9 November 2011.
Jika satu masa nanti, rasa ini berulang kembali..ingatlah akan peringatan ini wahai diri..
1. Janganlah sekali-kali kamu menzalimi mad'u mu dengan tidak memberikannya pentarbiyahan yg sempurna akibat kesilapanmu yg tidak dapat menunaikan haknya dengan baik.
2. Kenalilah mad'u mu sedalam-dalamnya. Kajilah tentangnya. Janganlah kamu hanya mengikut tafsiran orang mengenai dirinya. Cuba untuk mendekati mad'u mu dalam kesibukanmu dengan urusan yang lain.
3. Berterus-teranglah dengan dia akan kesilapannya. Bukannya dengan menyampaikan kepada orang lain sehingga orang lain pula yang harus bercakap bagi pihakmu. Kemungkinan mad'u mu akan hilang thiqqahnya pada dirimu sebagai murabbinya. Bukankah dakwah ini telus dan berterus-terang?
4. Pandanglah mad'u mu pada kali pertama dan bila-bila masa dengan kasih-sayang untuk menyampaikan pemahaman Islam kepadanya bukan dengan pandangan..

"Kau akan kujadikan robot untuk dakwah ini dalam masa yang terdekat"
5. DF (Dakwah Fardhiah) terhadap mutarabbimu begitu gempak pada awalnya untuk menarik dia ke dalam bulatan gembira ini..tapi kenapa makin lama makin pudar sinarnya? Tiada lagi DF bila mutarabbi mu sudah matang untuk bergerak..yang ada hanyalah tugasan dakwah untuk diberi..perlu capai tahap yang sepatutnya...jika tidak mutarabbi itu akan kamu panggil dia 'slow' atas jalan ni?begitu?
Jangan sekali-kali begitu wahai diri...ingatlah..base in dakwah is LOVE...everything goes back to the basic..
bilamana kamu menyerahkan tugasan untuk mutarabbi,serahkan bersama rasa sayang dan cinta sesama kita.
6. Beritahu mutarabbi apa yang patut mereka lakukan. Don't expect more from them. Ada mad'u y tidak tahu selagi mereka tidak diberitahu.
Last but very important...
7. Kamu bekerja atas jalan ini untuk Allah bukan untuk pangkat atau posisi. Hanya Allah yang melihat dan menghakimi atas apa yang sedang kamu lakukan. Biarlah mereka ingin berkata-kata tentang dirimu. Siapa mereka untuk menghakimimu? Usah pedulikan pandangan mereka kerana mereka tidak tahu, Allah sahaja YANG MAHA MENGETAHUI.
No comments:
Post a Comment