keluarga yang disayangi. Berehat di rumah untuk seketika.

...A WALK TO REMEMBER...

Begitulah perjalanan dakwah untuk seorang daie.Terlalu banyak kesusahan untuknya sepanjang perjalanan itu.Tiada kerehatan dan tiada kesenangan. Sudah sunnatullah menetapkannya begitu. Daripada zaman nabi terdahulu, zaman nabi Muhammad sehinggalah kini. Seseorang yang menegakkan agama Allah tidak akan pernah merasa mudah untuk menarik manusia kea rah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Namun seperti janji Allah :

“ Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (5). Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (6).” – al Insyirah –

Allah tidak akan pernah meninggalkan hamba yang telah berkorban menegakkan agamaNya. Pertolongan dan kemudahan pasti datang seiring dengan kesulitan yang dikirimkanNya.
Ujian dan dugaan tetap menjadi halangan atas jalan perjuangan ini.

“ Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan makanan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar(155) .” –al Baqarah-

Segala musibah dan 'unfortunate' sepanjang menempuh jalan ini telah mendapat keizinan Allah.Dan setiap kejadian yang ditimpakan itu tidak pernah sia-sia.

“ Tidak ada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah dan barangsiapa beriman beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (11).” –at Taghabun-

Nikmat kesenangan dunia kadang-kala mengaburi mata dan matlamat.
Segala ujian,segala kelemahan, segala kekurangan, segala kenikmatan dan segala-galanya merupakan tarbiyah dari Allah untuk mendidik para pejuangNya di atas muka bumi ini. Banyaknya kesusahan kerana beban yang dipikul sangat berat.Beban dakwah.Penat akan terasa bukan setakat di tangan malah di setiap anggota terutama di minda yang akan bekerja untuk merancang. Harap dan takut hanya kepadaNya. Sepenuh pergantungan disandarkan kepada Allah Maha Perancang. Walaubagaimana penat dan payah sekalipun, perjuangan tetap perlu diteruskan. Jihad tetap perlu dilaksanakan.

Tetapi ingatlah janji Allah pada mereka yang melakukan jihad suci ini...

“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mu’min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung (111).” – at Taubah -


Allah telah menjanjikan sebuah tempat kerehatan yang sangat selesa. Sebuah tempat khas bagi mereka yang telah memperjuangkan dirinya untuk menegakkan agama Allah. Tempat rehat infiniti yang dilengkapi dengan segala bentuk kemewahan dan kesenangan yang tak pernah dicapai mereka di dunia yang sementara ini.Itulah Allah Yang Maha Kuasa. Dialah Rabb kita. Satu-satunya Illah untuk sekalian alam. Maka berehatlah para daie yang sejati di syurgaNya nanti.Dengan izin dan rahmatNya.

p/s : Takziah buat kak Teh Afifah yang baru sahaja kehilangan suami.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.Sesungguhnya ujian Allah yang ditimpakan ke atas akak memang sangat berat.InsyaAllah kami mendoakan yang terbaik untuk akak. Inilah salah satu tarbiyah dariNya.Akhawat turut merasa sedih atas pemergian seorang ikhwah yang sangat mantap.Moga roh akh Ariff bersama ibu,bapa dan adik ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Ameen.

Wednesday, December 2

Sejahtera buat semua...

Alhamdulillah masih lagi dapat bernafas sehingga ke detik ini dan dapat juga menaip kembali setelah sekian lama menyepi...(^_^)

Untuk sahabatku...
Perjalanan kita masih jauh.Banyak lagi ranjau yang belum ditempuhi.Bersedialah!

Untuk kakakku...
Terima kasih atas ingatan dan kata-kata.Moga berkahNya sentiasa memayungi dirimu dan diriku.

Untuk adikku...
Jangan sekali-kali tewas dengan nikmat sementara di dunia ini.Ingatlah akan matlamat hidupmu!

Untuk pembacaku...
Teruskanlah pengembaraan ilmu itu.Jangan mudah menerima sesuatu pengetahuan tanpa dalil atau nas yang sahih.

Untuk semua...
Manusia terdiri daripada dua komponen; jasad dan ruh.Berilah makanan yang berkhasiat kepada kedua-duanya dengan adil.Makanan untuk jasad berasal daripada tanah dan makanan untuk roh berasal daripada Allah.Kedua-duanya berbalik pada asal kejadiannya.

Sejahtera buat semua...barakallahufikum(^_^)

Saturday, October 17

SubhanaAllah..senangnyer!!!


Satu hari..dalam perbualanku dengan seorang hafizah...whom I used to call her as a 'walking al-Quran' b'coz she had completed to memorise all the 30 juz of Quran..

Aku : Susah x nak hafaz satu Quran tu?

Dia : (sambil tersenyum)Senang je...

Aku : (dalam nada kagum)Owh..pe rahsianyer supaya mudah ingat?

Dia : Senang je...LAKUKAN SEGALA PERINTAH ALLAH & TINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA...

Aku tergamam seketika...

Memang nampak senang...nampak sangat mudah...tapi apabila laranganNya sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup..bab tu lah yang payah...susah untuk dikikis dan ditinggalkan kerna kita sudah biasa...

LaranganNya yang biasa dilihat selalu kita bataskan dalam perkara2 ibadah sahaja sedangkan dalam perbuatan dan perbualan seharian kita,tak pernah pula nak perasan...

Aku menyambung...

Aku : Ape antara pantang2 yang enti x boleh buat?

Dia : Banyak sangat...

Aku : Antaranyer? kire yg paling susah la..

Dia : Owh..yang susah tu nak jage mata la...jage pandangan..bile murajaah
balik,kalau terlupa tu maknanyer ade yang x terjaga la tu..kalau terdetik je
"wah..handsomenyer laki ni"..tu pun dah boleh buat ana lupa...

Aku : Hmm....

Dia : Ana nak bagi enti satu nasihat...kata2 daripada ustaz ana yang ana pegang
sampai sekarang "membacanya satu kenikmatan,menghafaznya satu kegembiraan
tetapi menjaganya satu bebanan yang tak berkesudahan"....ayat-ayat Allah ni
tak boleh nak dilupakan setelah diingat..adalah menjadi satu kesalahan kalau
kita terlupa dalam kata lain kalau kita x mengulang pe yang kita dah hafaz tu
semula then x ingat...

Aku hanya mendengar dengan tekun...

Dia : After all...senang kan nak hafal Quran?(dia tersenyum kepadaku)

Aku memahami makna di sebalik sebuah senyuman darinya saat itu...
Sebuah senyuman galakan...

Syukran ya sahabati...(^_^)

Tuesday, October 13

Aku Sudah Mati...

"SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MERASAKAN MATI.DAN HANYA PADA HARI KIAMAT SAJALAH DIBERIKAN DENGAN SEMPURNA BALASAN KAMU.BARANG SIAPA DIJAUHKAN DARI NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA,SUNGGUH DIA MEMPEROLEH KEMENANGAN.KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYAKAN..." ~Ali Imran,185~

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku dapat merasakan bahawa saat kematianku seakan sudah semakin hampir..sangat hampir..sehinggakan setiap denyutan jantungku,kurasakan seolah-olah itulah denyutan jantungku yang terakhir…tiap dentingan waktu menandakan bahawa usiaku untuk berada di dunia ini semakin singkat..mimpi semalam lebih-lebih lagi memberi peringatan kepadaku tentang alam yang bakal aku tempuh selepas ini iaitu alam barzakh…

Terbayang di ingatan…bagaimanakah keadaan dunia setelah aku meninggalkannya?Setelah rohku tidak berada dalam jasadku lagi…
pada hari itu,mungkin akan kulihat tangisan mama,ayah,kak long, ida,dik ya dan nenek serta sahabat-sahabatku berada di sekeliling jenazahku yang berbalut kain kafan putih bersih…mama sudah pasti sebak kerana anak kesayangannya ini tidak dapat bersamanya lagi..jenazahku yang telah siap disembahyangkan itu kemudian akan dikebumikan…setelah diletakkan jenazahku perlahan-lahan ke dalam liang lahad itu,tanah digambus semula..butir-butir tanah jatuh dan membukit semula menutup liang tersebut..bacaan talkin dan tahlil mula kedengaran..sehinggalah bacaan doa diaminkan…saat perpisahanku dengan dunia secara mutlak hampir tiba..sebentar lagi aku akan berdepan dengan malaikat munkar dan nakir..terdengar tapak kaki manusia mula melangkah meninggalkan tanah perkuburan itu…walau bagaimana sebak pun mereka..mereka akan tetap melangkah pergi meninggalkan aku bersama alam baruku itu… mereka tidak mungkin sama sekali hanya akan menunggu di tepi kuburku mengharapkan aku masih hidup…

kerna aku sudah mati...

tetapi…mereka yang berada disekelilingku masih lagi bernyawa dan mereka akan tetap meneruskan kehidupan mereka..mereka akan tetap bekerja….mereka akan tetap berkawan…mereka akan tetap tertawa gembira selagi ajal mereka belum bertamu…

aku sudah mati…

maka disinilah aku…
menempuh alam barzakh ini keseorangan tanpa sesiapa disisi hanya amalan yang setia menemani..

AMALAN???

Apakah cukup bekalan amalan yang kubawa untuk aku pertontonkan pada malaikat-malaikat Allah itu…cukupkah bekalan amalan selama 19 tahun aku hidup di dunia ini menjadi tiket untuk aku berbahagia dalam kehidupan ini pula?apakah berkat hidupku sepanjang 19 tahun itu?

astaghfirullahalazim….

Tetapi kini..aku masih lagi hidup….alhamdulillah..rohku masih lagi berada dalam jasadnya,terima kasih ya Allah!aku masih lagi punya waktu untuk memperbaiki amalanku itu…Allah masih lagi menyayangi diriku…terima kasih atas peringatan ini,ya Allah!!!

*UNTUK PEMBACA…

jika anda telah membaca post ini,itu bermakna…
anda masih lagi bernyawa dan itulah tanda kasih sayang Allah..masih belum terlambat untuk kita mengucap kata-kata taubat kepadaNya…manfaatkan setiap saat yang kita ada di atas muka bumi ini untuk Allah…lakukanlah segala sesuatu itu hanya kerana Allah..

tersangat mudah untuk bibir mengucapkan : “lakukanlah sesuatu itu kerana Allah”…tetapi bagaimana caranya???

Cukuplah kita menyedari hakikat pekerjaan tetap kita dari kita dilahirkan sehingga kita dimatikan iaitu MUSLIM…

Kerna kita sering bertukar-tukar status:

=single > complicated > in relationship >married

=pelajar Sek. Ren > pelajar Sek. Men > pelajar kolej > pelajar U > pekerja

=anak > bapa/ibu > datuk/nenek > moyang

=baby > kanak-kanak > remaja > teruna/dara > suami/isteri > orang-orang tua

dan sebagainya….

Tapi status kita sebagai seorang MUSLIM tetap tak pernah berubah…InsyaAllah…
Maka lakukanlah pekerjaan kita sebagai MUSLIM sebaik-baiknya…sebagaimana kita melakukan pekerjaan sebagai seorang anak/pelajar/isteri/sahabat dll.

InsyaAllah amalan yang bakal kita bawa untuk bekalan di alam sana adalah amalan seorang Muslim tulen…

Sebelum Rasullullah wafat… Rasulullah SAW pernah bersabda, "Dengarlah wahai umatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Wallahua’lam…

Monday, September 28

It's My LIFE!!!

This life is a journey...

Not a real destiny...

We live for a purpose...

Though temporary...

Thursday, September 17

ANGAH TAK NAK RAYE!!!

"Angah...jage biskut ni taw klu terlebih bakar angah yg kena makan!"
(suara mama memberi arahan)

"Angah...depan rumah tak abis cat lagi,esok boleh la sambung!"
(suara ayah pula menyambung)

"Angah...sebelum pasang langsir,make sure seterika dulu taw jangan bagi komot!"
(suara kak long pula kedengaran)

"Angah...jangan lupa sediakan duet raya ntok Dik Ya taw.Dik Ya pose penuh tahun ni!" (suara si kecik yg sentiasa mengingatkan)

Adei...

X NAK RAYA!!!!

Mentang-mentanglah hanya diri ini je yang tinggal kat umah sekarang ni..habis dibuli...huhuh...awat la skola bese x cuti same ngn kolej kami cuti..at least berat sama dipikul,ringan sama dijinjing ngan adik beradik yg lain...

RAYA...camnelah kami nk hilangkan mode raya ni klu sentiasa dikelilingi ngan raya stuff ni...hai kakakku,tahulah hang dah nak bertunang,tapi xyah la sampai nak mengecat satu rumah...diri ni pown for sure terkena tempiasnyer that is kne tolong cat sekali...banyaknyer kerja sampingan datang bila raya menjelma...dan banyak la juga duit yg 'terkeluar' untuk perayaan ni...

hua3....ANGAH X NAK RAYE!!!!

tapi sebenarnyer jauh di sudut hatiku,aku tak nak raya coz aku tak nak Ramadhan meninggalkan diriku..rasenyer sangat sekejap aku dapat bersama dengan bulan yg penuh berkat ini...

Bulan yg dijadikan sebagai madrasah tarbiyah bg seluruh muslimin...memang benar,setiap apa jua kejadian yg berlaku dalam rentetan hidupku sepanjang Ramadhan ini benar2 merupakan tarbiyah dari Allah buat hambaNya ini...dalam bulan ni,syaitan dibelenggu dengan kata lain syaitan sengsara kerana umat Islam terpaksa menahan kebanyakan daripada nafsu mereka sepanjang bulan ini...

aku akan sentiasa merindui bulan ini...bulan panas yg didalamnya terdapat satu malam yg lebih baik dr seribu bulan...malam al-qadr...

Ramadhan masih belum tamat...jangan berhenti mengejar lailatulqadr itu...(^_^)

hargailah setiap detik yg tinggal buat kita dalam bulan ini dengan beribadah kepada Allah...



p/s : Sebelum sempat aku menamatkan post ini,kedengaran suara mama..."Angah...dah tido belum?esok awak tu nak drive pagi-pagi ke alor gajah amek baju raya yang kita tempah dulu...dh tu,g tido!"

huhu....ANGAH TETAP TAK NAK RAYA!!!

Sunday, September 13

Akibat Tidak Bersalam Dengan Mat Salleh...

Last Thursday...during my mentor-mentee session,we got the result for our mock interview which was held two weeks before.My mentor read each of her mentees' description in front of class before distributing it to us.

Of course..I was quite nervous at that time as this marks will be taken into a consideration for our placement...

I had butterflies in my stomach...

ops!not anymore...I had elephants in my stomach!!!

Teacher Mazlina stepped towards my table and handed in the result....

Surprisingly.....I GOT B- for that mock interview...

but that was not the case of getting me in a great surprise...

there was something...beside the space of 'B-' on the result sheet...

there was a statement which stated...."B+ IF HANDSHAKING IS NOT AN ISSUE!"

Wow...this is the effect of not shaking hands with the white man!

Is it a good @ bad effect?

Please determine it based on ur faith...

I was totally down on that day....

Do you know why?

Did I regret...why can't I just shake hand with that English men before?

then of course I'll get the B+ right?



huh...

I was extremely sad + upset + disappointed + dismal + in grief + gloomy etc

b'coz Islam hasn't achieved its Ustaziyatul Alam yet...

Where are Muslims today?

Or should I call people who hold the title of 'Muslim'?

Come on guys!!!

Wake up from ur world of fantasy!!!

We live for die...

Our eternal life is the life of hereafter...

We're not going to live in this fake world forever...it's just temporary...

Allah borrowed us this life for a test...

People,
We need to be Muslims who uphold Islam wherever and whenever we go...

no matter in what situation let Islam be the first...

Don't let ourselves portray the bad image which will then make people think and have bad perception on Islam....

LET US BE A TRUE MUSLIM!!!

ISLAM WILL BE ON TOP SOON....

JUST WAIT FOR THE COME BACK OF SOLDIERS OF ALLAH!




The words of Allah in Surah al-Hajj,verse 78 :

"And strive hard in Allah's Cause as you ought to strive.He has chosen you(to convey His Message of Islamic Monotheism to mankind by inviting them to His religion,Islam) and has not laid upon you in religion any hardship,it is the religion of you father Abraham (Islamic Monotheism).It is He (Allah) Who has named you MUSLIMS BOTH BEFORE AND IN THIS,that the Messenger of Allah(MUHAMMAD)may be a witness over you and you be witnesses over mankind!So perform as-solat,give zakat and hold fast to Allah. He is your MAULA and what an EXCELLENT HELPER!"

SubhanAllah....

Wednesday, September 9

Aku Ingin Mencintai Mu...

Tuhan betapa aku malu

Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa

Entah mungkin kerna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakan diri padaMU

Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta

Dalam doa

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekatiMU selamanya

Sehina apapun diriku

Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi


Thursday, August 27

I'M NOT SINGLE...

Petang tadi...setelah menghantar adik-adikku ke perpustakaan negeri dan membeli ubat untuk mama di farmasi...aku menerima sebuah panggilan daripada seorang teman lama...kereta masih lagi tersekat dalam kesesakan lalu lintas...so untuk menghilangkan kebosanan yang mula mencengkam diri,aku pun jawablah panggilan tu guna headphone yang memang sedia ada dalam kereta tu....

"Assalamualaikum...pe khabarmu?",terdengar suara ceria di hujung talian...
"Alhamdulillah sihat je..mu plak camne?",aku membalas....

Setelah chit-chat beberapa ketika...aku diserang dengan satu soalan yang sungguh aku tak suka...

"Err...Ira...Aku dengar mu dah tunang?",nadanya agak ragu-ragu...
"WHAT???",terjerit aku..."bile mase lak mu dengar cite ni?dari sumber mane mu dapat ni?spe yang gtaw mu ni?",bertubi-tubi soalan aku tujukan untuk mendapatkan kepastian daripadanya...
kalau budak-budak kmb boleh tahan la lagi...ni camner la kawan lame yang berada di perantauan leh terkena jugak ngan berita palsu tu...

Hish..hish...hish..betapa hebatnya penangan fitnah tu...kadang-kadang tuan punya badan tak tau...tapi orang lain pula yang terlebih tahu tentang sesuatu perkara tu....innallahu'alam...

~ "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." ~ al-Hujuraat,ayat 6

Sudah banyak kali diri ini ditujah dengan soalan-soalan seumpama itu...namun hanya yang berani sahaja mampu berdepan bertanyakan tentang hal itu kepada diri ini...
siapalah sahaja yang mula mencetuskan berita itu tentang diri ini...

lumrah manusia...terlalu cepat menilai...

teringat kisah sewaktu bas kolej masih lagi dalam perjalanan menuju ke destinasi yang mengambil masa berjam-jam.Pada hujung minggu itu,aku menyertai Jambori Pembimbing Rakan Sebaya di Kuala Nerang..IP member la katekan...seorang peserta lelaki dengan 'gentlemen' nyer menanyakan pada setiap pelajar perempuan dalam bas tu...

"ARE YOU STILL SINGLE?"

apabila ada sahaja pelajar perempuan yang menjawab "YES" maka akan terdengarlah sorakan dari kelompok pelajar lelaki dalam bas tu,bagi yang menjawab "NO",keluar pula keluhan yang berat dari mulut mereka...sungguh 'poyo' boys kmb ni yea...akhirnya tibalah saat untuk pelajar perempuan terakhir ditanyakan..diri inilah..dalam hati aku berkira-kira...
Yes @ No...Yes @ No...Yes @ No...
almaklum jelah berita 'pertunangan' aku dah tersebar sampai tahap mane pun aku tak taw lepas balik cuti sem lepas...so xtaw nk jwb yang mane...
klu yes...banyak rintangan yang kne hadapi...susah2...
klu no...InsyaAllah terjagelah diri ini...

akhirnya setelah diam yang agak lame...aku menjawab "NO!"...si 'interviewer' nampaknya tidak berpuas hati dan mengulang soalan..namun aku tetap memberikan jawapan yang sama tanpa berpaling ke arah 'interviewer' tadi...

apologi untuk encik yang bertanya...(^_^)

sememangnya 'I'M NOT SINGLE...I'VE MY FAMILY,MY USRAH!",sambungan jawapanku itu...hanya mampu terlahir di dalam hati sahaja...

dan pada hari terakhir kami di Kuala Nerang,encik 'interviewer' tu akhirnya mengaku yang dia bertanyakan soalan itu untuk mengetahui kebenaran cerita yang didengarnya mengenai diriku...

Hai...macam-macam sungguh...at least dia menggunakan cara sedemikian untuk mengetahui kesahihannya...namun bagi segelintir yang terus menerima cerita yang mereka dapat kemudian menyebarkan cerita tersebut dan ditambah pula segala tokok tambah sebagai penambah rasa untuk cerita tersebut...

bagaimana pula dengan mereka yang dalam golongan ini?
bukankah mereka hanya menambah kerosakan dalam sesebuah masyarakat?

mereka ibarat peniaga yang mengambil barangan daripada pemborong tanpa memeriksa dulu kualiti barangan yang diterimanya itu dan kemudian tanpa berlengah lagi peniaga tersebut terus menjual barang rosak tersebut kepada orang ramai...

namun itulah lumrah manusia masa kini...cerita-cerita sensasi dan 'hot' menjadi bualan sehari-hari...tak perlu pusing pada kebenaran...tak perlu gusar ia adalah fitnah atau tidak...asal cukup syarat 'hot' dan sensasi pasti boleh aje masuk forum warung kopi...mengapa tidak diselitkan sekali ingatan pada umat sejati?

Ah...manusia tak pernah lepas daripada semua itu...

aku juga manusia...aku selalu alpa dan terlalu banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan ini...entah mengapa,pemergian aku ke Kuala Nerang telah banyak membuat aku mereflek diriku selama ini..segala perjalanan hidupku yang telah diatur Allah terasa begitu indah...saat tu,aku terasa sangat terasing...jauh daripada akhwat-akhwat yang lain...sahabat usrahku...Alaq,Siti,Jihah,Aida,Ada,Athirah,Nadzirah,Arina...semuanya tak de disisi...aku rasa keseorangan...dan masa itulah aku gunakan untuk muhasabah diri tambahan pula pada waktu itu diri sedang dilanda krisis dalaman...

Keberadaanku di Kuala Nerang seolah-olah memberikan satu nafas baru kepadaku untuk jalan yang aku pilih ini...aku menanam azam disitu...bahawa aku tidak seharusnya terlibat dalam perkara-perkara sedemikian yang bagiku tidak perlu untuk masa sekarang,masa studiku...bagi aku perkara-perkara tak perlu yang melibatkan hati ni contohnya cinta dan rindu pada seseorang yang belum menjadi hak kita 100% hanya akan melambatkan dakwah dan mengganggu studi...kebanyakan ustaz-ustaz dan kakak naqibahku sendiri tidak menggalakkan untuk bernikah atau bertunang sewaktu sedang belajar..

Tetapi itu tidaklah bermaksud kita harus menentang cinta dan rindu yang bersemi dalam hati.Jika kita memahami sebenar-benarnya maksud yang diterangkan oleh ulama, maka kita akan merasa tenang hati. Masih ramai yang tidak memahami maksud rindu dan cinta. Malah sehingga menganggap jika seseorang mencintai seseorang yang lain maka sebenarnya dia telah melakukan sesuatu yang dicegah oleh syarak. Fahaman sebegini perlulah diperbetulkan. Kesalahannya bukan pada sifat cinta tersebut, yang menjadi kesalahannya ialah bagaimana orang yang punya perasaan cinta itu menunjukkan kecintaannya dan kerinduannya.

Islam adalah agama fitrah. Cinta dan rindu adalah fitrah seorang insan. Islam datang untuk menunjukkan cara sebenar mengendalikan cinta dan rindu. Bukannya menafikan rindu dan cinta itu hadir dalam kehidupan seseorang.

Perbuatan orang yang bercinta itu yang perlu dipersoalkan kerana mendahulukan nafsu daripada iman yang terdapat dalam sanubari mereka.

Jangan terlalu membenci cinta. Sudah banyak orang yang menentang cinta yang hadir dalam dirinya dengan tentangan yang padu, akhirnya dia sendiri tersungkur dan menjadi orang yang lebih teruk daripada orang yang tidak membenci cinta sepertinya.

Maka bercintalah sekadarnya....tanpa cinta hidup ini tidak pernah bermakna...cintailah Allah...cintailah Rasulullah...cintailah ibu bapa...cintailah sahabat...cintailah sesiapa jua...

because then...YOU'LL NEVER BE SINGLE!!!


dedikasi untuk mereka yang sentiasa menasihatiku dan dapat menerima teguranku sepanjang jalinan hubungan ini...

Wednesday, August 26

Gadis Kecil Itu....

Petang 5 Ramadhan 1430H....hujan turun dengan sangat lebat...kilat sabung-menyabung....panahan petir diselang-seli dengan dentuman guruh...langit mempamerkan kegelapan...terlihat kegusaran bercampur ketakutan pada riak wajah Dik Ya...

Seusai mengimami solat Asar pada petang itu,aku berpaling pada makmumku itu...wajahnya masih lagi seperti tadi...takut dan risau akan sesuatu...
Kemudian terdengarlah pertanyaan dari mulut comel itu...

"Kak Ngah...kak Ngah pernah merasa detik kematian?"

Tergamam aku seketika...pernahkah aku merasai detik kematian???

Astaghfirullah...si gadis kecil itu mengingatkan aku tentang kematian...

"Tak lagi...tak tau la kak Ngah bile masanya...
kalau kak Ngah dah merasa saat tu..maknanya yang sedang berdiri depan Dik Ya sekarang ni adalah HANTU!!!",
sengaja aku membuat aksi ber'hantu' padanya..mengharapkan si kecil itu kembali ceria...

namun harapanku hanya tinggal harapan pabila dia meneruskan percakapannya...

"Dik Ya takut mati..Dik Ya banyak buat dosa..kat Allah..kat mama..kat Ayah..kat kak Long..kak Ida..kak Ngah...sembahyang Dik Ya pun tak khusyuk."
Mukanya sedih...

Hatiku tersentak....
Subhanallah...hambaMu yang baru menginjak usia 10 tahun ini sudah memikirkan saat kematiaannya...

"Dik Ya takut kak Ngah...",ulangnya dengan nada sayu.

Aku terus memeluknya erat dengan rasa terharu yang amat sangat...

"Dik Ya...semua orang akan mati..mama akan mati..ayah akan mati...kak Ngah pun akan mati...semua makhluk akan mati..tak de yang terkecuali...hanya Allah sahaja yang akan hidup selama-lamanya...kita tak pernah tahu bila kita akan mati,tu lah sebab kita kena bersedia"

"Kalau kita ada buat jahat ngan orang lain kita mintak maaf la...dengan Allah pun kita kena mintak ampun..." sambungku lagi.
Dia diam sejenak...berfikir barangkali.

"Tapi Dik Ya selalu mengumpat kawan Dik Ya ni..dia jahat sangat...nanti dia masuk neraka ke kak Ngah?
tak boleh ke dia masuk syurga?"

"Ha...kalau cam tu,Dik Ya kena mintak maaf kat kawan tu...Allah tu Maha Pengampun dan Penyayang...mohonlah dari Allah.."

Terus dia memotong kata-kataku..."Ha..nanti Dik Ya ley la jumpe dia,mintak maaf..Dik Ya nak cakap la ngan dia jugak..suruh dia solat dan doa kat Allah..mintak ampun..",
wajah adik bongsuku itu kembali cerah.

Sejurus selepas tu....

"Kak Ngah..
lesbian tu ape?",soalnya dengan wajah ingin tahu...

"Ha?"..sekali lagi aku terpana..."Haish..ni soklan high level ni...",gumamku dalam hati..."Mane Dik Ya dengar perkataan ni?",soalan dibalas pula dengan soalan...
"Kawan Dik Ya yang cakap...LESBIAN TU YANG ORANG BERGUSTI-GUSTI tu kan?
cam WWF tu...kan kak Ngah?"

"Ha..tak betul la tu...Allah tak suka lesbian tu tau..
lesbian bukan yang gusti2 tu..lesbian tu hubungan antara perempuan dengan perempuan yang lebih daripada kawan...kalau lelaki dengan lelaki plak dipanggil gay..paham?"..
Dia mengangguk laju...
seolah-olah tidak sabar untuk beralih ke isu signifikan yang lain pula...

Kemudian..tibalah saat soklan yang paling best sekali diajukan kepada diri ini...

"Kak Ngah..betul ke kalau kahwin 'boleh wat ape-ape je' ?mama yang cakap macam tu..."
senyuman penuh 'bermakna' dilemparkannya..menampakkan sebahagian barisan gigi hadapannya yang baru nak tumbuh(regrow)...

"Betul la tu...",aku menjawab seolah-olah tidak mengerti akan penekanannya terhadap 'boleh wat ape-ape je' tu...

"Eeeeeeeee..geli la!",dia memandangku dengan wajah gelinya itu...

"Ha!!!!Awat nak geli pulak????"...aku keliru!

"Ye la..nanti laki tu pegang-pegang kita,tengok rambut kita,cium kita..ish,geli la!semua orang yang kahwin mang kena wat cam tu ke kak Ngah?"

Astaghfirullah...aku tak dapat nak tahan diriku dari ketawa...pecah perut aku dibuatnya...pemikiran yang sudah jauh ke hadapan ni...

"Mang la bile dah kahwin,laki n perempuan ley wat ape-ape je...ape-ape saja diorang nak wat,wat la coz memang dah halal hubungan tu...tu la sebab Allah galakkan kita kahwin kalau tak dapat nak tahan diri daripada zina....bila dah kahwin tu tak de nak GELI-GELI dah..."

Kulihat dia tersenyum puas...
Mungkin segala persoalan yang membelenggu diri si tembamku ini dah terjawab agaknya...

"Anymore question,my dear?"tanyaku....

Dia menggeleng...

"Bagus!",aku mengkhatamkan Q&A session kami dengan sebuah cubitan di pipi tembamnya..
'Rutin harian'ku di rumah...

Si kecil itu pergi meninggalkan bilikku dengan langkah senang dan gembira...

Kematian yang menakutkannya.....

Lesbian gusti-gustinya......

Perkahwinan yang menggelikannya....

Mungkin segalanya sudah menjadi jelas bagi diri itu...

Diri seorang Da'ie pada masa akan datang...Insya-Allah

itulah harapanku padanya...

bak kata Najihah..dia akan menjadi lebih hebat daripada aku sebagai Da'ie...



DIK YA KU YANG TEMBAM!!!

tercabarkah aku?
adela sket...

namun itulah yang sebenarnya aku harapkan pada mad'u cilikku itu...

Maksud Syaitan Di Rantai & Di Belenggu Pada Bulan Ramadhan...

Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda:

Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.

al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw :

Maksudnya : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)

Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil/melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith :

Maksudnya : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.”

Ada pula yang berpendapat ianya membawa tanda para malaikat masuk ke dalam bulan Ramadhan sebagai membesarkan dan memuliakannya bagi menghalang para syaitan menggoda orang-orang mukmin. Ia boleh juga membawa isyarat kepada banyaknya pengampunan dan balasan pahala yang diberikan di dalam bulan Ramadhan menyebabkan syaitan menjadi seolah-oleh dibelenggu. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Yunus daripada Ibn Syihab di sisi Muslim :

Maksudnya : “Maka dibuka pintu-pintu rahmat.”

Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan umat Islam dan menghiasi syahwat mereka.

Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika dikatakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitulah syaitan yang degil/melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”

Al-Syeikh Muhamad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang persoalan ini menjawab :

“Di dalam sebahagian riwayat hadith (maksudnya) : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/derhaka.” Atau (dengan lafaz) Tughallu di sisi al-Nasaie atau yang seumpamanya yang termasuk dalam perkara ghaib yang mana hendaklah kita menerima dan membenarkannya, dan kita tidak membicarakannya lebih daripada yang itu, sesungguhnya inilah yang lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik untuknya…. kemudian secara zahir dibelenggunya syaitan itu (adalah membawa maksud dibelenggu) daripada memesong/menyesatkan manusia disebabkan banyaknya kebaikan dan (mereka banyak) kembali (bertaubat) kepada Allah dalam bulan Ramadhan.”
(Sila lihat fatwa di dalam islam-qa dan islamonline.net)

Wallahu a’lam.
binsahak

- di copy n paste drpd http://bin-sahak.blogspot.com -

Sunday, August 23

RamADHAn iS COmINg...sYAItAN is LEaviNg..



Alhamdulillah...akhirnya aku berkesempatan juga untuk membuat post mengenai bulan Ramadhan yang mulia ini setelah melalui saat-saat genting di KMB...

Ramadhan datang lagi....aku telah disampaikan kepadanya...Alhamdulillah!

Pada malam satu Ramadhan yang lepas...banyak mesej-mesej comey yang menjengah inbox hpku...simple yet meaningful!

"Jadikan RAMADHAN sebagai UNIVERSITI yang mengajar
kuliah-kuliah IBADAH....
tutorial-tutorial IMAN....
assignment-assignment TAQWA...
dan amali-amali AGAMA....

moga kita memperoleh IJAZAH KEREDHAANNya..."



"Here is Ramadhan Secret Recipe....
A glass of care...
A plate of love
A spoon of peace
A fork of truth
A bowl of duaas
Then
Mix with spices of Quran
Enjoy this meal..."

and yang paling comey adalah mesej pertama yang aku dapat sempena Ramadhan ni....

"Salam..my name is Shaaban,I am advising you that my neighbour Ramadhan will be visiting you soon with his wife,REZK and two children SAHUR and IFTAAR.They will be accompanied by three grandchildren RAHMAT,BARAKAT and TOUBA.They will leave after thirty days by EID AIRLINES.Treasure them and you will be blessed...."

Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan dalam bulan ini...
Sama-samalah kita terus bermujahadah untuk Ramadhan ini...
kerana syaitan telah dibelenggu saat ini...
hanya tinggal nafsu memimpin diri...
jangan biarkan tarbiyah syaitan yang sebelum ini..
menguasai diri yang lemah ini...

maka ambillah kesempatan ini...
untuk mentarbiyah jiwa secara Islami...
moga tertunduk nafsu dalam diri...

Insya-Allah...

Salam Ramadhan Kareem untuk semua.....(^_^)

Sunday, August 16

MENgApa SuKAR uNtuk mEMAhami???

Hati ini...sentiasa memerlukan sesuatu...sesuatu yang masih terasa kekosongannya..

tak siapa tahu..apa yang ada dalam hati yang satu ini....
segala-galanya sukar untuk ditafsirkan

tetapi mereka dengan mudah menafsir tanpa pengetahuan itu..

sedangkan diri ini juga tidak berapa mengetahui...

bagaimana pula mereka lebih mengetahui???

tetapi aku memahami...
mengapa mereka pula sukar untuk memahaminya???

satu yang pasti Allah sangat menyayangiku...

kerna Dia memberikan ujian ini sebagai tanda ingatanNya kepadaku...

syukran ya Allah...

Betapa aku cinta padaMu!!!

Biarlah air mata ini menitis di dunia tetapi tidak di akhirat sana...

InsyaAllah...

Saturday, August 8

DeNDaMKu paDa KAMAL...

Dendamku pada Kamal memang tidak akan pernah surut.Teringatku pada usrah yang lepas...aku bertanyakan pada mereka...

berapa tarikh hari ini ikut kalendar hijrah?

Masing-masing diam tanpa jawapan...lihat betapa besarnya kesan pengaruh si Kamal terhadap umat Islam sehingga ke hari ini.

Dialah muslim bersifat yahudi yang telah menjadi permulaan kepada kehancuran umat Islam...

Dia ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).
Dia dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan dia ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya.Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah dia tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi.Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.


Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, dia memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian dia menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), dia memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, dia telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera,dia telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Dia telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakannya selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila dia dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semenanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah dia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas dia membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana,dia telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalan raya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menanggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.




Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak dia pulang untuk mengelakkan dia daripada terus menimbulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi dia tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan dia telah berjaya pada peringkat permulaan. Ini berlaku apabila gerakannya telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibekalkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.


Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda.

Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun.
Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Dia turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.
Dalam urusan munakahat, dia melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Dia membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
Disamping itu, dia turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya.Dia membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama.

Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, dia begitu takut jika tidak ada orang yang dapat menggantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamannya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimpin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak dia disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudiannya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Dipetik dari ENSIKLOPEDIA ISLAM SAFIR

Friday, August 7

Ya ALLAH...KuatKaNLAH DiRi InI...

Sesudah menunaikan solat subuh...

argh..kepalaku terasa sangat berat..Ya Allah..apekah demam ini bakal menyerang semula?
Masuk hari ni genap seminggu aku berada dalam keadaan yang tidak membenarkan aku melakukan kerja2 yang berat..

Ya Ghaffar...
jika ini telah ditetapkan bagiku untuk meng'kifarah'kn dosa-dosa yg telah lalu..maka aku terima ya Allah..

jika ini juga merupakan nikmat bagiku agar aku sentiasa mengingati diriMu...maka syukurku panjatkan untukMu ya Allah..

jika ini merupakan salah satu ujianMu untuk Sya'ban ini..maka aku akan tempuhinya dengan sabar ya Allah..

cuma satu kumohon...ya Rabb,kuatkanlah diriku yang lemah ini..pinjamkanlah aku dengan sedikit kekuatanMu..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha kuat..ya qawiyyun...

"dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" - al-Baqarah,155-


"..........ketahuilah bahawa semua kekuatan itu milik Allah." - an-Nisa',139-




Mama...
bukan niatku untuk membuat dirimu dilanda seribu kerisauan sepanjang hari ni...

Sahabat-sahabat conferenceku..
afwan kerna tak dapat memberi untuk pagi ini..insyaAllah jika diberi keizinan Allah kelas bahasa Arab tu kan tetap kita adakan...kita merancang dan Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah tulah yang terbaik!

Wednesday, August 5

TaHaJUD ciNTaku...

Ahad lepas,demam "H1N1"ku terasa mulai kebah.Alhamdulillah...bersyukur atas nikmat sihat yang bakal dikembalikan semula oleh Penciptaku kepada diri yang serba dhaif ini.Sewaktu aku keluar bersarapan bersama keluarga tercinta,aku sempat mendail alaq untuk memaklumkan kepadanya tentang pembatalan rancangan aku untuk turut serta outing ke bandar pada hari itu.Namun,seperti biasa alaq berjaya memujuk aku untuk turut serta bersama dia dan siti ke mahkota parade.

