Pages

Saturday, June 21

al-Haq vs al-Hawa'...

Dalam beberapa tahun perjalanan saya bersama tarbiyah, telah banyak perubahan yang berlaku dalam diri.
Perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik.
Kenapa yea???

Kerana tarbiyah ini telah mendidik hati yang dulunya keras dengan jahiliyah semakin dapat dilentur dan dibentuk dengan kelembutan iman dan mahabbatullah.
Dulu tak pernah ada perasaan yg se'sensitif' ini dengan iman sendiri.
Tak pernah kira iman sedang berada di tahap kritikal atau bawah lagi drpd kritikal.

Fuhhh..dahsyat!

Hidup tanpa matlamat kembali pada Allah, umpama hidup seperti mayat.
Jasad ada, ruh takde!

Pi mana ruh?

Pi jalan2 mencari Ilah selain Allah untuk mengisi kekosongan jiwa yang dirasai.

Bertemu dengan tarbiyah, merubah segalanya.

Tarbiyah taghyiriyah. Tarbiyah yang merubah.

Ubah pakaian. Ubah percakapan. Ubah pandangan. Ubah perbuatan. Ubah pergaulan.

Segalanya lah!

Tapi yang paling utama, tarbiyah ini merubah neraca kehidupan yang dipegang.

Daripada berpegang pada neraca dunia..
tarbiyah memperkenalkan saya pada neraca yang diiktiraf kerajaan langit dan bumi yakni neraca al-Quran, neraca Allah!

Tapi...kadang2 hati ini pelik, bila melihat ada yang sudah bertahun didalam tarbiyah tetapi masih lagi mengambil neraca jahiliyah.

Masih lagi bertindak dengan emosi!
sakit hati dengan akhawat, tak balik rumah tak mahu tengok muka akhawat.
bila tak dapat perhatian, tak buat kerja dakwah betul2.
etc etc.

Masih lagi bertindak dengan ego!
tak membuka diri menerima pandangan yg lain sebab rasa diri tu saja betul.
tak boleh terima nasihat, kritikan atau komen.
nampak salah orang lain,tak nampak salah sendiri atau susah nak mengaku salah.
etc etc.

Masih lagi bertindak dengan nafsu!
ikut keselesaan sendiri, tak nak bersusah untuk dakwah dan tarbiyah.
manja.
pegi travel ke overseas boleh, nak pergi jaulah/mukhayyam/daurah x boleh.
etc etc.

Neraca inilah bila diambil mereka yg dh ditarbiyah akan membunuh tarbiyah mereka secara perlahan2.
Ibarat kanser.

Jadi...di mana silapnya?

salah tarbiyahkah?

atau salah mereka yang sebenarnya tidak membenarkan diri mereka ditarbiyah?
mungkin mereka bersekitar dengan sahabat2 yang di dalam tarbiyah, tapi hatinya tidak lagi bersekitar dengan tarbiyah.

Macam pakai 'mask' jek.
Fake!
What's real is the inside!

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilahnya dan Allah membiarkannya sesat.." -al-Jasiyah:23-

"Maka jangan engkau dipalingkan dari kebenaran oleh orang yang tidak yakin kepadanya dan oleh orang yang mengikuti keinginannya yang menyebabkan engkau binasa." -Thoha:16-

Al-Haq tidak akan pernah dapat berjalan seiring dengan al-Hawa'.

You have to choose.
Life is a series of choices but to begin with...

Be with one and leave the other one.
Completely.

Like the companions of Rasulullah saw.
Abu Bakr ra.
Umar al-khattab ra.
Mus'ab bin Umair ra.
Bilal bin Rabah ra.
Abu Dzar al-Ghiffari ra.
and the lists continues...







No comments: