Pages

Wednesday, July 24

Bila kubaca firmanNya..

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa."   -az-Zukhruf:67-

Bila ku mentadabbur ayat ini,wajahmu yang pertama muncul dalam ingatan.
Sungguh sahabat,sungguh ku takut jika ukhuwah persahabatan kita ini bersifat sementara.
Sungguh ku tidak mahu segala apa yg kita hadapi adalah satu yg sia-sia.
Kau dan aku telah Dia pertemukan untuk sesuatu yg lebih utama daripada dunia dan seisinya yakni..

TARBIYAH!

Tapi ku tahu,atas kelemahan diri ini,kebanyakan masa aku tidak mampu untuk membimbingmu sedangkan itu adalah tanggungjawabku.
Atas kelemahan diri ini juga, kau dan aku pada kebanyakan masa terbabas daripada syariatNya.
Tapi aku bersyukur sahabat,kerna Allah masih memberikan kita rasa untuk kembali menagih maghfirahNya.
Kembali bertaubat kepada Dia walau dosa yg dibawa menggunung tinggi.
Seperti yg telah Dia sebutkan dlm kalamNya yg mulia,

"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."        -az-Zumar:53-

Ukhti, dlm bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkahiNya, aku mahu mengajak kau dan aku sama-sama mengejar rahmat,maghfirah,redha dan cintaNya.
Betapa aku sangat mencintaimu ya ukht dan ingin kembali kita dipertemukan semula dlm syurgaNya..
kau dan aku sama-sama berpakaian indah diatas dipan-dipan dan disajikan dengan gelas emas..
kita bergembira menikmati janjiNya di dlm taman-taman Allah..
Subhanallah..alangkah nikmatnya!
Kita dikelilingi ahli keluarga kita,akhawat kita,murabbi kita dan mutarabbi kita..
masing-masing bersuka ria tanpa penghujung..
tiada lagi duka..tiada lagi tangisan..tiada lagi kekecewaan..tiada lagi kepenatan..tiada lagi kelelahan..
yang ada hanyalah senyuman..tawa..gembira..suka..ria..mahabbah..
itulah satu kemenangan yang nyata bagi mereka yang beriman!

Ukhti, kita masih lagi bernafas. Malaikat Izrail masih lagi tidak datang menjemput.
Allah masih sayangkan kita.
He spares us this absolute precious moment of life for us to repent from our past sins!
Indeed, He is the Most Forgiving!

Biarlah kita berpenat-lelah menangis dlm kehidupan ini untuk mujahadah menjinakkan nafsu dan mengawal emosi diri dan sungguh medan amal yang pertama bagi seorang daie itu adalah dirinya sendiri.
Biarlah amal kita memberatkan Mizan kita di hadapan Allah nanti.
Biarlah hanya Dia saja yg menghakimi kita atas rahmat dan kasih-sayangNya.
Biarlah kita hidup dengan redhaNya.

Ukhti, maafkan diri ini atas segala keterlanjuran perkataan dan perbuatan.
Aku sangat menginsafi diri ini kerana selama kita bersahabat aku tidak konsisten dalam menunjukkan qudwah hasanah buatmu.
Sungguh aku tidak mampu mengawalnya dihadapanmu sepertimana aku mengawalnya dihadapan akhawat yg lain.
Mungkin saja kerana kita sudah terlalu rapat sehinggakan kita tidak kisah utk berkongsi segala.
Makanya aku berlaku kurang sopan terhadapmu.
Sungguh zalim aku padamu.
Tidak berlaku adil terhadap dirimu.
Hukumlah diriku walau ku tahu kau tidak akan berbuat begitu,
Dan maafkanlah diriku kerana aku tidak mahu kita bermusuhan di akhirat Allah nanti!

Ila Jannati Zumora!

Aku mahu memimpin tanganmu ke syurga bersamaku! T_T

Allah..satukan hati-hati kami untuk memikul beban dakwahMu...


4 comments:

Iftisya ^_^ said...

blog yg menarik visual dan inputnya, tp terlalu pink n somehow agak pudar..but this is your blog [saya faham].
sesungguhnya kalo ada kontra warna perkataan mesti menarik..

sy ada 1 soalan:
cam ne nk follow blog nih ek..mmg x terbuka eh?

...zUlaIkHA... said...

to iftisya..

jazakillahukhoir atas komen and pandangan..
sye sndri pun x sure mcm mne nk follow blog sebab dh lame x berblogging..
in syaa Allah bila sye dh tahu caranya,i will let you know k..
=)

imanina said...

Akk,ni wani adik sharodz dulu...ingt lg tak?

...zUlaIkHA... said...

waniii...in shaa Allah ingatt..=)
maaf lambat replyyy...