Walaupun badan terasa agak lemah,namun aku gagahkan diri untuk menyertai mereka bermain bowling...Allah telah meminjamkan sedikit kekuatan kepada diriku untuk terus bertahan sepanjang hari kami outing...Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya... Outing kami pada hari itu sememangnya tidak sia-sia.Seusai solat zohor di surau kompleks tersebut,perjalanan kami mengarah ke Kedai Buku Thai Kuang.MasyaAllah..di sana kami telah menemukan sesuatu yang sangat berharga..mutiara kehidupan..kami rambang mata untuk memilih buku para sahabat mana untuk dibeli memandangkan duit yang dibawa pada hari itu tidak mengizinkan kami untuk membeli kesemua buku yang berkenan di hati.Aku berhajat untuk membeli dua buah buku.Salah sebuah buku yang menjadi pilihanku berkisar tentang kehidupan sahabat Ali bin Abi Talib karya Abdul Latip Talib.Aku menapak ke bahagian novel untuk mengambil sebuah lagi buku yang tadi telah berjaya menarik hati ini untuk membacanya.Siti dan Alaq telah lama tenggelam dalam ketaksuban memilih buku-buku para sahabat.Manakan taknya,kebanyakan buku para sahabat yang ada di situ tak pernah kami baca lagi.Antaranya Abu Bakar as-siddiq, Umar al-khattab,Uthman affan,Ali bin abi talib,Khalid al-wali,Bilal bin Rabah,Ikramah dan beberapa lagi tokoh Islam terkemuka.

Sebaik tiba di destinasi yang dituju,aku terus mencapai novel karya Muhammad El-Natsir yang bertajuk TAHAJUD CINTA.Buku itu telah menjadi pilihanku beberapa jam sebelum kedatangan alaq.Ketika itu mataku ligat mencari karya-karya Ustaz Hasrizal dan penulis Best-seller Indonesia,Habiburrahman el-Shirazy.Tetapi malangnya kesemua karya kedua-dua penulis kegemaranku yang ada di situ telah aku baca.Aku terus memblek novel-novel yang baru di pasaran itu.Hatiku mengeluh kecil apabila kebanyakan novel tersebut tak menepati citarasa pembacaanku.Tiba-tiba hatiku terpandang sebuah novel.Tercatat di kulitnya 'NOVEL KEAGAMAAN'."Hmm...looks interesting!".Sebelum sempat aku mencapai noevel tersebut,Cik Siti datang menghampiri dan...."Tahajjud Cinta!!!",dia berteriak dan kemudian tergelak.PELIK!

"Hang dah bace ke buku ni?"...dalam sisa gelaknya,dia menjawab,"Belum lagi.Tapi de seorang ikhwah ni dah bace".Oh...no wonder la dia gelak.Lelaki pun ada yang baca novel ni.Menarik...Aku mengambil salah satu novel "Tahajjud Cinta" yang masih kemas berbalut dan menghayati sinopsisnya seketika.

.......TAHAJJUD.....



Sehari aku berhibernate atas arahan mama tercinta...dari pagi sampai malam..tiada gangguan luar yang akan aku terima.Semuanya gara-gara aku keluar semalam...huhuhu..aku tidak berkesempatan untuk menyertai conference pada malam tu yang diadakan akhawat sejati..panggilan telefon dan mesej dibiarkan sepi tanpa jawapan...Alhamdulillah,selepas hibernate sehari tu,demam aku terus hilang.Aku juga mengambil kesempatan waktu hibernateku untuk menghabiskan bacaan kedua-dua buah buku yang telah aku beli.Subhanallah..terlalu banyak ilmu yang dapat aku timba daripada novel "Tahajud Cinta" dan buku "Ali bin Abi Talib".Buku kisah sahabat tu membuatkan air mataku mengalir rindu kepada seorang kekasih, MUHAMMAD,utusan terakhir....kekasihku sepanjang hayat.Buku itu membuatkan aku rasa sangat dekat dengan insan agung pilihan Allah itu.Kehidupan Saidina Ali yang semenjak kecil bersama Rasulullah kadang-kala membuatkan aku cemburu untuk berada di samping baginda juga.Namun hatiku berbunga riang tatkala teringat sebuah kisah yang dikirimkan kepadaku melalui sms...


Pernah satu ketika sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat,tiba-tiba bergenang air mata baginda S.A.W.Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tak mereka senangi di wajah Rasulullah.Bila ditanyakan Abu Bakar,baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut ikhwannya.Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah S.A.W.,"Bukankah kami ini ikhwanmu?",Rasulullah menjawab,"Tidak,kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka..."


Adakah aku antara ikhwan yang drindui itu???
Adakah aku antara mata rantai perjuangan baginda???
Adakah aku benar-benar berjuang di atas jalan Rasulullah???
tapi sunnah baginda tak semua yang aku amalkan....
Apakah sebenarnya sikap aku terhadap kekasih Allah itu???
aku mengakui baginda kekasihku tapi...

Novel "Tahajud Cinta" pula mengingatkan aku tentang kekasih keduaku,Sultan Muhammad al-Fateh.Tambahan pula,pendukung utama novel tersebut bernama Fatih.Fatih dalam "Tahajud Cinta" menjadikan tahajud sebagai satu kemestian dalam hidupnya.Dia dapat mengharungi dugaan yang datang menimpa diri dengan sangat tabah berkta tahajudnya saban hari.Al-FATEH yang kukenali juga seorang pemuda yang tak pernah meninggalkan tahajud semenjak kecil.Walaupun dia seorang yang sangat nakal sewaktu kecil, namun kerana satu sebatan rotan dari sang murabbi menjadikan dia seorang yang berdisiplin dan pada akhirnya dia menjadi seorang sultan yang sangat hebat.Memimpin sebuah negara yang hebat dengan rakyat dan tentera yang hebat.Peribadi mulia Sultan Muhammad al-Fateh yang terbentuk daripada cara hidupnya yang mengutamakan solat dalam kehidupan.Dialah insan yang disebut Rasulullah yang bakal menakluk Kota Constantinopole.Tokoh Islam ini juga menjadikan tahajud sebagai satu kemestian semenjak dia kecil.

Kedua-dua kekasihku menjadikan tahajud sebagai satu kewajiban dalam kehidupan.Bagaimana pula dengan diriku??? Mampukah aku meraih kasih kekasihku dan kasih Penciptaku tanpa kewajipan tahajud itu??? Susahkah bagi diriku untuk bangun pada setiap malam hari memohon cintaNya??? Mampukah aku untuk melawan nafsu yang ada dalam diri untuk menggagahkan diri berteleku di atas sejadah cintaNya??? Tidakkah aku rasa tenang apabila berdua-duaan denganNya???

Kelebihan tahajud sangat banyak.Aku sedar itu...Ketika tahajud,nafsu dapat ditundukkan.Kerana ketika awal penciptaan nafsu dulu,nafsu sangat degil sehinggalah ia menjadi lemah apabila Allah meletakkan ia terlalu lama di tempat yang tiada makanan dan tempat yang terlalu gelap.Manusia selalu kalah dengan nafsu sendiri terutama apabila didorong oleh syaitan-syaitan jahat yang berada di sekeliling.Pada waktu gelap malam hari inilah,nafsu akan menjadi lemah.Kita akan tunduk pada Pencipta kita dengan sepenuh rasa kehambaan kerana ketika itulah komunikasi kita dengan Allah terasa sangat dekat.Sehinggakan dapat terasa belaian rahmat dan kasih-sayangNya mengusap sanubari iman.

InsyaAllah..sempena nisfu sya'ban ini,aku bermohon agar aku dikuatkan Allah untuk menjadikan tahajud itu juga sebagai satu kewajipan pada diri.Itulah mukadimah azam untuk buku amalanku yang bakal dibuka Maghrib ini.Ya Allah,hambaMu yang lemah ini bermohon.....

Monday, June 29

DeDicAtEd TO mY aDD mAtH mENtOR...

YESTERDAY....around 6 o'clock in the evening,I got a call from my beloved mentor,who taught me add math when I was in Form 5 in KISAS.Her name is Nur Syafiqah bte Ma'on.She is a very 'sempoi' girl that I've ever known.Also not to forget,she's smart!!!

To my dearest fren...

All the best for ur interview diz tuesday...Juz do ur best coz Allah will handle the rest!!!chaiyok..chaiyok...believe in urself!U CAN DO IT!!!Don't ever think that u're not good..everyone has their own strengths and weaknesses..pray a lot..I'll pray for u..and pray for me too,k?

I know you're a diligent person...

Remember the arabic saying goes...MAN JADDA WA JADA

with lots of love...

pray for our success!!!

Thursday, June 11

keRANa SeBUah mEseJ.....

