Petang tadi...setelah menghantar adik-adikku ke perpustakaan negeri dan membeli ubat untuk mama di farmasi...aku menerima sebuah panggilan daripada seorang teman lama...kereta masih lagi tersekat dalam kesesakan lalu lintas...so untuk menghilangkan kebosanan yang mula mencengkam diri,aku pun jawablah panggilan tu guna headphone yang memang sedia ada dalam kereta tu....
"Assalamualaikum...pe khabarmu?",terdengar suara ceria di hujung talian...
"Alhamdulillah sihat je..mu plak camne?",aku membalas....
Setelah chit-chat beberapa ketika...aku diserang dengan satu soalan yang sungguh aku tak suka...
"Err...Ira...Aku dengar mu dah tunang?",nadanya agak ragu-ragu...
"WHAT???",terjerit aku..."bile mase lak mu dengar cite ni?dari sumber mane mu dapat ni?spe yang gtaw mu ni?",bertubi-tubi soalan aku tujukan untuk mendapatkan kepastian daripadanya...
kalau budak-budak kmb boleh tahan la lagi...ni camner la kawan lame yang berada di perantauan leh terkena jugak ngan berita palsu tu...
Hish..hish...hish..betapa hebatnya penangan fitnah tu...kadang-kadang tuan punya badan tak tau...tapi orang lain pula yang terlebih tahu tentang sesuatu perkara tu....innallahu'alam...
~ "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." ~ al-Hujuraat,ayat 6
Sudah banyak kali diri ini ditujah dengan soalan-soalan seumpama itu...namun hanya yang berani sahaja mampu berdepan bertanyakan tentang hal itu kepada diri ini...
siapalah sahaja yang mula mencetuskan berita itu tentang diri ini...
lumrah manusia...terlalu cepat menilai...
teringat kisah sewaktu bas kolej masih lagi dalam perjalanan menuju ke destinasi yang mengambil masa berjam-jam.Pada hujung minggu itu,aku menyertai Jambori Pembimbing Rakan Sebaya di Kuala Nerang..IP member la katekan...seorang peserta lelaki dengan 'gentlemen' nyer menanyakan pada setiap pelajar perempuan dalam bas tu...
"ARE YOU STILL SINGLE?"
apabila ada sahaja pelajar perempuan yang menjawab "YES" maka akan terdengarlah sorakan dari kelompok pelajar lelaki dalam bas tu,bagi yang menjawab "NO",keluar pula keluhan yang berat dari mulut mereka...sungguh 'poyo' boys kmb ni yea...akhirnya tibalah saat untuk pelajar perempuan terakhir ditanyakan..diri inilah..dalam hati aku berkira-kira...
Yes @ No...Yes @ No...Yes @ No...
almaklum jelah berita 'pertunangan' aku dah tersebar sampai tahap mane pun aku tak taw lepas balik cuti sem lepas...so xtaw nk jwb yang mane...
klu yes...banyak rintangan yang kne hadapi...susah2...
klu no...InsyaAllah terjagelah diri ini...
akhirnya setelah diam yang agak lame...aku menjawab "NO!"...si 'interviewer' nampaknya tidak berpuas hati dan mengulang soalan..namun aku tetap memberikan jawapan yang sama tanpa berpaling ke arah 'interviewer' tadi...
apologi untuk encik yang bertanya...(^_^)
sememangnya 'I'M NOT SINGLE...I'VE MY FAMILY,MY USRAH!",sambungan jawapanku itu...hanya mampu terlahir di dalam hati sahaja...
dan pada hari terakhir kami di Kuala Nerang,encik 'interviewer' tu akhirnya mengaku yang dia bertanyakan soalan itu untuk mengetahui kebenaran cerita yang didengarnya mengenai diriku...
Hai...macam-macam sungguh...at least dia menggunakan cara sedemikian untuk mengetahui kesahihannya...namun bagi segelintir yang terus menerima cerita yang mereka dapat kemudian menyebarkan cerita tersebut dan ditambah pula segala tokok tambah sebagai penambah rasa untuk cerita tersebut...
bagaimana pula dengan mereka yang dalam golongan ini?
bukankah mereka hanya menambah kerosakan dalam sesebuah masyarakat?
mereka ibarat peniaga yang mengambil barangan daripada pemborong tanpa memeriksa dulu kualiti barangan yang diterimanya itu dan kemudian tanpa berlengah lagi peniaga tersebut terus menjual barang rosak tersebut kepada orang ramai...
namun itulah lumrah manusia masa kini...cerita-cerita sensasi dan 'hot' menjadi bualan sehari-hari...tak perlu pusing pada kebenaran...tak perlu gusar ia adalah fitnah atau tidak...asal cukup syarat 'hot' dan sensasi pasti boleh aje masuk forum warung kopi...mengapa tidak diselitkan sekali ingatan pada umat sejati?
Ah...manusia tak pernah lepas daripada semua itu...
aku juga manusia...aku selalu alpa dan terlalu banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan ini...entah mengapa,pemergian aku ke Kuala Nerang telah banyak membuat aku mereflek diriku selama ini..segala perjalanan hidupku yang telah diatur Allah terasa begitu indah...saat tu,aku terasa sangat terasing...jauh daripada akhwat-akhwat yang lain...sahabat usrahku...Alaq,Siti,Jihah,Aida,Ada,Athirah,Nadzirah,Arina...semuanya tak de disisi...aku rasa keseorangan...dan masa itulah aku gunakan untuk muhasabah diri tambahan pula pada waktu itu diri sedang dilanda krisis dalaman...
Keberadaanku di Kuala Nerang seolah-olah memberikan satu nafas baru kepadaku untuk jalan yang aku pilih ini...aku menanam azam disitu...bahawa aku tidak seharusnya terlibat dalam perkara-perkara sedemikian yang bagiku tidak perlu untuk masa sekarang,masa studiku...bagi aku perkara-perkara tak perlu yang melibatkan hati ni contohnya cinta dan rindu pada seseorang yang belum menjadi hak kita 100% hanya akan melambatkan dakwah dan mengganggu studi...kebanyakan ustaz-ustaz dan kakak naqibahku sendiri tidak menggalakkan untuk bernikah atau bertunang sewaktu sedang belajar..
Tetapi itu tidaklah bermaksud kita harus menentang cinta dan rindu yang bersemi dalam hati.Jika kita memahami sebenar-benarnya maksud yang diterangkan oleh ulama, maka kita akan merasa tenang hati. Masih ramai yang tidak memahami maksud rindu dan cinta. Malah sehingga menganggap jika seseorang mencintai seseorang yang lain maka sebenarnya dia telah melakukan sesuatu yang dicegah oleh syarak. Fahaman sebegini perlulah diperbetulkan. Kesalahannya bukan pada sifat cinta tersebut, yang menjadi kesalahannya ialah bagaimana orang yang punya perasaan cinta itu menunjukkan kecintaannya dan kerinduannya.
Islam adalah agama fitrah. Cinta dan rindu adalah fitrah seorang insan. Islam datang untuk menunjukkan cara sebenar mengendalikan cinta dan rindu. Bukannya menafikan rindu dan cinta itu hadir dalam kehidupan seseorang.
Perbuatan orang yang bercinta itu yang perlu dipersoalkan kerana mendahulukan nafsu daripada iman yang terdapat dalam sanubari mereka.
Jangan terlalu membenci cinta. Sudah banyak orang yang menentang cinta yang hadir dalam dirinya dengan tentangan yang padu, akhirnya dia sendiri tersungkur dan menjadi orang yang lebih teruk daripada orang yang tidak membenci cinta sepertinya.
Maka bercintalah sekadarnya....tanpa cinta hidup ini tidak pernah bermakna...cintailah Allah...cintailah Rasulullah...cintailah ibu bapa...cintailah sahabat...cintailah sesiapa jua...
because then...YOU'LL NEVER BE SINGLE!!!
dedikasi untuk mereka yang sentiasa menasihatiku dan dapat menerima teguranku sepanjang jalinan hubungan ini...
36 comments:
salam aziani
nice la..heheh...
moga kta trus thabat ngan jalan ni..
doakan ada jugak unutk lawan mende ni sebelum masenye!!!
fastabiqul khairaat
assalamualaikum..
ukhti..terasa dihargai tatkala terbaca yg dirimu merasai ketiadaan usrahmate mu... namun... sememangnya manusia suka menyebarkan...mungkin tiada hiburan lain barangkali... namun aku tahu yg kamu juga kuat utk menghadapinya.. sekadar ingin menyatakan sokongan buatmu...
p/s: sama2 kita mencari cinta-Nya
Wah, mmg entri ini pati memikat sesiapa sahaja ukhti.
Manusia memang sebegini, bahkan diri ini jua ingin mengetahui. adoiyai,astaghfirullah.
Xpe, ukhti, teruskan perjuangan, usah dihiraukan sangt buah mulut orang. Diri ukhti jua yg mengetahui hal sebenar.
Benar, cinta itu fitrah dan islam itu jua fitrah. Cuma sekarang ini kita semua kena fham pe mksud sebenar cinta itu.. betul kan ukhti?
Byk lagi haluan cinta yg boleh dicari. Bila tiba masanya, why not..
Jom cari cinta sejati Jom semua!! :) Cintailah Illahi..
to ada...
may Allah bless our mujahadah...(^_^)
n kuatkan hati kita sehinggalah tiba masa yang tepat itu...
insyaAllah...
ingatkan diri ini yea...
to ~AiSyA HuMaiRa~...
insyaAllah ya ukhti...
moga Allah terus meniupkan kekuatanNya ke dalam diri hambaNya ini untuk tetap kuat dan thabat di atas jalanNya tanpa sebarang gangguan..huhuhhu
memang terasa pun dengan 'absence' korang di sana...(^_^)
tambahan pula mang de konflik dalaman..n totally bergantung pada Allah dalam membuat keputusan time tu...
Perjalanannya masih jauh utk kita memahami setiap detik kejadian yg menimpa kita.
Benar seperi pengkritik di atas, cinta Allah itu membuatkan kita rasa cukup dan aman. Selagi kita merasa terganggu dengan pengaruh keadaan dan persekitaran, tanpa merasa yakin Allah itu Rab, maka setiap liku perjuangan itu kita bakal terbabas.
Mungkin kerana belum tiba masanya, namun apabila perasaan itu muncul, bersabarlah.
Xpe, kan Allah ada. Dia sentiasa bersama.
to Amin Rox...
haih..kite kan manusia...
yea..cinta sejati yang telah disediakan Allah untuk kita tu pasti akan sampai bile masenyer...tepat masenyer..
maka jangan katekan 'TIDAK' pada cinta itu...biarkanlah ia hadir dan tugas kita untuk menyalurkannya ke arah yang betul..(^_^)
to Sang Pujangga...
that's why we never be single if we can feel the presence of Allah..His love engulfes us for all time..for every second..for every minute..for every hour..
yup..perjalanan ini masih panjang lagi..masih banyak lagi cinta yang perlu ditebarkan di atas muka bumi ini..sedangkan orang terdekat pun kadang2 terlepas cinta itu..(^_^)
Hidup ini memang penuh dengan pancaroba, asam-garam, suka-duka...cinta...fitnah dan pelbagai lagi... Bak pepatah melayu, ambil yang jernih buang yang keroh.. sedangkan durian yang rosak boleh dibuat tempoyak yang lazat untuk mengenakkan selera.. apatah lagi kehidupan yang fana ini.. bukankah hal ini semua yang menjadikan hidup kita lebih bermakna? umpama lauk pauk untuk juadah berbuka puasa yang enak..pelbagai jenis yang menghiburkan mata dan menyedapkan rasa?
Alangkah indahnya jika kita dapat menemui mutiara dalam lautan kehidupan ini.. bukan sahaja menjadi permata disisi Illahi dan Rasulnya...malah menjadi kerlipan cahaya bagi mereka yang berhampiran..
hahah kepada Aziani Syahirah.. elaklah fitnah dengan senyuman kegigihan dan kesabaran kerana itu bukan sahaja mengubat hati yang luka, tetapi membina tali ukhwah yang bernilai.. InsyaAllah~ ,) (p/s hahah saje tulis panjang2..sorry sis)
nway all d bez in "blogger" hehe
to friendsterlogin...
syukran bro for da tazkirah..
cam durian ek?analogi yg bru d jumpai ni...(^_^)
to zUlaikHA..
urm analogi tue ari2 mak ana bagi...mcm2 lagi la..haha wut a life~ ,)
hahah ingatkan sape Zulaikha.. (o_n)
to friendsterlogin...
awak ni x abis2 gelak je...
bagus ur mom sentiasa ingatkan anaknya dengan analogi durian tu...
so,berpeganglah pada analogi durian tu yea..
jadilah orang yang berguna sepanjang masa...(^_^)
lek sudeyh
kalau rimas sgt
bwat pres confrence..
mcm.....ha3
to Yard...
huhuh...taw2 cam sape...
thankz 4 da suggestion..
but it's tooooo open ar..
xpe ar kite undercover....(^_^)
sokong yard!!!!
pape pon
memang benar
kita tak dapat lari dari fitnah
fitnah dunia yang merumitkan
49:6
wahai orang2 yang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu....
ni ayat press conference mr .....
hehe, bergune jugak untuk idup kite~
salam mujahadah
p/s, jom join IFTAR MEDIC MUSLIM, more info, visit my site, sebar2kan to others
to muhamad nazri...
ye la wak...tp sye xnk wat press conference ar..sye nak wat board conference..kan tu mang bidang saye dalam kelab taska tu...he3(^_^)
btw..that's iftar looks inviting la...insyaAllah kalau de sahabat len nk join,ley la diri ini join sekali...
salam..wah2..pnjng nye crite nie...yet brings something for us to ponder!..^_^
btol kan orang lebih trtarik dgn cite2 hot brbanding cerita2 lain yg patot di'hotkan..
eh,paham ke x ek?..
hehe..
go go chaiyok ira!..
marilah kite bermujaadah!...
carilah cintaNya, sebelum mencari cintanya..
~kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri,
kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah~
take care dear!..
^_^
p/s-bile balek kmb?.
klo diriku, sok da kene balek kolej..
to fieqa...
sye dah balik dah pun sehari awal ke kmb ni..huhuh..semangat!
interesting quote,my dear!
syukran...(^_^)
im not single
i hav my fam..
jwpn yg mntap
bleh diaplikasikn
utk sume mslimat
smoga kamu sume trhindar
dari fitnah dunia
yg mgkin akn mengekang pjlnn dakwah kamu
to miss zUlaIkHa..
tiap kata2 miss zUlaIkHa mmg penuh dgn makna yg sgt mendalam.menyetuh jiwa mreka yg sering mncri kebenaran tatkala menbacanya.
setelah selesai mmbaca post miss zUlaIkHa,ana merasakn betapa naifnya ana ttg cinta dan dgn itu ana ingin ucpkn trima kasih kpd miss zUlaIkHa dn Alhamdulillah kpd Ilahi kerna tlh membrikan kefahaman ttg cinta yg lebih mndlam kpd ana.
insyaAllah,ana berazam utk mncri cinta AGUNG iaitu mncri cinta Allah dn rasulNya..seperti yg disabdakn oleh Rasulullah p.b.u.h.,"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mencintai Allah dn rasulNya lebih daripada yg lain."
jdi ana ucpkn trima kasih skli lg dn ana doakn agr miss zUlaIkHa trhindar drpd fitnah pd msa akn dtg.moga Allah sentiasa merahmati miss zUlaIkHa.w'salam.
To apayangmampu...
InsyaAllah...memang kadang-kala perkara-perkara yang tak perlu sebegini melambatkan kerja-kerja yang perlu....(^_^)
to anonymous...
syukran for the words...
Allah sentiasa memberikan hidayahNya kepada mereka yang dipilihNya...(^_^)
semoga kita bersama-sama tetap kuat dan tabah dalam mencari erti cinta sejati,cinta Allah...(^_^)
ramai yang mudah mengungkapkan kalimah aku cinta Allah...tetapi tak ramai yang mampu membuktikannya..
salam,
1st thing to do 1st thing to say,
rindu pada kamoo :3 !!
kabare? (^^,)
btw, nice post
cinta itu harus dikawal bukan mesti dihalang,
andai dihalang boleh jadi ia membuak,
biarlah dikawal biar alir fitrah itu ke arah yang betul
teringat pada kata2 seorg sahabat baik;
Allah kasi, bukan tak kasi
dan DIA mmg akan bagi
cuma sebelum itu Allah akan uji
cinta mana yang bertakhta pada si pemegang hati itu
cinta pada manusia
atau cinta agung pada Rabbul Izzati..
lalu andai diuji, cinta mana pilihan hati?
p/s: ramadhan kareem!!
to Nusaibah...
Allahuakram...
salam Ramadhan sahabat omarianku...
rindoooooooo kamu juge!
bilekah kita dapat bertemu?
wonderful choice of words my dear...(^_^)
kata-kata yang mengingatkan..
indahnya kata2.. anyway, salam ramadhan dari pelajar di bumi Eire.. lompat2 dari blog HarizH.. rajin2, lompat laa ke blog hamba pulak.. :)
to JHaZKiTaRo...
thankz...insyaAllah..ley mohon link skalie yea..
nway..salam Ramadhan kareem!(^_^)
:: salam... singgah sebentar di sini melalui blog seorang rakan... slmt berpuasa...
to Pak Ngah...
salam Ramadhan...
jemput singgah...(^_^)
shout di sini saje..
nice to meet u here. U've a very nice blog~
to ainazirah...
syukran my dear 4 visiting my blog...(^_^)
salam ira,
how are you my dear?
lme x contact.hehe..
msing2 bz kan.sama la disini..
btw, have u read my latest post.
I would appreciate if you could give ur comment 4 that post..
thanks ira!..
I just want to hear from ur point of view..syukran2.
salam ramdhan.
huk3.
kte sedang menuju ke fasa ketiga..
sama2 muhasabah diri..
to fieqa...
insyaAllah i'll visit ur post...
sedihnyer Ramadhan nak berakhir..(-_-)
asal bab cinta je ramai yg nk comment.. ngeh2..
akak x nak ckp byk2 lah.. akak just nak kata.. yg insyaAllah.. akak sentiasa doa kan yg terbaek utk awak..
dan selagi mana awak letakkan Allah itu di atas.. melebihi segalanya.. Dia akan sentiasa memberi yang terbaek utk awk.. dan memudahkan sgala perjalanan hidup awak
moga terus thabat atas jalan da'wa
salam sayang =)
to kak aisyah...
huhuhu..bese ar tu...
syukran kak kerna mendoakan saye...
sayang akak!(^_^)
Post a Comment