Pages

Thursday, June 3

Alfatehah...

Usai solat maghrib sebentar tadi,aku menerima panggilan daripada sahabatku.

"Assalamualaikum awak...saya ada berita untuk disampaikan.Adik saya call td.Dia menangis-nangis.Dia bagitahu Jannah Sani baru meninggal dunia."

Sekilas ku membayangkan wajah seorang akhawat junior di KMB dengan bibirnya yang tak lekang dengan senyuman dan salam tatkala bertembung denganku, kini telah dijemput Ilahi.

"Innalillah wa inna ilaihi rajiun..."
hanya kalimah itu yang mampu diungkapkan dengan keadaan diri yang masih lagi terkejut mendapat berita tersebut.
Allah begitu mengasihi dirinya.
Moga rohnya aman di alam sana dan dicucuri rahmatNya.
Sesungguhnya hanya kerana Allah ia berlaku dan kepada Allah dia kembali.

Al-Fatehah...

Untuk sahabat yang masih diberikan nafas oleh Allah serta yang masih diberikan kesempatan untuk bertaubat dan melakukan kebaikan...cukuplah kematian sebagai peringatan!

Kerana ajal itu tidak mengenal usia tua atau muda..
Ia tetap akan berlaku seperti yang telah dicatat di Luh Mahfuz...
masanya hanya kita tak ketahui...maka bersedialah wahai diri!
Hidup ini hanya pinjaman...


Sentiasa dalam doa dan ingatan..ukht Nur Jannah Ahmad Sani

9 comments:

muhammad fazli said...

inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

muga dirinya termasuk dlm golongan yang dijanjikan Jannah.

*

terasa kehilangan satu lagi permata Da'wah yang bersinar, meski tidak pernah mengenalinya.

*

satu peringatan direct, untuk kita, daripada Dia.

...zUlaIkHA... said...

insyaAllah..
semoga dia ditempatkan di dalam Jannah...sesuai dengan namanya Nur Jannah..

silentdreamer said...

kak aziani,
sye sgt sedih

hilangnya seorang daie dr saf ini
hilang bertemu Ilahi

semoga kita berjumpa dgn arwah di syurga nnt

amin...

...zUlaIkHA... said...

insyaAllah bella...

kita mungkin kehilangan jasadnya dalam saf ni..tapi yakinlah,semangatnya tetap bersama-sama kita...

akak pasti dia pun tak mahu melihat sahabat seperjuangan meratapi pemergiannya..dia pasti ingin melihat sahabat-sahabat yang turut menjadi daie dalam safnya lebih tabah berjuang untuk memastikan Islam dijulang..

bila dah balik kmb nnt..akak harap awak dan sahabat2 yg len lebih kuat yea...
insyaAllah dia akan sentiasa berada dalam ingatan dan doa kita..
ingatkan sahabat2...semangatnya sentiasa ada untuk semua!(^_^)

silentdreamer said...

insyaallah
sye akn ingat
time kasih byk2..

...zUlaIkHA... said...

akak taw adik-adik akak sangat kuat..(^_^)

Sufi said...

Salam.. Saya tertanya2 siapa "jannah sani"?(mmg sy ssh nak igt nama) bila dpt msg mengatakan saudari "Jannah Sani" telah kembali kerahmatullah.Bila tgk pic, sy kenal.. Sy berjumpa dgn arwah sms kem RESS'10..
Semoga arwah dtempatkan dSyurgaNya.. ameen..

fieqa said...

salam ziarah aziani..
lme x jmpe enti :D

moge trus dlm istiqomah beramal dlm jalanNya :)

inalillah..
moge dia digolongkan dlm golongan beriman.
insyaAllah..


saat mengethui berita ni, sgt2 tersentak. astaghfirllah3..
bila2 saja Allah boleh menarik nyawa kita.

...zUlaIkHA... said...

to tulip putih...

lama juga xjumpa enti...rindu sangat!!!
alhamdulillah ana baru balik dari rumah aisak ahad lepas after btn..
sempatlah juga sharing ngan ukht azani..dia pun turut merindukan pertemuan dengan akhawat KAL n KAF yang len..

insyaAllah jika telah ditetapkan Allah untuk pertemuan kita seterusnya..kita pasti akan bertemu juga...(^_^)