Tersentak membaca kiriman emel dari akhawat yg sentiasa membangkitkan rindu dan meningkatkan iman insyaAllah...terutama dalam keadaan hati yg kurang berkilat kerana kurangnya gilapan...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
"Taqwa itu di dalam diri bukan di tinggalkan di dalam halaqah"
Sering saja kita merasai bahawa usrah atau halaqah is the only way yg sering menjadikan diri kita baik dan membuatkan diri kita merasa baik.Di dalam usrah, kita membaca al-Quran, bercakap tentang kekuasaan Allah, merenung dan bermusahabah, merasa sesal dgn dosa yg telah kita lakukan dan bermacam perkara di consider baik telah kita lakukan. Tapi sayangnya..semua itu ketika berada di dalam halaqah..peribadi yg mulia itu ditonjolkan hanya sebentar cuma..Graf iman berada di puncak!
Lepas habis usrah,tinggal sudah taqwa yg dirasai tadi. Lupa segala kenikmatan dan kemanisan menghayati ayat-ayat Allah,bermuhasabah etc.
Aik...mana pergi taqwaku tadi???
AlAMAK..TERTINGGAL DI DALAM HALAQAH!!!
Nak amek balik?
Usrah baru je abis...
Macam mane ni???
Saudaraku sayang...
Taqwa itu selalu di analogkan "ibarat kamu berjalan di atas duri yg tajam".
Jalan berduri yg kamu terpaksa lalui itu bukan setakat 100 meter relay, tetapi jalan itu sepanjang kehidupan kamu.
You will always be on that track..tak kira pagi,petang,siang,malam..even jalan nak ke toilet pun diibaratkan berduri jugak..
kerana taqwa itu di dalam diri sepanjang masa bukan ditinggalkan di dalam halaqah...
Di dalam taqwa lah wujud da'wah dan tarbiyah. Tak perlu bersusah payah memeningkan kepala untuk mengasingkan antara taqwa, da'wah dan tarbiyah.
Bila masa aku nak bertaqwa?
Bila masa aku nak berdakwah?
Seluruh kehidupan kita adalah taqwa dan ia bukanlah satu lakonan atau sekadar ungkapan atau setakat susunan abjad 'T.A.Q.W.A' yg Allah letakkan sebagai syarat untuk mendapat syurgaNya.
Taqwa itu akan terpancar melalui peribadi kita. Sejauh mana kita berhati-hati dalam akhlak dan tindakan kita sehari-hari sebagai seorang muslim..semua itu akan dinampakkan automatically n spontaneously coz taqwa ini tidak perlu dirancang atau difikir-fikirkan dahulu.
Dan sebaik-baik akhlak adalah akhlak Rasulullah,akhlak al-Quran.Da'wah baginda juga menurut taqwa baginda. Dari sekeras-keras mata pedang di medan perang sehinggalah selembut-lembut roti yg disuapkan ke mulut wanita tua yg sering mencaci baginda. Da'wah tetap bergerak.
Kerana taqwa baginda di dalam diri...