Jam di dinding telah menunjukkan pukul 12.00 tengahmalam . Mataku masih lagi membeku menghadap Omar . Aku hanyut sebentar dalam dunia siber .Tiba-tiba terdetik di hatiku untuk melihat inbox handphone Sony Ericson K610i,satu-satunya barang yang aku miliki melalui hasil titik peluhku bekerja selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Aku meraba-raba sekeliling mencari dimanakah gerangan ensetku ini??? Sejurus kemudian,Allah pun mengurniakan ilham kepadaku...lalu aku pun menapak ke arah bilik tidurku dengan langkah yang sangat perlahan memandangkan seisi rumah yang lain telah dimatikan untuk sementara waktu...setibanya aku di destinasi yang dituju....jeng..jeng....jeng....

Alhamdulillah...hatiku berbunga riang melihat handphoneku terdampar di atas meja solek.Aku segera mengambilnya dan...satu mesej diterima dari seorang ikhwah..

Sender : Pres taska
10-Jun-2009, 09:33 p.m.
“ Wahai diri, jangan jadi daie yg malang, yg hanya tahu berdakwah tapi tidak melaksanakan...
Wahai diri, jangan jadi abid yg tertipu,terasa banyak sudah amalan tapi tidak sedar pahala itu kuasa Allah...
Wahai diri, jangan jadi alim yg tertipu, disangka ilmu telah banyak tapi tiada yg terkesan di jiwa...
Wahai diri, jangan jadi mujahid yg tertipu, disangka perjuangannya itu yg terbaik tapi ternyata Islam tak memerlukannya tetapi dia yang memerlukan Islam...”

Astaghfirullah..air mataku menitis perlahan tatkala membaca pesanan yang diberi..aku sangat terasa bahawa mesej itu sememangnya ditujukan khas buat diriku dari kekasihku,Allah...dan ikhwah tersebut bertindak sebagai medium penyampaiNya untuk mentazkirkan diriku kembali...

Fikiranku menerjah semula segala muhadasah dan halaqah yang telah aku sertai bersama sahabiah2 yang lain untuk membincangkan segala permasalahan yang membelenggu kampus kami.Kami sibuk mencari-cari kekhilafan pada kedua-dua belah pihak.Pada diri daie dan pada diri mad’u. Pelbagai pandangan dan idea telah dilontarkan untuk mengatasi cabaran umat ini.Namun analisis hakiki masih belum mampu dikeluarkan.Bahang kedatangan junior yang semakin hangat dirasai turut mengharu-birukan fikiran setiap daripada akhawat.Walaubagaimanapun perancangan da’wah Islamiyyah tetap diatur kerana Islam itu sendiri berperaturan dan berstrategi.Namun apakan daya kami sekiranya perancangan itu tak dapat dilaksanakan kerana kami hanyalah hamba kepada Maha Perancang.

Dia yang telah merancang segala-galanya untuk setiap hambaNya.

Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,segala kerajaan langit dan bumi.(al-Mulk,1)

Dalam sujud terakhirku pada malam itu,aku bermohon kepadaNya.... Ya Allah tsabatkanlah hati kami pada jalanMu,janganlah Kau bolak-balikkan ia dan aku mohon janganlah sekali-kali Kau simpangkan kami dari jalan siddiqMu ini...Ya Allah bantulah kami dalam perjuangan kami menegakkan ad-deen Mu ini..perbaikilah muamalah sesama kami agar kami tidak menjadi fitnah pada da’wah ini...Kau jadikan kami termasuk dalam golongan daieMu yang sejati...Kau limpahkanlah kami dan mad’u kami dengan nur hidayahMu...Kau kurniakanlah kami hal-hal yang terbaik dalam perjuangan suci ini...Ya Allah Ya Rabbi hanya kepadaMu tempatku bermohon dan mengadu..Hanya diriMu yang mengetahui segala sesuatu...Perkenanlah doa hambaMu yang kerdil lagi hina ini..Ameen Ya Rabbal ‘Alamin....

Aku mengimbas semula saat aku merasa lemah dalam perjuangan ini..ketika itu,masalah semakin berleluasa..dan ketika itu juga aku lupa pesanan Allah yang telah diselitkan dalam surah al-Mukmin,ayat 55 ;

“Maka bersabarlah dalam perjuangan menegakkan Islam,sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar dan pohonlah ampun bagi salah silapmu serta bertasbihlah dengan memuji tuhanmu pada waktu pagi dan petang..”

PesananNya yang ditujukan istimewa untuk para daieNya...satu kalam motivasi yang cukup indah,berjaya meniupkan semula roh perjuangan kedalam diri..kata-kata SAYYID QUTB kurenungi :

“Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat KEMENANGAN itu bermula bila kamu MELAWAN RASA LEMAH itu”...

Mindaku tertumpu semula pada bait-bait terakhir kalamullah tadi... “....dan pohonlah ampun bagi salah silapmu serta bertasbihlah dengan memuji tuhanmu pada waktu pagi dan petang”...Ya Allah ,aku hampir saja mengabaikan wasiat tersebut dek kerana asyik dibuai janji kemenangan dari Allah sebelum itu...

Allah berpesan untuk memperbaiki diri dengan selalu bertaubat dan zikrullah....

Itulah petunjuk untuk kami!!!ye...kami perlu memperbaiki diri kami sebagai seorang daie dari sudut amalan kami sendiri..dari situ akan terhasilnya kekuatan dalaman yang bakal menghasilkan satu gelombang @ aura untuk menarik para mad’u kami kepada da’wa itu sendiri...itulah kelemahan kami berbanding senior kami yang diakui mempunyai da’wah effektif...

Teringatku pada usrah terakhir bersama naqibah kesayangan,kak Aisyah..dia menceritakan pada kami bagaimana seorang daie ini memperbaiki dirinya....

Alkisahnya bermula......apabila seorang daie ini mengadakan usrah.Ditakdirkan hanya dua orang muslim sahaja yang menghadirinya.Daie ini berfikir di mana silapnya...dirinya berkata “owh...mungkin amalanku belum mencukupi dan sangat sedikit”....maka dia yang sebelum ini membaca beberapa muka surat al-Quran dalam sehari,kini menghabiskan bacaannya untuk satu juzuk....keesokannya orang yang mengikuti usrahnya bertambah...maka dia perbanyakkanlah amalannya untuk hari-hari yang berikutnya dengan menambah bilangan halaman al-Quran yang dibacanya...Alhamdulillah,dengan izin Allah bilangan pengikut usrahnya juga turut bertambah dari sehari ke sehari.

Kesahihan cerita ini???? Wallahu’alam....

Sebagai seorang daie , amat penting untuk kita mendoakan kebaikan bukan sahaja untuk diri kita malah untuk mad’u kita juga.Kita harus bersikap optimis terhadap mereka agar sinar ketaqwaan bakal terpancar pada diri mereka pada masa depan dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui jika sekiranya mereka akan menjadi insan yang lebih hebat dalam perjuangan ini.Antara tugas kita..berdoa untuk semua...kerana hidup kita ni juga atas doa orang lain...dan ingatlah hadis sahih yang berbunyi :

DOA ITU SENJATA BAGI ORANG MU’MIN....

Tiba-tiba...sedang asyik aku berteleku di atas sejadah...aku teringat pada Omar yang masih berada di ruang tamu....Astaghfirullah,aku langsung terlupa mengenai Omar...Omar telah bersamaku selama hampir setahun...laptop pemberian mama dan ayah itu telah banyak menyumbangkan khidmatnya kepada diriku..aku melipat telekungku dan berniat untuk menyambung semula kerja yang telah tertangguh sebentar tadi hanya kerana sebuah mesej...yang begitu bermakna!!!

Thursday, May 28

a bAd pLAN???StAtS MaTtEr....













Tuesday...

7.30 a.m...Alaq arrived at my house quite early than expected.Ops..it was not quite early but VERY EARLY in the morning!I had not take my bath yet as I was still sweeping while she appeared in front of my house with her innocent smile.While I was dressing myself,she had an interesting chit chat with my mom(I guess..coz she always got me 'kantoi' on my past story for the whole day during our outing)

9.00 a.m...we went out from our house.Heading to our destination.Eagerly to start our mission.Praying to Allah..everything will be fine!

