Tuesday, September 20

Masak Daging Kicap pedas

Lepas jawab exam semalam, perut dah ber'jamming' mintak diisi. So ape lagi, since next paper dua hari kemudian, aku pun masuk la dapur nak masak lunch. Lagi eksaited bila teringat daging korban mama bagi aritu. Hurmmm..seronoknyee dapat makan daging hari ni!!! Since nak masak ni dlm kadar yg segera, so kira kita masak style campak2 je la yeaaa..
Bukak fridge tgk ape yg ade pun tak byk sgt.
Kita fully utilise je la segala bahan yg dh ade. Pada mula aku just imagine, daging masak kicap biasa je, tapi surprisingly, hasil campak2..menjadikannya daging masak kicap yg selalu makan kat kenduri tu.
Hehe. Tapi sorry la sebab tak amek gambo. Next time nnt iA kalau sempat bole la disertakan gambo skali.
So here it goes..

Resepi Daging Masak Kicap Pedas ala2 kenduri.

1.Daging - potong je ikut suka, tp nk bg senang kunyah kena ikut ira daging tu la
2. Bawang besaq - 1 biji , dikisar
3. Rempah 3 beradik - kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
4. Serbuk cili
5. Serbuk kari
6. Serbuk kunyit
7. Kicap
8. Madu
9. Daun kesum

Cara2:-
Lepas dah potong and hiris daging, perapkan daging bersama serbuk kunyit, kari, kicap dan madu secukup rasa.
Perap dalam 15-30 minit pun dah ok.
Panaskan minyak dan tumis bawang yg dah dikisar.
Then masukkan daging perapan dlm kuali td.
Gaul bagi serasi.
Pastu masukkan rempah-ratus dan daun kesum.
Tambah kicap/madu/serbuk cili sehingga cukup rasa.
Untuk daging cepat empuk, tambah sedikit air dan tutup kuali.
Biarkan seketika.
After that, check la dh masak ke idok lauk kita tuu..
Haaa..

Dah siap dah!

Senang je kan.

Utk orang bujang dan sibuk seperti saya bole la wat resepi cikai2 mcm ni.

Selamat mencuba!😘



No comments: