Pages

Sunday, August 22

Diari RamadhanKu...(Part 4)

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Wah..subhanaAllah..lama jugak dah tak menulis dalam diari ramadhanku ni..
Ha..yang sebenarnya tak berkesempatan untuk online sejak beberapa hari ni..

Melakukan kerja dakwah yang lain...iaitu...membantu ibu membuat kuih di siang hari!!!
Menolong ibu juga satu cabang dakwah kan???

So,sebelum meninggalkan tanah air tercinta ni..
(wah..nada patriotik!takpe...hubbul watan minal iman : cintakan negara sebahagian daripada iman juga..(^_^))...
mestilah kena bertambah semangat lagi untuk membantu parents kan?

Hurmm..actually buat kueh raya ni banyak mengajar untuk mengenali lebih lagi erti kesabaran dan kepenatan..tapi penat-penat buat kueh raya,penat lagi berdakwah..tol tak? Ke tak betol?
Dakwah dipandang sebagai sesuatu yang MENGERIKAN ikut persepsi masyarakat sekarang, especially bila ada anak yang involve dalam kumpulan2 ni, parents akan mula syak yang bukan2..sedangkan erti Dakwah itu yang sebenar membawa maksud 'menyeru/mengajak ke arah kebaikan'...

"Apabila Allah menginkan kebaikan bagi seseorang...Allah akan memberikannya kefahaman dalam ad-deen..." -Hadis Shahih Bukhari dan Muslim-


Ok..atas permintaan ukht Liyana..maka inilah hasilnya selama aku berhibernasi daripada dunia siber ini...

































Huhuh...alhamdulillah dapat la wat sket2 dulu ni..hurmm..nak taw resepinyer...
Tapi resepinyer akan diberikan tak mengikut timbangan tau,ikut cawan...cawan yang biasa digunakan ntok minum teh tu...(^_^)

BISKUT SARANG SEMUT...

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula halus (gula kasar yang telah dikisar)
1 camca teh esen vanila
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan marjerin
1/2 camca teh baking powder

Cara-caranya :

Pukul marjerin, gula halus dan telur sehingga kembang.Then boleh la masukkan esen vanila dan baking powder. Kemudian masukkan bahan-bahan tepung dan gaul sehingga sebati. After that, parut adunan tadi dan masukkan dalam cup yang cantik dan comel! Taburkan chocolate rice dan bakar hingga masak! Pastikan warna kueh tu keemasan sket before angkat..tapi ingat, jangan sampai jadi coklat!tu maknanyer dah hangus la tu...(^_^)

Ha..lihat hasilnya..biskut ni dinamakan Sarang Semut coz parutan tu nampak macam sarang dan chocolate rice di atasnya nampak macam semut..tapi boley je kalau nak tabur colour rice..cuma nanti biskutnya akan nampak seperti sarang semut yang berwarna-warni!!!(^_^)

Terlanjur ada kelapangan ni...boleh la tulis sekali resepi ntok biskut semperit jugak...

BISKUT SEMPERIT...

Bahan-bahan :
4 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 senduk tepung kastard
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur (pastikannya kuning sahaja,putih telur hanya mengeraskan adunan)
2 senduk marjerin
1 camca teh serbuk pewarna (sebarang pewarna yang disukai)

Cara-caranya :
Pukul marjerin,telur dan gula halus hingga kembang. Masukkan serbuk pewarna dan gaul. Kemudian masukkan segala tepung yang ada dan gaul lagi hingga sebati.Ha..then cuba rasa adunan tu..lembut ke tak..kalau dah agak-agak lembut tu boleh la ambil acuan semperit dan tekan...bab tekan-menekan ni yang sakit coz ia memerlukan kekuatan tangan...kemudian potong dalam 2 inci macam tu panjangnya..then bakarlah hingga masak! Waktu nak masukkan kueh dalam bekas nanti berhati-hati tau,coz kueh semperit ni amat sensitif dan rapuh..so kena gerakkan sket kueh tu atas dulang instead of angkat terus...oh,lagi satu..sewaktu sesi tekan-menekan nanti,cover dulu adunan yang lain supaya tak kena angin..coz bila dah kena angin, adunan tu boleh mengeras dan menyukarkan lagi untuk menekan...ha..tapi bila adunan tu dah susah untuk ditekan,boleh la sapu marjerin lagi sikit untuk melembutkannya semula...(^_^)

Ha..see..kita boleh guna pelbagai serbuk pewarna ntok kueh ni..ni guna serbuk pewarna hijau n kuning...

So..HAPPY TRYING!!!(^_^)

Friday, August 13

Diari RamadhanKu...(Part 3)

HARI KETIGA

ALHAMDULILLAH...dalam berpuasa pada hari ketiga ini,Allah memberikan aku kesempatan untuk berada pada banyak tempat untuk satu hari ni...selain berada di depan laptop:)
Nampak macam busy hari ni tapi sebenarnya tak layak pun nak claim kita busy coz Allah lebih lebih lagi busy..

"Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadanya.Setiap waktu dia dalam kesibukan."-ar-Rahman,29-

DI KEBUN MINI MAMA...

Alhamdulillah...pada pagi ini aku dan Mama sama-sama membanting tulang membersihkan kebun mini milik Mama depan rumah yg luasnya sekangkang kera je pun...(^_^)
hurmm..nak bercerita mengenai kisah signifikan pada pagi tu..ditakdirkan Allah, jiran sebelah rumah aku yang baru kehilangan suaminya pun berada di luar jugak,sedang menyidai baju....
maka tercetuslah satu perbualan yang menarik antara aku,Mama dan Makcik...
sehinggalah muncul satu khabar yang tidak enak didengar...
Persepsi terkini masyarakat setempat..."Ah,kalau tak solat pun senang je mati!"

Astaghfirullah...adakah begitu sekali pandangan umat akhir zaman yang memandang enteng soal agama terutama ibadah yang merupakan perintah daripada Allah?
Benarlah kata-kata seorang murabbiku, masyarakat kini meletakkan Islam hanya pada perkara yang berkaitan ibadah bukannya menjadikan Islam itu cara hidup mereka.
Di manakah bukti laungan "ISLAM IS THE WAY OF LIFE"?
Adakah selama ini kita solat hanya semata-mata untuk mati dengan mudah dan senang?

Astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirullah...

Merenung kembali ke dalam diri..mungkin aku juga selalu melakukan sesuatu ibadah untuk melepaskan diri daripada seksaanNya atau pabila merasakan ibadah itu perlu sahaja...dan bukan untuk mendapat redhaNya(-_-)

DI KLINIK DR. RAHIMAH...

Alhamdulillah...sekali lagi Allah memberikan aku satu pengalaman yang berharga. Berbual-bual dengan Dr. Rahimah,seorang doktor wanita yang berfikrah, memberikan aku satu pandangan baru yang dilihat daripada sudut dimensi berbeza mengenai profesion yang bakal aku ceburi. Benarlah seorang DR. itu bukan sahaja seorang doktor tetapi seorang Daie Rabbaniyah...
Teringat kisah yang diceritakannya...kisah ni berlaku waktu dia dalam government service..dia baru sahaja beberapa hari melakukan pembedahan ke atas seorang mayat yang berbangsa India..kemudian ketika dihidangkan lauk daging masak kicap untuk satu makan tengahari, dia tak dapat nak makan coz lauk tu membuatkan dia terkenang mayat yang dibedahnya itu...huhu..tu yang dia nasihatkan,"KUATKAN DALAMAN!".

DI MELAKA SENTRAL...

Tengahari tu,adik telefon..minta ambil dia di stesen bas,baru pulang dari asrama.. Dalam keadaan tergesa bersiap coz dia dah tunggu kat sana.So, bila sampai je..tak nampak pun dia.Ok..tak pe..masih boleh bersabar..berabad lama juga la tunggu kat situ dah bley jadi statue agaknya,nak tinggalkan kereta pergi cari dia xboleh plak coz nnt kena saman...Tiba-tiba seorang remaja perempuan datang menghampiri...
"Akak ni..akak kepada Aziani kan?...aku mengangguk..
"Aziani ada kat dalam,tengah shopping!"
"Tengah shopping!!!"..lorh..tadi dia jugak yang beria suruh aku datang sepantas kilat..
Fuh..naseb bek puasa..xjadik nak marah...owh,kalau tak puasa boleh marah la eh?camtu ke?
Huhu..xboley2..time ni la nk praktis apa yang pernah aku sampaikan...(^_^)

DI TEMPAT KERJA KAKAKKU...