9.30 a.m...Reached at Bank Simpanan Nasional.Stepped to the entrance,Alaq paid her grandma's bill first.Then,after preparing all relevant documents,we met with the p.i.c at the inquiry counter.Next task...find the administrators!!!Owh..it seems so COMPLICATED for A SHEET OF PAPER!!!

....MISSION FAILED......

10.00 a.m.....we planned for the next actions to be taken.Choice of locations....

1)The Secret Recipe Restaurant
2)The Chicken Rice Shop
3)Sushi King Restaurant
4)Pizza Hut Restaurant

Results :

1)......FAILED......
2)......FAILED......
3)......FAILED......
4)......FAILED......

2.00 p.m....A new plan engrossed in mind.A BAD PLAN...

4.00 p.m....arrived at the target venue.TESCO SECRET RECIPE.Alaq and I acted as if we were the customers.I ordered a slice of blueberry cheese cake and chocholate latte while Alaq had her favourite choice of cake and drinks.

4.15 p.m....we opened our notebook and the stopwatch was started.Our spying began....for every customer comes...for every order they have...for every service they provide...it was all written in our data.

5.15 p.m...OUR MISSION PARTLY ACCOMPLISHED!!!!

Praise be to ALLAH..at least we did not waste our time on the road only searching for a suitable location to do our STATISTICS PORTFOLIO.We only got about 14th intervals at the restaurant and we planned to continue our observation on this Friday.At first this task seems so easy to handle.Besides teacher only gave us a sheet of paper that contains the instructions to conduct the research and after all there was no acknowledgement for us from college.At last we had to do the research without the 'permission' from the owner of the restaurant.Sorry,uncle!!!but we only sit and we did not disturb your customers...remember,we are also your customers!!!In Maslow theory,CUSTOMERS ALWAYS RIGHT!!!

p/s :my dear friends...don't take it easy and never have it procrastinate b'coz it's tougher than you thought!so let us finish it quickly!!!

Sunday, May 24

gOod lUCK????


GOOD LUCK @ ALL THE BEST is proper for a mosleem?

the scenario of wishing others with 'gud luck' always occur when there's an examination @ interview etc.What does gud luck means???if we look into its literal meaning, it means that we depend on our luck and may our luck is gud for what we undertakes.So,does it means that we don't believe in Allah as we believe in luck?

How about 'all the best'???When somebody wishes us with 'all the best',it seems that they are hoping the best from us and may we give the best for it, right?
But still they depend on Allah to give them the best for the result.

So,which one do you prefer? GOOD LUCK @ ALL THE BEST ?

Well..this is what we call 'TOK session'!!!

Friday, May 22

MaCaM-MaCaM LAr....

Alhamdulillah selamat jua aku menamatkan setahun pengajianku di KMB...huhuhu...Tinggal lagi setahun untuk ditempuhi..terasa masa berlalu dengan sangat cepat..teringat waktu mula-mula masuk dulu...diri ini sangat naif...berada di suatu tempat yang agak berbeza dengan sekolah lama...persekitaran yang berbeza...kawan-kawan yang lebih jauh berbeza..tetapi setelah setahun di sini..macam-macam yang telah aku belajar..disinilah aku belajar memahami erti Islam yang sebenar..disinilah jua aku merasai ukhuwah islamiyah...terasa sangat manis setiap pengalaman yang dilalui walaupun ada ketika ianya amat pahit..SubhanaAllah..itulah kuasa Allah pada setiap hambaNya..betapa cantiknya aturan hidup ini yang telah ditetapkan Allah...

Pelbagai kenangan telah terpahat dalam diari hidupku...ada yang best..ada jugak yang tak best..tapi yang tak best tu biasanyer akan memeningkan kepalaku yang comel ini..heehee..satu yang aku pasti tentang semua perkara yang aku lalui itu...itu semua merupakan tarbiyah dari Allah...setiap ujian yang Allah datangkan bukan semata-mata untuk meletakkan aku dalam kesedihan,kegelisahan atau kekecewaan...kegembiraan,keriangan dan pujian itu juga sebenarnya merupakan satu ujian buatku...Allah sentiasa akan menguji hambaNya untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan kita sebagai hambaNya..

"Maha suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan dan DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu.Yang menjadikan mati dan hidup supaya DIA menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (al-Mulk,1-2)

Pada suatu pagi...(beberapa hari sebelum exam SEM 2 bermula)..aku ke kelas cam biasa..minggu tu alhamdulillah i'm in a very good mood coz dah balik umah dah release tension..=)...aku rase cam de bende baru je bawah meja..tangan aku pun ligatlah mencari...then...after a few sec...sepucuk surat kutemui...daripada seorang anonymous ikhwah...ha...aku mang curious sangat2 nak tahu pe yang dia nak ni...setelah habis kandungan surat aku baca..tahulah aku bahawa diriku nampaknyer telah menjadi fitnah untuk segolongan kaum Adam di KMB...aku inform salah seorang sahabatku yang paling rapat denganku pasal surat layang tu..aku rase sangat2 bersalah terhadap ikhwah2 yang terlibat...walaupun aku tak pasti dengan fitnah yang dilemparkan tu...tetapi aku rase sangat2 sedih dan kesal jika hal tu telah menjejaskan perjalanan da'wah akhawat...kepada sahabat-sahabat seperjuangan,maafkan diri ini andai kekhilafan yang berlaku telah mengganggu da'wah kita...

Setelah aku mereflek balik diriku..memang kadang kala tanpa kita sedari,perkara yang bagi kita tak de pape..rupa-rupanyer mendatangkan kesan bagi pihak yang lain..dengan kehadiran surat tu,banyak yang telah aku belajar..terima kasih kepada pemberi surat layang tu walaupun sampai sekarang aku clueless tentang diri si penulis yang aku gelar 'sahabat prihatin' kerana dia seorang sahabat yang berani menegakkan kebenaran untuk sahabat-sahabatnya yang lain walaupun bagi aku lebih baik dia berdepan dengan aku untuk mengetahui kebenaran bukan sahaja dari sebelah pihak tetapi dari kedua-dua belah pihak.Bukankah itu lebih baik...

So..antara yang telah aku belajar....hehehe...biarlah ia menjadi perkara antara aku dengan Penciptaku sahaja...aku telah berjanji dengan diriku supaya tak lagi melakukan beberapa perkara untuk elakkan diri ini jadi fitnah lagi...banyak benda yang perlu aku perbaiki tentang kelemahan diri ini...

Pagi ini pula..telah datang satu lagi peristiwa yang telah tercatat dalam kamus hidupku...aku telah dirisik...orangnya memang seorang yang sangat baik bagi pandanganku...seorang muazzin...tapi seperti yang Allah telah wahyukan dalam surah al-Baqarah,218..

".......boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu , ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Agak scary jugak lar nak buat keputusan...aku minta kepada wakilnya untuk beri aku masa beberapa waktu untuk aku buat istikharah..meminta petunjuk dariNya untuk membuat satu pilihan yang tepat...bagiku ia masih agak awal untukku memikirkan mengenai hal ini..jadi,aku pun mintalah pandangan golongan yang professional tentang hal ini :

MAMA kata...."takpe kawanlah dulu..lagipun dia seorang budak yang baik..."

tapi Mama,dia bukan nak berkawan dulu,dia nak memetik terus ni...

ALAQ plak kata..."oh...how sweet!!!!"

mang la sweet..tapi pening kepala eden nak pikir ni...

K.AISYAH,kak naqibahku plak kata.."pikirlah yang terbaik untuk kebaikan diri sendiri.Bagi akak,ia cam agak awal..kerana TANGGUNGJAWAB KITA MASIH TERLALU BANYAK untuk diri sendiri dan agama but it's ok kalau dia sanggup setia menunggu."

huhuhu..betul cakap akak tu...

So keputusannya.......WALLAHUA'LAM..