Pages

Thursday, May 27

Di sini kutemui cintaku...

Tanggal 22hb Mei 2010 merupakan antara hari bersejarah dalam hidupku kerana ia merupakan tarikh tamat pengajianku selama dua tahun di Kolej MARA Banting. Dalam kesibukan menghadapi IB, lamanya tempoh dua tahun itu tidak terasa.

PAHIT...MANIS..SUKA...DUKA..TAWA...RIA..TANGIS...DERITA...SEDIH..GEMBIRA...
semua ada!

Teachers...

Cikgu-cikgu...

Makcik & Pakcik Makmal...

Makcik & akak DS...

Makcik KOOP & Dobi..

Sahabat-sahabat...

Insan-insan ini telah memberikan 1001 pengalaman untuk diriku.Terima kasih semua.Moga kita akan dipertemukan semula satu hari nanti. InsyaAllah jika bukan di dunia,di syurgaNya nanti.

Disinilah juga kutemui cinta Ilahi,cinta hakiki. Cinta yang telah membawaku mengenali dan memahami Islam. Cinta yang telah membuka mata hatiku. InsyaAllah disinilah tempat tarbiyahku bermula.

Apabila kereta yang dipandu ayah menyusuri keluar KMB, hatiku berdetik :

Inilah masanya.
MASA UNTUK MENGUATKAN DAN DIKUATKAN DARIPADA FUTUR.

“Ya Allah ya tuhanku,Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati. Thabatkanlah hati kami pada agamaMu dan ketaatan kepadaMu serta jihad di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”

Mengimbau kenangan terakhir di KMB bersama insan-insan yang mendapat tempat dihatiku...

Cikgu Linda dan Zuyyin...



Air mataku yang ditahan untuk tidak menangisi perpisahan pada hari tersebut akhirnya tak dapat ditahan lagi apabila mendengarkan dialog antara si ibu dan anak kecil itu.

Cikgu Linda : Iba mane?
Zuyyin : Iba ilang.
Cikgu Linda : Ida mane?
Zuyyin : Ida ilang.
Cikgu Linda : Pakcik mane?
Zuyyin : Acik ilang.
Cikgu Linda : Mak ya mane?
Zuyyin : Mak ya ilang.
Cikgu Linda : Alaq mane?
Zuyyin : Alakk ilang.
Cikgu Linda : Ada mane?
Zuyyin : Ada ilang.
Cikgu Linda : Ika mane?
Zuyyin : Ika ilang.

Cikgu melemparkan pandangan ke arahku dan Ain Zubaidah.

Cikgu Linda : Onyang mane?
Zuyyin : Onyang ilang.

Jawab si kecil sambil melirik ke arah Ain Zubaidah.

Cikgu Linda : Azi mane?
Zuyyin : Aji ilang.

Jawapan yang sama namun kali ini pandangan si kecil beralih ke arahku yang sedang duduk tepat dihadapannya. Wajahnya yang sayu benar-benar meraih simpatiku sehingga air mata ini tak dapat dibendung lagi. Sempat kutoleh ke arah Ain Zubaidah yang sudah mula berkaca-kaca matanya. Si kecil Zuyyin Damia’ itu dapat memahami kepulangan kami pada hari itu merupakan kepulangan yang kekal. Cikgu Linda kelihatan letih untuk menangis lagi.

InsyaAllah kenangan itu akan tersemat dalam ingatan.

Kenangan GENG LRC (Lepak Rumah Cikgu)!!!


Dan insyaAllah berpisah dan bertemu kami kerana Allah.

"Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan pemilik alam. " ~6:162~