Wah...gawat ni!!!Daripada pagi tadi kakakku tak habis2 memperkatakan tentang orang yang disuspek meragut handsetnya beberapa minggu lepas...sewaktu aku menjemput dia di tempat kerjanya ketika break time..sebaik-baik sahaja dia memasuki kereta,terus dia memberitahuku tentang apa yang telah dilihatnya hari ini.
"Angah,Along rasa Along dah dapat orang yang curi tu!Dia pusing2 dengan motor dia kat sini tadi",kakakku mengadu...
"Owh..maknanya Along dalam bahaya ni!"..mengenangkan kakakku tidak pernah mempelajari mana-mana seni mempertahanankan diri...terutama bila kes jenayah di kawasan aku ni meningkat...baru-baru ni sahaja keluar berita seorang budak yang nak pergi ke sekolah hampir diculik di hadapan rumahnya sendiri...

Hurmmm..ingat tak kisah puteri Rasulullah dengan semalu?Rasulullah kata wanita tu ibarat semalu..antara ciri pohon semalu yang patut ada pada seseorang wanita ialah 'berduri' supaya wanita itu selamat!InsyaAllah..(^_^)
So penting jugak untuk kita ada ilmu mempertahankan diri...disamping Allah yang sentiasa menjadi pelindung kita!


Diari RamadhanKu...(Part 2)

HARI KEDUA...

Semangat Syabab, Hikmah Syuyukh...(Klik Sini)

Bersyukur sangat dengan usia yang telah Allah kurniakan. Waktu tarawih tu, melihat mak cik-mak cik yang sudah berumur mengalami kepayahan untuk meneruskan rakaat memberikan aku satu ibrah yang sangat berharga. Betapa perlunya untuk memanfaatkan masa muda ini sebaiknya. Ha...kalau boleh bila dah fly nanti, apa kata kalau kita pergi ziarah Baitullah, menunaikan haji dan umrah, sementara tenaga remaja ni masih ada dan selagi tulang-belulang ni masih kuat untuk melakukan ibadah dengan sihat dan kuat serta bersemangat, sebelum menziarahi tempat2 lain.(^_^)


Jom Belajar Tajwid....(Klik Sini)

Selepas tadarus malam kedua ini,aku mendapat panggilan daripada seorang sahabat bertanyakan hukum tajwid. Hurmm..tidaklah hebat sangat dalam berhukum ni,tetapi insyaAllah akan membantu selagi mampu. Jom kita sama-sama belajar tajwid nak? (^_^)




Semangat Pemuda....



Kebijaksanaan Kaum Tua...

Wednesday, August 11

Diari RamadhanKu...(Part 1)

HARI PERTAMA....

ALHAMDULILLAH...Akhirnya siap jugak Checklist Ramadhan aku!Yeay, nampaknya lebih bersemangat lagi untuk menunaikan ibadah puasa dalam bulan ini. Untuk design Checklist Ramadhan aku pada tahun ini, aku buat ala-ala IB gitu. Dalam checklist tu disertakan sekali points yg akan aku perolehi jika aku berjaya melakukan sesuatu perkara tu dan points tu ditentukan berdasarkan cabaran dan tahap kesukaran/kesusahan untuk melakukannya,atau dengan kata lain tahap kemalasan untuk melakukannya coz x biasa buat sebelum ni.At the end of this month,DIPLOMA RAMADHAN WILL BE AWARDED IF I PASS THE TOTAL RAMADHAN POINTS!Wah..nervous2! Owh..tak lupa gak BONUS RAMADHAN POINTS will be 'Weight Loss in Kg',tu baru nampak puasa..kalau berat maintain gak atau makin bertambah tu maknanyer hentam masa berbuka la tu kot..(^_^)
Ayuh berjuang!!!Chayyok!!!




ALHAMDULILLAH...Allah memberikanku kesempatan untuk menunaikan solat sunat tarawih pertama bersama keluarga tahun ini. Rasa sangat seronok apabila semua ahli keluarga kecoh bersiap untuk ke surau selepas maghrib malam tadi. Terasa macam di pagi raya pulak...especially bila melihat Kak Longku mengenakan baju raya tahun lepas yang 'grand' untuk ke surau.Begitu sekali sambutan Ramadhan oleh kakakku.(^_^)


ALHAMDULILLAH...Allah juga memberikan aku kesempatan untuk join program Tadarus al-Quran di surau selepas solat tarawih. Rasa agak kekok pada awalnya memandangkan aku seorang je girl dalam kelompok ladies malam tadi. Hurmm..de jugak kesilapan yang tidak aku sedari dalam bacaan Quranku selama ini. Aku tak menebalkan dengung untuk 'wajibul ghunnah'...kiranyer macam tak cukup dengung la apabila sampai pada mim dan nun syaddah.Dan perkara paling gembira sekali waktu tadarus malam tadi ialah apabila sampai je turn ntok aku baca,Allah berikan aku ayat tentang 'fastabiqul khairat','sibghatullah' dan 'ummatan wasota'.Best sangat!!!(^_^)


ALHAMDULILLAH...Allah memberikan semula penghidupan kepadaku serta ahli keluarga yang lain untuk kami bersama-sama mengikut sunnah Rasulullah,bersahur pada pagi tadi. Mama buat sup ayam untuk sahur hari pertama puasa ni. Sedap!

INNALILLAH...Waktu aku dan keluarga sedang bersahur,Mama dapat satu mesej. Mama diberitahu tentang kematian seorang jiran. Al-Fatehah untuk Pak Cik Hasan yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Melaka. Kematian akan menjemput kita bila-bila masa sahaja without warning! Banyak juga berita kematian orang dekat yang aku terima sejak akhir-akhir ni. Beberapa minggu yang lepas,aku kehilangan jiran sebelah rumah,Pak Cik Talib yang selalu bagi makan Ecot,kucing kesayangan adikku...Beberapa hari yang lepas, aku kehilangan jiran belakang rumah, Pak Cik Zack yang selalu mengejutkan aku di pagi hari dengan bunyi keretanya untuk pergi berniaga...Dan hari ini, aku kehilangan jiran depan rumah, Pak Cik Hasan yang selalu bantu 'repair' basikal aku...(-_-)Semoga mereka ditempatkan dalam golongan orang yang soleh atas kebaikan-kebaikan yang telah mereka lakukan semasa hayat mereka...InsyaAllah.

Saje nak share...
According to Herzberg theory,there are two factors that affect our motivation; motivator and hygiene factor. Klu zaman kanak2 dulu, kita akan selalu disogokkan dengan wang untuk menaikkan motivasi supaya kita bersungguh-sungguh puasa tapi kalau zaman remaja ni,tak boleh la kalau still nak upah puasa lagi,tol tak?

So pendekatan seperti 'hygiene factor' ni lah masih lagi boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi memperbanyakkan ibadah dalam bulan ni...
Ha...antara contoh lain ntok hygiene factor ni aside financial,ialah bilik yang kemas,bersih dan selesa. Bila kita rasa selesa nak beribadah dalam bilik kita tu,insyaAllah akan timbul keinginan untuk melakukan lebih banyak ibadah lagi especially bila kita bersendirian.Wah,bestnyer dapat 'dating' berdua-duan dengan Allah lama2 plak tu!
Lepas dah abis kemas bilik tu,if possible letaklah potpuri atau semburkan sedikit haruman dalam bilik tu...
Islam tu kan suci dan bersih....(^_^)

Sebelum menutup post ntok 1 Ramadhan 1431H ni,teringat kata-kata azimat daripada Ustaz Fadhil;

" MUKMIN YANG BIJAKSANA TIDAK AKAN MENGGADAIKAN KEHIDUPAN YANG KEKAL UNTUK KEHIDUPAN YANG SEMENTARA!"


Alhamdulillah...InsyaAllah bebrape minit lagi nak masuk waktu berbuka di Melaka.Selamat berbuka puasa semua!!!(^_^)Penat puasa di bulan Ramadhan berbeza dengan penat puasa dalam luar bulan Ramadhan kan...

Bila Saya Marah!!!




Bila saya marah...lebih baik bagi saya untuk berdiam kerana jika saya bersuara maka kata-kata yang akan keluar adalah daripada api kemarahan saya dan itu akan membuatkan situasi menjadi lebih tegang dan buruk.

Bila saya masih marah...dengan secara automatiknya, air mata saya akan mengalir kerana saya geram tak dapat untuk meluahkan rasa marah itu...
hakikatnya air mata itu mengalir kerana kekalahan saya tidak dapat mengawal marah itu.

Astaghfirullah. Apabila kita masih bernafas di atas muka bumi ini, itu maknanya banyak lagi tanggungjawab dan hak yang perlu dilunasi. Kadangkala konflik dalam sesuatu hubungan benar-benar menguji kesabaran. Antara ibu dan anak, kakak dan adik, teman dan teman dll. Apabila tahap kesabaran telah dilepasi maka tercetuslah kemarahan.
Kita semua hanyalah insan biasa dan sudah semestinya pernah mengalami keadaan ini.


Hurmmm..pernah dengar tak kisah Abu Bakar r.a. mengenai marah?
Saya baca kisah ni dalam buku Peribadi Muslim karya Muhammad Al-Ghazali dalam bab Adab Bercakap. Saya baca buku ni beberapa bulan yang lepas, jadi kemaafan dihulur terlebih dahulu kerana kisah ini terpaksa ditulis dalam versi yang masih saya ingat lagi...(^_^)

Pada waktu tu,beberapa sahabat termasuk Abu Bakar r.a. sedang ber'meeting' dengan Rasulullah. Abu Bakar sedang duduk bersebelahan Baginda ketika seseorang telah membuat Abu Bakar marah. Pada kali pertama, Abu Bakar berjaya menahan marah. Tetapi orang itu masih membuat Abu Bakar marah pada kali kedua. Sahabat Nabi itu masih lagi dapat menahan amarahnya. Namun masuk kali ketiga hamba Allah itu membuat Abu Bakar marah, kali ini Abu Bakar tidak berjaya menahan marahnya. Pada saat itu juga, Rasulullah bangkit daripada tempat duduknya.
Abu Bakar bertanyakan hal itu kepada Rasulullah, "Mengapa kau bangkit,ya Rasulullah?".
Rasulullah menjawab, "Pada saat kau sedang menahan marahmu,malaikat sedang duduk bersama dan merahmatimu tetapi pada saat kau mula meluahkan marahmu, malaikat telah naik ke langit kerana syaitan telah mengambil alih duduk bersamamu. Maka disebabkan itu, aku bangkit."

(Sesiapa yang ada original versi bolehlah menyumbang disini yea...)

Sempena Ramadhan ni, bila banyak kerja yang perlu dilakukan kita kadang-kadang akan terdorong untuk marah orang sekeliling kita. Alasan yang 'cliche' ialah penat puasa...hurm,not good..not good...orang lain puasa jugak bukan kita seorang je yang puasa kan?

So,kat sini de la sikit tips ntok mengawal kemarahan kita seperti yang dianjurkan Allah dan Rasulullah...


1) Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :
Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa'nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW.

Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar,"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik".

Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.
Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam.
(Hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)


2) Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkan kesalahan org lain.

"Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :
"Sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari."
(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

"Tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan."
(Hadith riwayat Abu Daud)


3) Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam.

"Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)

Alkisah..Dua org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

4) Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

5) Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam."Nabi saw mengucapkannya 3 kali"
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


6) Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api. maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.


Kalau ikut tips HOT FM plak,bila rasa nak marah,cepat2 amek kertas n pen then luahkan kat atas kertas tu....tapi nanti kalau tulis benda2 yang tak elok/sedap didengar camne plak???(^__^)

Thursday, August 5

Golongan Yang Menantikan Ramadhan...

Alhamdulillah. Hari ni dah pun masuk 27 Shaaban 1431H. InsyaAllah kita semakin menghampiri bulan mulia Ramadhan. Hurmm...bercerita mengenai Ramadhan, saya dapati terdapat beberapa golongan yang menantikan kedatangan Ramadhan, bulan yang mendidik jiwa dan nafsu ini.

Golongan Artis...
Ramai artis baik pelakon mahupun penyanyi yang menantikan kedatangan bulan ini sebabnya...kedatangan Ramadhan menandakan kedatangan offer untuk berlakon/menyanyi dalam program raya,konsert raya dan cerita raya.

Golongan Peniaga...
Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh peniaga kerana pada bulan inilah ramai rakyat Malaysia bukan sahaja yang beragama Islam malah beragama lain juga bakal membanjiri BAZAR RAMADHAN. Maka inilah peluang keemasan bagi golongan ini untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya.

Golongan Pembeli...
Golongan ini pula terbahagi kepada dua:

1. Pembeli yang ingin membalas 'dendam'.
Hurmm..biasalah kononnya setelah penat berpuasa seharian, maka ada yang ingin membalas 'dendam' dengan berbelanja semahunya untuk berbuka puasa dengan pelbagai
juadah yang sedap belaka.

2. Pembeli yang menanti diskaun.
Ramai je yang menantikan Ramadhan kerana pada masa inilah diskaun mudah didapati
di sana sini. Baik di kedai, butik, pasaraya, shopping mall...semuanya
menjanjikan harga yang murah-murah dan sangat berpatutan untuk baju raya, kasut
raya, biskut raya, perabot raya, langsir raya dan lain-lain raya lagi.)

Golongan Penonton/Pendengar...
Terdapat juga segelintir yang menantikan Ramadhan untuk menonton rancangan/program Ramadhan/Raya yang menarik di kaca televisyen. Ada juga yang tidak sabar menunggu Ramadhan untuk menjadi pendengar setia lagu-lagu raya di corong radio.


Jadi, anda tergolong dalam golongan yang mana???

Oh...anda tidak tergolong dalam mana-mana golongan di atas?
Golongan yang menjadikan 30 hari dalam bulan ini sebagai tempat persiapan untuk menyambut RAYA...

Atau mungkinkah anda dalam golongan di bawah ini....

Golongan Muttaqeen...
Golongan ini adalah untuk mereka yang ingin menjadi lebih bertakwa. Mereka menantikan Ramadhan sama seperti umat Islam terdahulu menantikan Ramadhan. Bagi golongan ini, Ramadhan adalah tempat pembaikan dan pemulihan. Mereka memahami hakikat sebenar Ramadhan iaitu bulan untuk menjadikan diri kepada yang lebih baik. Mereka meyakini bahawa kewajipan berpuasa yang telah diperintahkan Allah kepada seluruh umat Islam bermula daripada tahun 2 Hijrah membawa ratusan rahmat pada awalnya, ribuan keberkatan pada pertengahannya dan jutaan keampunan pada akhirnya.

Dan golongan inilah yang sebenarnya patut menyambut Hari Raya sebab Hari Raya itu kan merupakan Hari Kemenangan...Itulah kemenangan yang sebenar bagi Muslim yang berjaya menempuh 30 hari berpuasa dengan mengaut keuntungan di akhirat dan bukan di dunia sahaja.


Tidak salah untuk kita menjadi golongan di atas tadi tetapi pastikan kita meletakkan diri kita yang utama dalam golongan yang dinyatakan di bawah tadi. Artis, peniaga, pembeli, penonton, pendengar dll itu hanya merupakan kerja sampingan kita di bulan Ramadhan untuk mengaut keuntungan di dunia dan ingatlah kerja utama kita adalah MUSLIM, maka keuntungan yang perlu kita kejar dahulu adalah keuntungan di akhirat sana.InsyaAllah...(^_^)

"Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa!" -Al-Baqarah,183-


~Ya Allah Sampaikanlah Kami Kepada Ramadhan~

~Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan!~



Sumber Foto