Wednesday, August 5

TaHaJUD ciNTaku...

Ahad lepas,demam "H1N1"ku terasa mulai kebah.Alhamdulillah...bersyukur atas nikmat sihat yang bakal dikembalikan semula oleh Penciptaku kepada diri yang serba dhaif ini.Sewaktu aku keluar bersarapan bersama keluarga tercinta,aku sempat mendail alaq untuk memaklumkan kepadanya tentang pembatalan rancangan aku untuk turut serta outing ke bandar pada hari itu.Namun,seperti biasa alaq berjaya memujuk aku untuk turut serta bersama dia dan siti ke mahkota parade.

Walaupun badan terasa agak lemah,namun aku gagahkan diri untuk menyertai mereka bermain bowling...Allah telah meminjamkan sedikit kekuatan kepada diriku untuk terus bertahan sepanjang hari kami outing...Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya... Outing kami pada hari itu sememangnya tidak sia-sia.Seusai solat zohor di surau kompleks tersebut,perjalanan kami mengarah ke Kedai Buku Thai Kuang.MasyaAllah..di sana kami telah menemukan sesuatu yang sangat berharga..mutiara kehidupan..kami rambang mata untuk memilih buku para sahabat mana untuk dibeli memandangkan duit yang dibawa pada hari itu tidak mengizinkan kami untuk membeli kesemua buku yang berkenan di hati.Aku berhajat untuk membeli dua buah buku.Salah sebuah buku yang menjadi pilihanku berkisar tentang kehidupan sahabat Ali bin Abi Talib karya Abdul Latip Talib.Aku menapak ke bahagian novel untuk mengambil sebuah lagi buku yang tadi telah berjaya menarik hati ini untuk membacanya.Siti dan Alaq telah lama tenggelam dalam ketaksuban memilih buku-buku para sahabat.Manakan taknya,kebanyakan buku para sahabat yang ada di situ tak pernah kami baca lagi.Antaranya Abu Bakar as-siddiq, Umar al-khattab,Uthman affan,Ali bin abi talib,Khalid al-wali,Bilal bin Rabah,Ikramah dan beberapa lagi tokoh Islam terkemuka.

Sebaik tiba di destinasi yang dituju,aku terus mencapai novel karya Muhammad El-Natsir yang bertajuk TAHAJUD CINTA.Buku itu telah menjadi pilihanku beberapa jam sebelum kedatangan alaq.Ketika itu mataku ligat mencari karya-karya Ustaz Hasrizal dan penulis Best-seller Indonesia,Habiburrahman el-Shirazy.Tetapi malangnya kesemua karya kedua-dua penulis kegemaranku yang ada di situ telah aku baca.Aku terus memblek novel-novel yang baru di pasaran itu.Hatiku mengeluh kecil apabila kebanyakan novel tersebut tak menepati citarasa pembacaanku.Tiba-tiba hatiku terpandang sebuah novel.Tercatat di kulitnya 'NOVEL KEAGAMAAN'."Hmm...looks interesting!".Sebelum sempat aku mencapai noevel tersebut,Cik Siti datang menghampiri dan...."Tahajjud Cinta!!!",dia berteriak dan kemudian tergelak.PELIK!

"Hang dah bace ke buku ni?"...dalam sisa gelaknya,dia menjawab,"Belum lagi.Tapi de seorang ikhwah ni dah bace".Oh...no wonder la dia gelak.Lelaki pun ada yang baca novel ni.Menarik...Aku mengambil salah satu novel "Tahajjud Cinta" yang masih kemas berbalut dan menghayati sinopsisnya seketika.

.......TAHAJJUD.....



Sehari aku berhibernate atas arahan mama tercinta...dari pagi sampai malam..tiada gangguan luar yang akan aku terima.Semuanya gara-gara aku keluar semalam...huhuhu..aku tidak berkesempatan untuk menyertai conference pada malam tu yang diadakan akhawat sejati..panggilan telefon dan mesej dibiarkan sepi tanpa jawapan...Alhamdulillah,selepas hibernate sehari tu,demam aku terus hilang.Aku juga mengambil kesempatan waktu hibernateku untuk menghabiskan bacaan kedua-dua buah buku yang telah aku beli.Subhanallah..terlalu banyak ilmu yang dapat aku timba daripada novel "Tahajud Cinta" dan buku "Ali bin Abi Talib".Buku kisah sahabat tu membuatkan air mataku mengalir rindu kepada seorang kekasih, MUHAMMAD,utusan terakhir....kekasihku sepanjang hayat.Buku itu membuatkan aku rasa sangat dekat dengan insan agung pilihan Allah itu.Kehidupan Saidina Ali yang semenjak kecil bersama Rasulullah kadang-kala membuatkan aku cemburu untuk berada di samping baginda juga.Namun hatiku berbunga riang tatkala teringat sebuah kisah yang dikirimkan kepadaku melalui sms...


