Tuesday, June 15

Bola…bola…bola…




“Aduhai…nampaknya sebulan ni dok dalam bilik je la tiap2 malam…mana taknya dua penyokong kuat FIFA WORLD CUP sudah pulang ke rumah…”

“Apelah yang diorang dok asyik kejar sangat bola tu,beli je la bola lain kat kedai..lagi banyak, tak yah susahkan diri nak kejar dan berebut bola yang satu tu…”

“Isy..membazir masa lah..dok berjam-jam tengok pemain-pemain tu berlari ke sana ke mari..”

“Tak fahamlah..ape yang seronok sangat tengok orang kejar bola ni???...”


Di atas merupakan antara rungutan diri ini tatkala musim bola dah tiba…

Bukanlah ana katakan begitu kerana ‘biased’..ana juga peminat bola..ana tonton juga..tapi ana tonton keputusannya sahaja selepas habis perlawanan..tak de lah ana duduk menghadap TV tonton perlawanannya…bolehlah dikira peminat juga kan???(^_^)

Mengambil pelajaran daripada permainan bola ini..
Ana dapat melihat pemain-pemainnya begitu FOKUS terhadap GOAL mereka. Mereka
merancang strategi untuk MENANG!!!

PADANG BOLA diibaratkan sebagai PENTAS KEHIDUPAN

TRAINING@PRACTISE diibaratkan sebagai TARBIYYAH CABARAN/UJIAN

PEMAIN BOLA diibaratkan sebagai MUSLIM

BOLA diibaratkan sebagai AD-DEEN

PEMAIN LAWAN diibaratkan sebagai MUSUH ALLAH (SYAITAN) @ NAFSU

GAWANG GOL diibaratkan sebagai MARDHATILLAH

PIALA DUNIA @ ‘WORLD CUP’ diibaratkan sebagai SYURGA

 Dipendekkan cerita….
Permainan bermula apabila wisel ditiupkan.Di atas PADANG BOLA, kelihatan seorang PEMAIN BOLA menggelecek BOLA yang satu itu dengan penuh style dan versatile , penuh strategi berjaya melepasi halangan PEMAIN LAWAN hasil TRAINING@PRACTISE yang dijalani sebelum ini. Akhirnya kedengaran sorakan dan jeritan “GOL!!!!!”, apabila PEMAIN BOLA tersebut berjaya menjaringkan sebuah jaringan ke dalam GAWANG GOL. Di akhir perlawanan, PEMAIN BOLA berjaya menjulang PIALA DUNIA yang diidamkannya.

(Diadaptasi daripada kisah seorang PEMAIN BOLA yang unggul)

Mengikut pandangan ana, Allah telah menekankan dalam KitabNya yang mulia bahawa kehidupan kita di dunia ini bukan main-main..kita perlu FOKUS pada MATLAMAT (MARDHATILLAH) yang ingin kita capai sebagai MUSLIM..kita perlukan TARBIYYAH UJIAN DAN CABARAN untuk menguatkan ketahanan iman dan takwa untuk terus bertahan membawa dan menegakkan AD-DEEN…satu-satunya agama Allah yang haq di atas muka bumi ini…juga untuk menghadapi MUSUH ALLAH sepanjang kehidupan ini..insyaAllah di penghujungnya…kita akan di anugerahkan SYURGA apabila kita termasuk dalam golongan yang BERJAYA…golongan yang selalu Allah sebut-sebutkan dalam Al-Quran al-Karim…

InsyaAllah…(^_^)

p/s : Kepada sahabat-sahabat yang hendak menunaikan umrah musim cuti ni, ana ucapkan selamat menunaikan umrah! Mohon sampaikan salam rindu ana buat kekasih Allah yang ana rindui selalu...(^_^)

12 comments:

Amin Rox said...

haha, ingatkan peminat no satu bola.. tajuk dah mantap dah.
Anyway, sy kureng bola2 ni. Tapi bila orang ajak men futsal layan je.
ehehe.

Tgk bola bagus untuk isi masa lapang, tapi jika lagha len pula jadinya, sampai tido lewat malam, better buat tahajud sekali. hehe.

Ya2, pengajaran terbaik ialah fokus untuk mencapai kemenangan dan juga teamwork. Jika inilah yg sering diterap. Mantap kot.
^_^

...zUlaIkHA... said...

to amin rox...

yup..tol tu..

ape yang penting???
KERJASAMA!!!!
(cam Wonderpet)

selalu jugak tgk pemain satu team bertelagah sesama sendiri,marah satu sama lain....

tp satu la yg ana xfaham..sesetengah peminat bola ni suke tengok bola tapi bile soh main..hurmm kurg sket ek minatnyer?(^_^)

~AiSyA HuMaiRa~ said...

salam ziarah ukht..

ana xminat bola...dan sentiasa musykil dgn kehebatan kesannya kepada umat manusia..hehe

Dear Yayien said...

saLam ira!!! miss u!! hehe..
dsebbkan demam boLa skg~
ak pon xdapt nak tgok tb wktu maLm..
kene tukar aktvti len plk~hahaa

crixerity said...

menendang ad-deen?
adeh...
apapun, menarik juga... :)

Amin Rox said...

biasala tu. ramai kalo suruh men game PC no satu, tapi men tak terer. Yg kaki bangku pun ada gak :D
Ikut orang la.. hehe

...zUlaIkHA... said...

to aisya humaira...

kesannyer ana pun xtaw...
tp ana suke tgk formation ntok player atas pdg yg dyorg wat...(^_^)

to my dear yayien...

agak la..skrg ni sleeping time dah dipercepatkan..(^_^)

to crixerity...

bukanlah mksudnyer menendang bola same dgn menendang ad-deen..mksudnyer kat situ bagaimana pemain tu handle bola tu once bola tu dh dapat pd dye...(^_^)

to amin rox...

memang pown...(^_^)

atik said...

bola again..one thing yg atik perasan..bola can unite people,tp yg bad things ialah bola boleh melalaikan kite..tambahan bile bola yg kol 7 mlm tue..xde iklan,buatkan org melambat2kan solat mghrib..ramailah kite tgk di kedai2 mamak..sedih kirenye solat ditangguhkan kerana bola..ngee~~~
beb,xsabaq nk jumpe hg mase JOM nnt!!!yeehaa~~~

...zUlaIkHA... said...

to atik...

hahha..dats rite!!!

xsabaq gak nk jumpa hg....weee
(^_^)

Yard said...

analogi yg menarik...

kalau bola(addeen) itu tiada..
maka pemain(sume manusia) hanya akan ddk di bangku simpanan(menunggu hari kematian) tanpa di isi dgn skil2 terbaru(amal2 yg baek)

ha3.. mcm tahpape je analogi nh

...zUlaIkHA... said...

to yard...

hurm..kalau camtu baik takyah de perlawanan terus kan?ke camne?
huhu...papepown setiap manusia sedar je hidup ni perlu ada matlamat@GOAL..(^_^)

Hidayatullah said...

Perhatian.. Blog anda kini dalam pemerhatian budak2 KMB..hampir semua blog kmb-ians batch 08-10 ada dalam nh. so rajin2 la update blog anda untuk brada di tangga tratas..hua3

http://ib-08-10.blogspot.com/

p/s:kalau xske blog anda dipamerkan.. boleh bgtau saya dlm chatbox belah kiri blog.atau nk edit url pon bgtau kat dalam 2..atau nk tambah url blog kwn/anda..kat dalam 2 pown bleh bubuh..hu2