Sunday, February 14

Aku Hairan...


“Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia menjdai begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?”
-m/s 1, Muqaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran oleh Syed Qutb-

Pandangan tokoh Islam terkenal itu sedang aku rasai sekarang. Semakin aku mengenali Islam semakin terbuka mata hatiku melihat Jahiliyah. Terutama apabila melihatkan rancangan ujibakat seperti ‘So You Think You Can Dance’ dan ‘Akademi Fantasia’. Aku hairan adakah mereka sudah hilang rasa malu sehingga sanggup membiarkan diri mereka ditertawakan di hadapan khalayak tambahan pula di hadapan lensa kamera yang sudah pasti disaksikan berjuta-juta penonton.

Terdetik di hatiku,“Betapa kasihannya mereka…”

Aku kaget mengapa mereka sangat bangga dengan segala apa minat dan cita-cita mereka yang sangat kerdil itu. Atau mungkin mereka tidak menyedari bahawa matlamat mereka itu adalah matlamat dalam satu kitaran b*d*h. Satu kitaran yang tiada pasti penghujungnya. Seperti mereka yang mempunyai matlamat hidup untuk mencapai kesenangan dan kemewahan, setelah berjaya mencapai matlamat tersebut, apakah yang akan mereka lakukan seterusnya? Mencari lagi kemewahan? Menambah lagi kesenangan? Sampai bila? Sampai jasad ditelan bumi? Atau mungkin sehingga habis kesenangan dan kemewahan yang ada di muka bumi ini?

Betapa rapuhnya matlamat sebegitu.

Mereka begitu bangga dengan segala pengetahuan Jahiliyah yang mereka miliki. Mereka begitu taksub dengan Jahiliyah tersebut sehingga tidak melepaskan peluang untuk menambah koleksi Jahiliyyah yang ada. Mereka mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka sedang berada dalam satu kekotoran yang nyata. Mereka berasa seronok dan bahagia sedangkan yang bahagia dan seronok itu adalah jasad mereka tetapi hati mereka sakit dan sengsara.

“ Masalah umat…”, kata-kata yang selalu kuucapkan dan selalu juga dianggap sebagai mainan tetapi itulah kenyataannya.

Seorang ikhwah pernah mengatakan aku taksub dengan Maher Zain dan seorang akhawat menyatakan hal yang sama. Tidak. Aku tidak taksub dengan orangnya tapi aku begitu terkesan dengan lirik lagunya. Sampai ke hati. Mungkin disebabkan penyampaian dia melalui hati juga. Jahiliyah itu boleh berlaku jua apabila kita terlalu taksub akan seseorang sehingga mengikuti setiap perkembangannya dan membeli apa sahaja barangan yang berkaitan dengannya.

Jahiliyah di mana-mana.

Oleh itu, kader-kader dakwah…marilah kita bergerak..memasang strategi…hapuskan Jahiliyah!

Say NO to JAHILIYAH…(^_^)

12 comments:

mfazli said...

maka mari semua sama2 jadikan post ni sebagai titik putus antara dunia kita dgn dunia jahiliyyah!

:)

Akmal Hayat said...

semangat tak mudah putus asa sprti peserta2 "so you think you can dance" kalo ada dalam setiap diri seorg daie, iA UA dpt dicapai dgn singkat..

dan kadangkala aku juga terfikir jika kita mampu salurkan semangat org2 seperti itu ke arah yg sebaiknya..psti lebih baik kan?
:D

Amin Rox said...

kanak2 sekarang terlalu byk terdedah dgn unsur yg tak sepatutnya. tambah2 dengan ada astro, internet n len2. kdg2 terfikir, apa pula akan terjadi kepada generasi akan dtg? generasi kita pun tak tentu hala. Semoga sama2 kita memelihara ahli keluarga kita.

Maher zain?? sy sukalagu Open your eyes. lagu dan lrik yg penuh bermakna. ^_^

tulip putih said...

thumbs up!!

sayonara jahiliyyah~~


ku berfikir2 juga seperti ini setiap kali mata memandang kaca tv, atau ape2 jua media massa y penuh dgn unsur hedonism.


bila manusia kembali kepada kanak2....hmmmm..

jom tarik mereka2 ntok kembali kepada matlamat penciptaan sebenar..
insyaAllah

ayuh, pasang strategi...

=D

nadhirah said...

betul..
mari tingkatkan usaha membangunkan ummah yang sedang tidur ini!

...zUlaIkHA... said...

to mfazli...

yea..mari!!!insyaAllah kita sekarang sedang menjadi pemerhati Jahiliyah dan bukan pelaku Jahiliyah...

pemerhati yang sedang merancang..(^_^)

...zUlaIkHA... said...

to akmal hayat...

betol tu...teringat hadis logam..

"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa islam, sekiranya mereka faham." -sahih Bukhari-

Jadi kita yang perlu bergerak untuk membuatkan mereka faham..(^_^)

...zUlaIkHA... said...

to amin rox...

yup..sama-samalah kita pelihara ahli keluarga kita dengan membina baitul muslim...

dimulai dengan pembentukan individu muslim dahulu..(^_^)

...zUlaIkHA... said...

to tulip putih...

ayuh...kita sepakat pasang strategi ke arah penghapusan jahiliyah...

btw..saye dah ley g daurah!!!jumpa kamu d sane yea...misz u!!!

bersama-sama kita menambah baik kualiti seorang muslim..(^_^)

...zUlaIkHA... said...

to nadhirah...

yea..jom!!!walaupun kita berada di tempat yang berbeza namun misi dan matlamat kita tetap sama...

nadhy..memang kita perlu bangunkan umat yang sedang tidur ni..matahari dah meninggi..mereka tak bangun2 lagi..keadaan umat islam semkain parah..

jom kejutkan mereka...awak di sana dan saya di sini...(^_^)

tulip putih said...

cik aziani,

bukan ke aritu di masjid petaling kita dah jumpe..hihi..
tula, pelik jugak awak ade..
x, i mean, awak bleh dtg..
(coz b4 this, pena tulis kt blog kan, x dpt dtg daurah dah after this)

ingat nk tnye, tp terlupa pulak, bila dah jmpe cerita mnde laen dah..
=D.n focus pd pengisian daurah..hehe..=D

p/s- nt ajak nadzirah lagi yer! hehe..=D

send my regards to sisters kmb..^^

...zUlaIkHA... said...

to tulip putih...

aah..agak ar..wktu tu mgkin kita sibuk wat reunion dak2 kisas d sana kowt..huhu(^_^)

nway..semua tu berlaku dengan kuasa Allah sye pat g daurah..

insyaAllah che' nadzirah akan diajak lagi...

insyaAllah sye akn sampaikan ur regards...(^_^)

till we meet next daurah..t8 care k!