Pernah satu ketika sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat,tiba-tiba bergenang air mata baginda S.A.W.Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tak mereka senangi di wajah Rasulullah.Bila ditanyakan Abu Bakar,baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang disebut ikhwannya.Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah S.A.W.,"Bukankah kami ini ikhwanmu?",Rasulullah menjawab,"Tidak,kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka..."


Adakah aku antara ikhwan yang drindui itu???
Adakah aku antara mata rantai perjuangan baginda???
Adakah aku benar-benar berjuang di atas jalan Rasulullah???
tapi sunnah baginda tak semua yang aku amalkan....
Apakah sebenarnya sikap aku terhadap kekasih Allah itu???
aku mengakui baginda kekasihku tapi...

Novel "Tahajud Cinta" pula mengingatkan aku tentang kekasih keduaku,Sultan Muhammad al-Fateh.Tambahan pula,pendukung utama novel tersebut bernama Fatih.Fatih dalam "Tahajud Cinta" menjadikan tahajud sebagai satu kemestian dalam hidupnya.Dia dapat mengharungi dugaan yang datang menimpa diri dengan sangat tabah berkta tahajudnya saban hari.Al-FATEH yang kukenali juga seorang pemuda yang tak pernah meninggalkan tahajud semenjak kecil.Walaupun dia seorang yang sangat nakal sewaktu kecil, namun kerana satu sebatan rotan dari sang murabbi menjadikan dia seorang yang berdisiplin dan pada akhirnya dia menjadi seorang sultan yang sangat hebat.Memimpin sebuah negara yang hebat dengan rakyat dan tentera yang hebat.Peribadi mulia Sultan Muhammad al-Fateh yang terbentuk daripada cara hidupnya yang mengutamakan solat dalam kehidupan.Dialah insan yang disebut Rasulullah yang bakal menakluk Kota Constantinopole.Tokoh Islam ini juga menjadikan tahajud sebagai satu kemestian semenjak dia kecil.

Kedua-dua kekasihku menjadikan tahajud sebagai satu kewajiban dalam kehidupan.Bagaimana pula dengan diriku??? Mampukah aku meraih kasih kekasihku dan kasih Penciptaku tanpa kewajipan tahajud itu??? Susahkah bagi diriku untuk bangun pada setiap malam hari memohon cintaNya??? Mampukah aku untuk melawan nafsu yang ada dalam diri untuk menggagahkan diri berteleku di atas sejadah cintaNya??? Tidakkah aku rasa tenang apabila berdua-duaan denganNya???

Kelebihan tahajud sangat banyak.Aku sedar itu...Ketika tahajud,nafsu dapat ditundukkan.Kerana ketika awal penciptaan nafsu dulu,nafsu sangat degil sehinggalah ia menjadi lemah apabila Allah meletakkan ia terlalu lama di tempat yang tiada makanan dan tempat yang terlalu gelap.Manusia selalu kalah dengan nafsu sendiri terutama apabila didorong oleh syaitan-syaitan jahat yang berada di sekeliling.Pada waktu gelap malam hari inilah,nafsu akan menjadi lemah.Kita akan tunduk pada Pencipta kita dengan sepenuh rasa kehambaan kerana ketika itulah komunikasi kita dengan Allah terasa sangat dekat.Sehinggakan dapat terasa belaian rahmat dan kasih-sayangNya mengusap sanubari iman.

InsyaAllah..sempena nisfu sya'ban ini,aku bermohon agar aku dikuatkan Allah untuk menjadikan tahajud itu juga sebagai satu kewajipan pada diri.Itulah mukadimah azam untuk buku amalanku yang bakal dibuka Maghrib ini.Ya Allah,hambaMu yang lemah ini bermohon.....

No comments: