Pages

Monday, February 28

Sekitar Bumi Al-Maududi..(Part 1)

Alhamdulillah..sudah berada di Malaysia sejak seminggu yg lalu..pulang selepas berjalan-jalan melihat bumi Al-Maududi di bahagian utara..beberapa tempat menarik telah dikunjungi dan banyak ibrah yg boleh di ambil sepanjang 11 hari permusafiran saya bersama sahabat-sahabat yg laen tu..

Permusafiran kami bermula di..

Mumbai...
Sebuah bandar yg kian berkembang pesat..pembangunan dapat dilihat di sana sini..berkesempatan untuk melihat rumah paling mewah dan gah di dunia yg dimiliki oleh orang yang paling kaya di India..ironinya,rumah itu didirikan di tengah-tengah bandar yang mana sekitarnya berderet peminta sedekah di jalanan..itulah salah satu ke'unik'an yang nyata di India..yang kaya,akan terus kaya..dan yang miskin,akan terus miskin dan tertindas..

Beberapa kejutan juga diperolehi di tempat ini..hurmm..antaranya...ada satu tempat yg telah dikhususkan oleh kerajaan negeri ntok anak2 muda-mudi ber'dating' dan berasmara..betul2 tepi jalan raya dan bertentangan dengan laut..astaghfirullah..sedang kami dok asyik melihat pemandangan laut dari dalam kereta..ketika kereta itu menyusur lebuh raya untuk ke rumah Shah Rukh Khan(atas permintaan seorang sahabat ni(^_^)hee..)..untuk beberapa minit selepas itu,kami dihidangkan dengan aksi2 menarik ratusan couples di sepanjang lebuh raya itu..haish..kacau line betul la..mana la perginya malu mereka?sehinggakan sanggup buat 'projek' kat tepi jalan raya dan menjadi tontonan sekian banyak org yang melalui lebuh raya tersebut..huhu..mengucap panjang kami di dalam kereta..niat nak menikmati pemandangan laut pada malam hari tu terbatal begitu sahaja berikutan kejutan yg diberikan..

Keesokannya kami di bawa melawat ke Masjid Haji Ali..wah..dari luar nampak very2 nice!sepanjang perjalanan ke pintu masjid tersebut,kami tertarik dengan ros-ros merah segar yg dijual sepanjang jalan..kami tertanya-tanya la jugak,"kenapa la banyak ros merah kat sini?"..melupakan kekeliruan itu sebentar..kami sibuk mengambil gambar ros-ros yg ade di situ..sangat cantik..dan sangat banyak...melangkah masuk ke dalam masjid tersebut...surprise!!!!kami melihat beberapa ragam manusia..ade yg sedang solat..ade yg sedang menadah tangan..ade yg sedang bersujud..semuanya berkiblatkan ke arah satu makam..yg dianggap keramat oleh penduduk sekitar...astaghfirullah..rupa2nya bunga ros merah yg kami jumpa sepanjang jalan tadi untuk tujuan khurafat ini..untuk di kalungkan ke makam itu..malah org yg dtg tu pun majoritinya terdiri daripada mereka yg beragama Islam dan Hindu..ni lah antara salah satu tempat di India yg menyatukan semua agama..hurm..maknenye banyak lagi tempat yg belum saya cerita...

Satu cerita menarik untuk dikongsi..selepas je keluar daripada masjid s*s*t tu,kami pun menikmati satu hidangan ni di Haji Ali Juice Centre..dah lupe dah namenye ape..tp sangat sedap la..awalnya ingatkan harganya dalam Rs 40 setelah dibayar rupa2nya harganya Rs 140..huhu..naseb baeklah apa jua makanan dikongsi bersama rumate tersayang..maka bayarlah kami Rs70 seorang..di tempat tu lah,kami sempat berbual-bual bersama seorang wanita dalam usia 40-an gitu..ingatkan makcik ni beragama hindu,melihatkan penampilan dia yg memakai saree ketika itu..rupa2nya dia seorang muslim..nama dia nafisah..hurmm..sedap nama tu..lalu dia pun bertanyakan kami.."Memang orang Malaysia pakai macam ni ke?"..(lbey kurang camni la after translation)..sambil menunjuk ke arah tudung2 kami..tersentak seketika...memikirkan soalan itu seharusnya tidak diajukan...

akhirnya.."Kami Muslim memang pakai ni.."....

3 comments:

Anonymous said...

then, what she replied?

AKU said...

salam..
terima kasih atas perkongsian.. menanti part 2..

...zUlaIkHA... said...

to anonymous...

kami meninggalkan makcik tu ngn general answer tersebut...
memandangkan dia juga pengunjung tetap masjid tu...

to aku...

bersama nantikan yea..=)