Wednesday, August 11
Bila Saya Marah!!!
Bila saya marah...lebih baik bagi saya untuk berdiam kerana jika saya bersuara maka kata-kata yang akan keluar adalah daripada api kemarahan saya dan itu akan membuatkan situasi menjadi lebih tegang dan buruk.
Bila saya masih marah...dengan secara automatiknya, air mata saya akan mengalir kerana saya geram tak dapat untuk meluahkan rasa marah itu...
hakikatnya air mata itu mengalir kerana kekalahan saya tidak dapat mengawal marah itu.
Astaghfirullah. Apabila kita masih bernafas di atas muka bumi ini, itu maknanya banyak lagi tanggungjawab dan hak yang perlu dilunasi. Kadangkala konflik dalam sesuatu hubungan benar-benar menguji kesabaran. Antara ibu dan anak, kakak dan adik, teman dan teman dll. Apabila tahap kesabaran telah dilepasi maka tercetuslah kemarahan.
Kita semua hanyalah insan biasa dan sudah semestinya pernah mengalami keadaan ini.
Hurmmm..pernah dengar tak kisah Abu Bakar r.a. mengenai marah?
Saya baca kisah ni dalam buku Peribadi Muslim karya Muhammad Al-Ghazali dalam bab Adab Bercakap. Saya baca buku ni beberapa bulan yang lepas, jadi kemaafan dihulur terlebih dahulu kerana kisah ini terpaksa ditulis dalam versi yang masih saya ingat lagi...(^_^)
Pada waktu tu,beberapa sahabat termasuk Abu Bakar r.a. sedang ber'meeting' dengan Rasulullah. Abu Bakar sedang duduk bersebelahan Baginda ketika seseorang telah membuat Abu Bakar marah. Pada kali pertama, Abu Bakar berjaya menahan marah. Tetapi orang itu masih membuat Abu Bakar marah pada kali kedua. Sahabat Nabi itu masih lagi dapat menahan amarahnya. Namun masuk kali ketiga hamba Allah itu membuat Abu Bakar marah, kali ini Abu Bakar tidak berjaya menahan marahnya. Pada saat itu juga, Rasulullah bangkit daripada tempat duduknya.
Abu Bakar bertanyakan hal itu kepada Rasulullah, "Mengapa kau bangkit,ya Rasulullah?".
Rasulullah menjawab, "Pada saat kau sedang menahan marahmu,malaikat sedang duduk bersama dan merahmatimu tetapi pada saat kau mula meluahkan marahmu, malaikat telah naik ke langit kerana syaitan telah mengambil alih duduk bersamamu. Maka disebabkan itu, aku bangkit."
(Sesiapa yang ada original versi bolehlah menyumbang disini yea...)
Sempena Ramadhan ni, bila banyak kerja yang perlu dilakukan kita kadang-kadang akan terdorong untuk marah orang sekeliling kita. Alasan yang 'cliche' ialah penat puasa...hurm,not good..not good...orang lain puasa jugak bukan kita seorang je yang puasa kan?
So,kat sini de la sikit tips ntok mengawal kemarahan kita seperti yang dianjurkan Allah dan Rasulullah...
1) Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.
Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :
Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa'nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW.
Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar,"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik".
Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.
Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam.
(Hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)
2) Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkan kesalahan org lain.
"Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)
Nabi SAW bersabda bermaksud :
"Sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari."
(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
"Tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan."
(Hadith riwayat Abu Daud)
3) Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam.
"Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)
Alkisah..Dua org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
4) Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
5) Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam."Nabi saw mengucapkannya 3 kali"
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
6) Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api. maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.
Kalau ikut tips HOT FM plak,bila rasa nak marah,cepat2 amek kertas n pen then luahkan kat atas kertas tu....tapi nanti kalau tulis benda2 yang tak elok/sedap didengar camne plak???(^__^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam ziarah dan salam ramadhan ya ukht...
anan rindu enti saat ini~
nice post.... memberi kesan sbb agak byk benda terjadi sejak akhir2 ini~
jzkk atas peringatan!
teringat ana pernah tnye enti kenapa menangis pada suatu masa dulu~
salam ramadhan azi..
nice la wat topik cmni..
mmg kene sjibik kat ak..haha..
pg 1st ramadhan da marah2..
IA.. akan diperbaiki skit dmi skit..
;)
to aisya humaira...
owh..no wonder la bulu mata ana asyik jatuh je..rupenyer someone is missing me a lot yea???!!
hik3...(^_^)
insyaAllah rindu kita ini adalah rindu yang tiada tepiannya...
yg waktu dlm bilik tu eh?hehe...ye la tu,tgh tahan marah...(^_^)
to iz.
xpe2..Ramadhan ni bakal merubah perangai kita yang x brape elok tu k?(^_^)
nway,spe je yg xpernah marah?(nada retorik)
Hurm menarik. ^_^
Sempena ramadan yang penuh rahmat dan barakah ini, latihlah diri mengatasi marah dan cepat melenting.
Allah bersama orang yang sabar. :)
salam ramadhan
pernah dlu skali terbca kat mane tah..dia ckp
kalau mara.. bygkan muka kita yg marah 2.. konfem kita x marah lg
ha3
to hidayatullah...
ramadhan kareem!!!
ha..tol tu..antara tips lain ntok tidak marah...(^_^)
kan buruk muka bila marah....
yaaa zulaikhaa,,
i guess myk lagi bulu mata u yg gugur sbb cam ramai jek yg rindu u..heh
well,,aku seorang yg cepat marah.. post ini sgt sesuai utkku..time kaseh daun keladi.. sentiase harapkan dan mahukan nasihat darimu, my personal assistant..ngee
to aku...
owh...patut la nk botak dah bulu mata ni..hik3..
nway bile mase lak hg appoint kmi jadik hg nyer PA???(^_^)
PM boley la...hehe
Post a Comment